BAB 1

Horror & Thriller Completed 6412

Peristiwa yang akan saya ceritakan ini adalah benar dan berlaku ke atas keluarga saya dalam 1972. Kami sekeluarga tinggal di Petaling Jaya, yang terletak tidak jauh dari kota Kuala Lumpur. Kawasan itu sunyi dan hanya terdapat beberapa buah rumah banglo besar. Disitu ada satu kawasan terbuka yang luas dan ditumbuhi pohon pohon besar seperti beringin, cempaka dan sena serta bersemak samun.

Keluarga kami bukan lah orang kaya, tetapi hanya menumpang sebuah rumah banglo usang yang dikosongkan sementara memohon flat. Banglo itu dijadikan stor oleh sebuah syarikat. Bilik kami hanya satu bahagian kecil dibelakang banglo itu.

Rumah itu jugak tiada bekalan elektrik kerana ia telah dipotong oleh syarikat tersebut atas sebab keselamatan. Hanya bekalan air tidak dipotong. Setiap malam kami terpaksa menggunakan lampu pam dan lampu minyak tanah. Dan setiap kali malam tiba, keluarga kami diseliputi rasa seram.

"Jangan main-main dalam gelap ni." kata abang.

"Alah masa ni lah boleh main bayang-bayang." kata saya sambil buat bentuk rama-rama.

"Kalau kau kena ganggu ke apa nanti jangan pula kau cari abang ya." ugutnya.

"Ish, kenapa pula cakap macam tu sekali. Takkanlah main rama-rama akan jadi benda tak elok pula?"

"Mana nak tahukan?"

"Mak... tengok aang ni. dia suka takut-takutkan orang!" saya dah menjerit mengadu pada mak.

"E.. tak malu. Sikit-sikit report pada mak."

"Iyalah mestilah report sebab abang cakap bukan-bukan dengan niat mahu menakutkan saya kan?"

Abang dah gelak ketawa tak ingat dunia.Mak pun sama tak endah kan report saya tadi tu. Terpaksalah berlawan sendiri.

Saya juga yang rasa geram macam nak hempuk kepala dia supaya lebih center dan tak merepek benda bukan-bukan. Boleh sebabkan rasa kurang confident kot!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience