Bab 11

Romantic Comedy Series 7003

BAB 11

Enam bulan kemudian kemudian…

“Hi Che Moon,”sapa Meon. Moon hanya jeling tajam. Meon sudah senyum nakal.

“Nah,” katanya lagi. Kotak akuarium disua ke arah Moon. Wah, dua ekor ikan emas!

“Lela dan Majnun,” kata Meon mengusik. Moon buat muka blur. Perli eh?!

“Ganti Goldie yang dah tak sempat diselamatkan hari tu!” katanya. Moon terengih.

“Yeay. Moon suka ikan,” katanya sambil bermain-main guna jari dengan ikan dalam akuarium. Comel!

“Oh ya,” katanya sambila Meon membetulkan tudung Moon yang senget.

“Nak tahu tak kenapa abang suka tarik rambut sayang dulu?”tanya Meon dan Moon hanya angguk.

“Sebab Moon tunjuk aurat,” katanya selamba sambil mengangguk dan kemudian mencubit pipi Moon. Tergelak Moon mendengarnya.

Moon letak tepi akuarium tadi dan pandang mata Meon. Mata dia macam bintang! Comel!

“Abang pun salah. Abang pegang aurat sayang jugak masa tu! Dan terlalu bebas hidup kita masa tu,” kata Moon sengih. Terkedu Meon.

“Tak pe! Kita perbetulkan apa yang salah!” kata Moon perlahan. Mata Meon menikam ke serata wajah Moon dan mengangguk setuju.

“Abang, Moon nak cakap sesuatu?” kata Moon lantas tangan Meon merangkul pinggang Moon dengan kemas dan bersedia mahu mendengar.

“Moon pregnant!” jelas wajahnya tampak ceria dan terkejut. Surprise abang!

“Tiga minggu,” Moon sengih. Meon cium kedua-dua belah mataku. Terlebih romantik lah dia ni.

“Alhamdulillah. Thanks sayang! I love you” kata Meon seraya peluk tubuh isterinya itu. Aman Moon rasakan dalam dakapan suami.

“I love you too !” Moon balas pelukannya.

Teringat kali pertama Moon dan meon berjumpa. Di Balkoni rumah je. Sebab ebelah-menyebelah.

“Hi!” tegur Meon dari balcony sebelah membuatkan Moon terkejut.

“Hi!” jawab Moon dengan lurus bendulnya. Cermin mata diatur. Buku yang dibacanya dipeluk kedada.

“Jiran baru ke?” tanya Moon. Meon angguk.

“Saya Meor Nasmi. Panggil je Meon!” katanya sambil kotak yang dibawa dia letak ketepi.

“Saya Musfira tapi semua orang panggil saya Moon!” kata Moon sambil menunduk. Dan dia rasa malu ditegur oleh lelaki.

“So.. kawan!” ajak Meon setelah mengetahui nama Moon. Moon angguk dan mereka senyum gembira.

“Thanks Che Moon!” katanya riang. Mata Mooni membulat membuatkan Meon tambah sengih.

“Sama-sama Encik Meon,” balas Moon sambil simpan senyum.

“Okey! Encik Meon dan Che Moon mcam comel je bunyinya kan?” tanya Meon sambil tersenyum nakal. Moon dan Meon ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience