Bab 4

Romantic Comedy Series 7003

BAB 4

Semuanya dah hadir dan berkumpul di meja makan. Mama Moon sudah pun menghidang makanan yang telah disediakannya.

‘Hai…Kenapa?! Kenapa dia mesti duduk depan aku. Dahlah hidangan hari ni ikan cencaru sumbat sambal kelapa kegemaran aku. Oh Goldie!’ getus Moon dalam hati sambil matanya memandang pinggan di hadapannya dengan sedih.

Meon memandang riak wajah Moon. Dia mahu tahu kenapa Moon tiba-tiba berubah sedih. Tak semena-mena, Moon mengangkat mukanya dan membalas dengan pandangannya dengan tajam.

‘Aku benci kau Meon!!!!!!! ‘ jerit Moon dalam fikirannya saja.

“Meon, kerja apa sekarang ni?” soal papa Moon tiba-tiba. ‘Gali kubur’. Jawab Moon dalam hati. Matanya masih lekat di wajah Meon.

“Arkitek uncle,” papa menggangguk.

“O. bagus. Kat mana?” soal papa Moon lagi. ‘Kandang lembu or kat kandang kambing kot’ Moon tolong jawab dalam hati lagi.

“Belum tahu lagi. Masih tunggu tawaran, uncle,” jawab Meon. Semua yang berada di situ menggangguk kecuali Moon. Moon menahan senyuman mengejeknya.

“Aiii, Moon… Senyum tengok pakwe eh!” kata Star yang terlihat Moon menahan senyum. Terus Moon mengangkat muka melihat abang Star. Abang sengih.

‘Menyakitkan hati abang aku ni.’ Kata Moon dalam hati.

“Moon makin comel sekarang ni. Kan Meon?” kata Puan Dila. Mula-mula aku nak blushing, tapi tak jadi. Kenapa nak semakkan dia, hah?!

“Sama juga macam dulu,” ujar Meon sambil menyuap nasi kedalam mulut.

“Apa cakap macam tu?” tegur Puan Dila. Meon pandang Moon semacam. Moon pula balas pandangan dengan tajam.

“Che Moon saya baru comel,”kata Meon selamba. Lima ayat yang buat Moon terkedu dan berhenti menyuap mulutnya. Gigi berlaga tahan marah. Saja buat darah Moon mendidih. Sabar Nadi! Sabar!

“Eh, perempuan mana pula yang kamu maksudkan ni? Yang baru ke?” tanya Uncle Kadir. Moon jeling Meon tajam. Makanan atas meja dah habis dimakan.

“Yup!” kata Meon sambil meneguk air oren. Abang Star terus menjeling Moon dengan senyuman mengusik.

“Mummy! Daddy! Aunty! Uncle! Boleh pinjam Moon kejap tak?” Tanya Meon. Rahang bawah Moon hampir jatuh. Semua menggangguk kecuali Moon. Laju je Moon menggeleng.

“Nak buat apa? Tak nak!” balas Moon. Terus mama pandang Moon sebagai isyarat. Kalau mama dah pandang Moon begitu, memang terpaksalah ikut.

“Jomlah,” Moon bangun dan Meon pun bangun juga. Moon berdiri diluar sambil memeluk tubuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience