Bab 7

Romantic Comedy Series 7003

BAB 7

“Kau dah berubah sejak pulang dari Sarawak. Ada jumpa teman lelaki ke kat sana?” tebak Meon. Moon juling mata ke atas.

“Ceh, kau ingat aku pergi sana nak cari teman lelaki ke?” marah Moon seraya mecebik bibir.

“Taklah! Sejak kau balik dari Sabah ada satu yang paling ketara, kau cepat baran! Kenapa eh?” Tanya Meon. Mooh dah masam mencuka.

“Kuasa tuhan,” jawab Moon ringkas. Meon mengangguk kecil menerima jawapan pendek Moon itu.

“Kat sana aku banyak belajar. Belajar tentang kehidupan,” katanya lagi.

“Kau tak bawak pulang souvenir untuk aku ke?” soal Meon cuba menceriakan keadaan.

“Tak! Kau tak jaga Goldie,” ujar Moon dengan kasar. Meon senyum.Tahu kesalahannya itu masih meninggalkan kesan kepada Moon hingga dia marah sampai sekarang.

“I’m sorry! Salah aku,” kata Meon. Moon dah mencebik bibir.

“Aku jaga Goldie dengan baik. Aku pun tak tahu bila kucing mummy masuk dalam bilik aku. Masa aku masuk bilik, Goldie dah kat lantai,” terang Meon. Moon hanya senyum sinis. Dia tahu Meon bersalah kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya.

“Bla… bla… bla…,” perli Moon. Terus Meon buat muka sedih. Moon dah tak ada hati lagi nak tengok muka sedih Meon dan dia tak dapat menerim alasan itu!

“Moon, aku juga sayang Goldie macam aku sayang kat kau,” kata Meon. Moon terdiam.

‘Dia sayang aku! Tak! Dia just mahukan kemaafan aku je.’ Getus hati Moon.

“Sweet talker, huhh?!” kata Moon dengan tidak sengaja.

‘Tapi bagus jugak. Dia memang sweet talker pun!’ Getus hati Moon sekali lagi sambil bangun.

“Kau nak gi mana?” tanya Meon dengan nada risau. Moon tutup mata lima saat.

“Nak tido. Dah pukul satu pagi. Esok aku ada kuliah. Good night!” kata Moon sambil masuk ke dalam.

“I like you, Che Moon!” sayup-sayup suara Meon ketika Moon menutup tingkap.

‘Suara dia ke? Perasaan aku je tu!’ kata Moon dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience