BAB 13

Horror & Thriller Completed 6412

Kisah misteri ni berlaku sekitar bulan June 2003. Waktu tu Abah sedang terlantar sakit di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Mama pulak pada masa itu sering berulang-alik antar KL-JB-KL pada setiap hujung minggu. Kebiasaannya setiap hari Jumaat hujung minggu tu, Mama akan ambik cuti dan bertolak ke JB. So kiranya dapat 3 hari untuk menjaga Abah di hospital. Nasib baik masa tu Iki baru darjah 1 dan Ika baru 6 tahun.. So senang lah nak pontengkan mereka.

Satu hari tu, kiranya hari khamis Malam Jumaat. Mama dah standby esok pagi² nak bertolak ke JB. So malam tu hubby kena settlekan mana² kerja yang belum selesai. Tetiba dalam pukul 10 malam tu, seorang staff hubby call , beritahu ada sedikit masalah kat tempat tapak projek pembinaan yang terletak kat Kuala Selangor tu.

Tengok jam dah pukul 10 lebih. Kalau nak pegi esok pagi takut terlewat pulak nak balik ke JB, So akhirnya hubby decide nak pegi masa tu juga ke situ. Kebetulan ada beberapa kakitangan dan pekerja yang masih ada di sana. Hubby ajak mama sekali pegi lah dengan Iki dan Ika. Sebab tak kan nak tinggal kami 3 beranak aje kat rumah. Iki dan Ika dah tidur dah pun masa tu. Kami angkat aje masuk dalam kereta. Bawak bantal dan selimut. Kebetulan masa tu kereta baru, baru ambik dalam 2-3 hari lepas cam tu lah.. Teringin pulak nak jenjalan malam² kan.

Dalam pukul 11.30 kami bertolak dari Ampang. Perjalanan lancar. Kami melalui jalan Rawang – Bt Arang- Ijok – Kuala Selangor. Di sebabkan dah jauh malam, laju jer kami sampai. Tak sampai 1 jam 30 minit dah sampai ke sana. Selepas selesai urusan kat sana, kami pun nak balik semula ke rumah. Masa tu jam menunjukkan dalam pukul 1.45 am. Mak aiiii meremang pulak bulu roma ni. Tengah berfikir, nak ikut jalan mana yang paling selamat. Mama cadangankan ikut laluan Kuala Selangor- Sg Buloh sebab jalan besar dan banyak lampu, tapi agak jauh sikit ler. Hubby kata dia nak cepat sampai rumah sebab pepagi nanti nak gi JB. So dia kata nak ikut aje laluan tadi.

Mama yang rasa mengantuk cuba tahankan mata, nak temankan hubby. Iki dan Ika lena di seat belakang. Kebetulan Ika tengah demam. So dia memang tidur sepanjang perjalanan. Melalui pekan Kuala Selangor cahaya lampu terang benderang, tapi sejurus Sampai ke Simpang 3 Ijok nak masuk ke Jalan Batu Arang tu lampu jalan dan mula berkurangan. Sampai la akhirnya langsung tak ada lampu jalan. Sebenarnya Mama dah rasa semacam. Sebelum ni kami rancak berbual, tetiba macam dah tak ada modal berbual. Hubby pulak tetiba je berzikir dengan kuat macam yang selalu bila dia buat nak tidurkan anak2.

Mama pulak tak semena2 boleh terkeluar dari mulut “ehhhhh bau apa ni, busukkknya”…

Iki yang kebetulan terjaga dari tidur pun cakap “busuknyaaa!!!”.

Hubby cuma jawab, “bau dari kilang sawit tu.” Ok lah Mama diam jer sambil layan mata yang hampir mengantuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience