BAB 3

Horror & Thriller Completed 6412

sifat ingin tahu yang mendalam terhadap kewujudan makhluk halus, lapan sekawan telah memberanikan diri untuk menyelongkar sebuah banglo usang yang dikatakan dihuni oleh makhluk ghaib.

Banglo tersebut dikatakan mula 'keras' setelah kematian seorang datin yang dibunuh oleh beberapa perompak yang datang menyamun di rumahnya lama dahulu. Segalanya bermula ketika Dato terpaksa ke luar negara atas urusan pekerjaan sementara datin ditinggalkan keseorangan di rumah kerana anak mereka juga sedang menuntut dan tinggal berasingan.

Dari sumber yang dipercayai, sekawan perompak berkenaan menyangkakan banglo tersebut kosong kerana mendapat maklumat bahawa mereka semua telah ke luar negara bersama. Namun malang tidak berbau apabila datin didapati ada di rumah berseorangan ketika mereka sedang merompak.

Akibat daripada identiti mereka yang sudah terdedah menyebabkan mereka mengambil keputusan membunuh datin dengan menikam menggunakan pisau yang dimiliki mereka di tingkat dua banglo tersebut serta mengheret mayatnya turun ke bawah lalu dibuang ke dalam kolam renang. Sejak dari hari itu, banglo tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa didiami kerana dikatakan ada kelibat aneh yang menyeramkan menganggu sesiapa sahaja yang berada di banglo berkenaan.

Dengan maklumat tersebutlah membuatkan lapan sekawan ini bertekad untuk merasai apakah yang dikatakan 'ketakutan' banglo tersebut yang sering dihebohkan penduduk setempat.

Banglo tersebut memang besar siap dengan kolam renang dan sebagainya tetapi airnya sudah kotor kerana tidak berjaga rapi. Anehnya kolam tersebut tidak kering, mungkin air hujan pada pengamatan kami pada mulanya.

"Sebenarnya sejak kami masuk melalui pintu depan tadi lagi perasaan ni sudah seram sejuk. Tetapi sebab tidak mahu jatuhkan air muka depan kawan terpaksalah buat macam biasa saja. Ketika itu sudah tiada yang berani bercakap banyak. Masing-masing lebih bersikap mendiamkan diri dan bersedia untuk mengalami sebarang kemungkinan."

"Banyak bilik di tingkat dua banglo tersebut sudah dipalang mungkin kerana itu tempat datin tersebut dibunuh pada fikiran kami."

Apa yang memelikkan kami semua barang, perabot dan sebagainya masih tersusun dan tidak di alih. Dari apa yang saya tahu, barang-barang tersebut memang tidak boleh diubah kedudukannya sejak datin itu meninggal. Dengar cerita ia tidak di ubah kerana datin akan marah. Entahlah, tak pasti pula saya betul atau tidak dakwaan orang itu.

"Kerana banyak pintu sudah dipalang di tingkat atas menyebabkan kami membuat keputusan untuk turun sahaja. Pada ketika kami sudah di tingkat bawah inilah tiba-tiba kami dapat dengar bunyi ada orang sedang mandi di tingkat atas.Pada ketika ini masing-masing masih buat bersahaja. Kami meneruskan perjalanan untuk keluar dari banglo tersebut."

Ketika sedang berjalan itu kawan saya mengatakan dia di cuit dari belakang sedangkan dia yang paling belakang sekali pada waktu itu.

"Ketika kami sedang melalui kolam renang pula kami dikejutkan lagi dengan keadaan air dalam kolam tersebut yang berkocok tanpa sebab seperti ada seseorang terjun ke dalam kolam tersebut. Pada masa itu juga rakan saya memberitahu dia ternampak ada sesuatu memerhatikan kami dari tingkat atas.
"Kami diarah supaya meneruskan perjalanan oleh 'kepala' tanpa mempedulikan semua itu. Akhirnya kami tiba ke tempat 'parking' kereta."

Masing-masing kelihatan tak sabar-sabar nak masuk kereta agar cepat meninggalkan banglo berkenaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience