BAB 6

Horror & Thriller Completed 6412

Aku baru habis menduduki SPM masa ni. Biasalah, lepas habis SPM, memang goyang kaki menternak lemak ajelah kat rumah. Lepas tension, katanya. Tapi tak sampai sebulan melepak kat rumah, aku jadi bosan. Mulalah aku sibuk-sibuk nak cari kerja, nak cari duit nak buat belanja.

Kebetulan, bila aku suarakan kehendak aku tu, kakak sepupu aku ada sama. Kakak sepupu aku, lebih dikenali sebagai Kak Zai, ada seorang anak lelaki yang baru berumur 1 tahun yang aku panggil Aqif. Masa aku cakap nak cari kerja tu, Kak Zai syorkan pada aku supaya aku jadi babysitter Aqif buat sementara waktu sebab pengasuh Aqif nak pergi umrah.

Aku laju je setuju. Aqif bukan jenis budak yg banyak ragam, senang nak jaga. Bila dia lapar atau berak je dia bunyi.

Jadinya seminggu selepas tu, hari Isnin aku mula jaga Aqif. Pagi tu, dalam pukul 7.30 pagi, Kak Zai dah sampai depan rumah dengan barang-barang Aqif. Rumah aku kalau pagi-pagi memang takde orang. Adik-adik aku semua sekolah. Mama pulak kerja. Tinggal la aku sorang. Sampai-sampai tu, Aqif masih lagi tidur. Aku letakkan Aqif di ruang tamu, atas toto. Lepas tu aku siapkan barang-barang nak mandikan Aqif sementara tunggu dia nak bangun.

Tengah dia tidur tu, aku baring sebelah Aqif, bukak TV. Ada movie best. Sambil aku tengok movie, aku perasan jugak si Aqif ni tidur jenis tersentak-sentak. Macam terkejut macam tu. Bila dia tersentak, aku tepuk montot dia perlahan-lahan. Ada sekali dia tersentak, dia merengek perlahan.

Aku ingat dia nak bangun dah. Tapi mata dok terpejam lagi. Dia merengek kejap, lepas tu diam. Kadang-kadang, dahi dia berkerut masa tidur. Pendek kata, tak aman dan tenteram la budak tu tidur pun. Aku anggap benda biasa je lah.

Dalam pukul 9 pagi, baru Aqif terjaga. Aku mandikan dia, lepas tu bagi susu. Masa tengah hisap susu tu, jari Si Aqif ni asyikla dok menunjuk ke arah kipas kat siling tu. Lepas tu dia gelak-gelak. Aih, lain macam budak ni! Tapi aku buat takde apa jugak. Tengah hari tu, adik-adik aku balik dari sekolah, mainlah kejap dengan Si Aqif sementara aku siapkan lunch.

Tetiba adik aku yg Angah tu tanya aku, “Long, apesal ada lebam kat peha Aqif?”

Aku pun terkejut la. Masa aku mandikan tadi, takde pulak aku nampak lebam ke merah ke apa. “Mana? Mana?” aku cepat-cepat ke depan, nak check. Angah tunjuk kat peha kanan Aqif. Ada tanda kebiru-biruan kat situ. Aik! Bila masa pulak ada lebam ni? Aku garu kepala. Habislah, nanti Kak Zai ingat aku dera anak dia pulak!

“Apasal eh, Aqif suka tunjuk-tunjuk kat kipas siling rumah ni?” adik aku yang Alang pulak tanya.

Baik-baik je Alang tanya macam tu, tetiba Aqif menangis. Dengan sangat kuat. Macam ada orang pukul dia. Terkejut kami adik-beradik. Aku cepat-cepat ambil Aqif sambil pujuk dia. Aqif siap menjerit lagi apa bagai. Aku panik kejap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience