BAB 4

Horror & Thriller Completed 6412

Selama tiga tahun bekerja sebagai jururawat, saya belum lagi ada jodoh dengan wad bersalin. Pun begitu, tidaklah sampai saya tidak menjejakkan kaki ke sana langsung. Sejak mendirikan rumah tangga hampir dua tahun lalu, saya pun mengandung dan semestinya saya berkira-kira untuk melahirkan bayiku ini di hospital tempat saya cari makan.

Kejadian diganggu makhluk halus ketika di wad bersalin ini berlaku semasa saya mengandungkan anak pertama. Usia kandungan ketika itu adalah 37 minggu. Sebelum ke tempat kerja pagi itu, saya ada rasa macam kelainan sikit kerana bayi dalam kandungan tidak aktif seperti hari-hari sebelum ini.

Pendek kata, pagi itu, bayi tak menendang or morning kicking yang biasa saya rasai. Hati dah berdetik kerisauan. Maklumlah anak pertama. Takut dan bimbang tu jangan cakaplah. Walaupun saya sendiri bekerja sebagai jururawat itu tidaklah menjamin apa-apa. Lagi pula, jika saya diserang panik. Habis semua ilmu, teknik dan amalan yang dipelajari ke laut semuanya.

"Kenapa baby tak ada tendang-tendang mummy pun pagi ni? Baby oka tak kat dalam?" saya berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Hati ketika itu sudah mula resah.

"Abang, boleh tak abang ambil cuti hari ini? Saya rasa tak sedap hati. Selalunya masa-masa begini, baby dah aktif. Tendang perut saya atau bergerak, tapi pagi ni, baby duduk diam je dalam perut. Saya risau ni. Temankan saya ke hospital untuk buat pemeriksaan ya," saya mengajak suami bersama ke hospital.

Selepas membuat beberapa panggilan, suami mengangguk dan tersenyum. Dia pula minta saya cepat bersiap dan dia kan memandu ke hospital.

Setibanya di muka pintu bilik doktor yang selalu merawat saya ceritakan masalah yang dihadapi. Tanpa berlengah, doktor pun membuat pemeriksaan. Suami ada bersama ketika itu. Beberapa ketika kemudian, doktor memanggil untuk berjumpa dengan kami. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Minta-minta janganlah bayi dalam kandungan ada masalah.

"Hasil pemeriksaan, saya dapati jantung bayi puan ni agak lemah. Saya sarankan puan kena bersalin secepat mungkin. Kalau lagi lama tunggu, saya bimbang jika berlaku apa-apa nanti dan ini memeng akan merisiko keselamatan bayi dalam kandungan." kata doktor itu serius sambil memandang kami suami isteri berselang-seli.

"Jadi, saya kena induce hari ini juga lah?" tanya saya lagi bagi mendapatkan kepastian.

"Ya puan, saya tak mahu puan mengambil risiko dan keselamatan bayi ini yang patut kita utamakan."

"Baiklah kami faham," saya memandang suami dan kami diiring keluar oleh pembantu jururawat.

Suami terus mendaftarkan saya ke wad bersalin dengan bantuan saranan doktor yang baru ditemuinya tadi. Tambahan pula, saya adalah staf di hospital tersebut memudahkan lagi urusan. Rakan-rakan jururawat yang mengenali juga menghulurkan bantuan.

Pengalamannya sama sahaja, bayi dalam perut ini akan dipaksa keluar. Beberapa jam juga saya terbaring di bilik menunggu sebelum ditolak masuk ke bilik bersalin.

Dalam jam 5 petang, saya melahirkan bayi kami yang pertama. selepas melahirkan anak secara tiba-tiba darah dalam mangkuk tumpah (darah yang jururawatlap dan perahkan ke dalam mangkuk). Lantai bilik bersalin dipenuhi darah. Kejadian itu memeranjatkan saya yang sedang tidak bermaya. Mungkin berlaku kesilapan atau tersinggung ketika membersihkan peralatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience