BAB 9

Horror & Thriller Completed 6412

Kak Zai belek-belek kaki anak dia.

Kak Zai: Ish… sejak bila ada ni, Long? Kak tak pernah nampak pun sebelum ni.
Aku: Angah yang perasan kak sat ni. Lepas tu hat belah kiri tu Alang perasan baru tadi. Tak tau macam mana boleh lebam. Dia tak jatuh ka apa pun.
Kak Zai: Ish la… kesian anak mama ni. Nanti mama boh minyak gamat naa…

Kak Zai usap-usap kepala Aqif. Aku nak cakap apa yang aku rasa, tapi aku risau Kak Zai tak percaya pulak. Nanti aku pulak dituduhnya mereka cerita. Sudahnya, aku diamkan aje. Tengah dok berbual tu, Mama balik. Aku pun cerita kat Mama apa jadi masa aku jaga Aqif, siap aku tunjuk lebam di kaki Aqif. Angah dengan Alang jadi tukang back up cerita.

Mama: Zai, cuba panggil ustaz ka mai tengok Aqif ni. Kot ada yg ‘berkenan’ kat dia ka…

Haa, yes! Mama dah suarakan apa yg terbuku di hati aku.

Kak Zai: Ishhh… Mak Long rasa ada ka?
Mama: Kita tak tau, Zai. Budak ni kan senang kena macam tu. Baru ni Zai kata Aqif dok merengek tengah-tengah malam kan? Takkan saja-saja dia nak merengek…
Kak Zai: Tu lah… bagi susu pun tak mau. Bila kita pegang, dukung dia baru nak diam, baru nak lena. Kalau letak ja, dia boleh bangun merengek pulak.
Mama: Ha tuu… kan dah lain macam sangat tu? Suruhla Din panggil ustaz ka apa. Kesian kat Aqif ni.
Kak Zai: Iyalah, Mak Long. Malam ni Zai cakap kat dia.

Malam tu, lepas Isyak, Kak Zai dgn Abg Din datang rumah bawak Aqif. Aqif tengah menangis, macam dia menangis siangnya. Kata Kak Zai, dari Maghrib lagi Aqif dah start. Mula-mula merengek je. Lepas tu lama-lama menangis makin kuat. Kak Zai dengan Abang Din aku tengok panik je. Mama ambil Aqif dari Kak Zai, bawa masuk rumah. Mama ada baca something, lepas tu dihembus ke ubun-ubun Aqif. Mama gosok-gosok belakang badan Aqif sambil zikir ‘La Ilahailallah’ berulang kali. Tak sampai dua minit, Aqif diam. Cuma tinggal sedu-sedan je. Tak lama lepas tu, Aqif terlena.

Mama: Dah panggil ustaz dah?
Abg Din: Panggil dah. Weekend baru ustaz boleh mai.
Mama: Ni baru hari Isnin, Din oi. Nak tunggu anak biru ka baru nak panggil?

Haa… kan Mama dah marah. Abang Din garu kepala.

Mama: Takpalah. Sat Mak Long call kawan sat. Zai, pegang Aqif ni.

Mama call la kawan dia yang suaminya ustaz. Dalam setengah jam macam tu, diorang sampai. Sembang-sembang sikit, ustaz minta nak ambil Aqif dari Kak Zai. Belum sempat ustaz ambil, Aqif buka mata, dan UWAAAAAAAAAA!!! Sekuat-kuat hati dia. Terkejut habis orang dalam rumah. Ustaz buat tak endah, je terus ambil Aqif. Aqif siap keraskan badan dia bila dipegang ustaz, dengan melalak dia lagi. Aku tengok Kak Zai dengan Abang Din tak betah jadinya bila anak dah serupa orang kena dera. Ustaz pangku Aqif dan mula-mula, dia baca ayat apa aku tak tau. Bunyi macam Al-Ikhlas, tapi aku tak sure. Automatik, Aqif senyap. Macam suis ditutup. Badan dia pun dia tak keraskan dah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience