Bab 1

Romantic Comedy Series 7003

Tajuk: MEON LOVE MOON
Penulis: MISSY A

BAB 1

“Hi Cik Moon,” tegur seseorang dari arah belakang. Rambut Moon yang diikat toncet tinggi di atas kepalanya ditariknya. Moon memandangnya dengan tajam. Matanya dikecilkan menahan marah. Kejap kecil, kejap besar je Moon lihat dia. Menyibuk je tahunya! Moon masih lagi bertarung untuk melepaskan diri.

“Mak aih. Ganas betul!” katanya. Rambut Moon ditarik lagi agar lebih rapat dengannya.

“Janganlah Meon. Sakit tahu tak!” jerit Moon sambil cuba menarik rambutnya dari ditarik Meon lagi. Meon senyum nakal. Rambut Moon dikuncinya dengan ketat dalam genggaman tangan Meon. Biadap!

“Jom, ikut aku!” kata Meon memberi arahan. Moon terpaksa ikut kerana Meon masih menarik rambutnya. Terpaksalah Moon jalan mengundur. Moon menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Semua pandang kelakuan Moon dan Meon! Memalukan!

Sampai di satu lokasi yang tidak jauh dari tempat tadi, Meon lepas rambut aku. Moon tengok Meon dengan pandangan yang menyinga. Moon lihat sekeliling jika masih ada yang memerhatikan mereka sebelum beralih ke wajah Meon.

“Playground?” soal Moon dengan muka kehairanan. Meon segera menyengih nampak gigi.

“Yes. Let’s play together,” Meon menarik tangan aku ke arah permainan yang tersedia. Dah macam kanak-kanak Ribena!

“Kenapa kau ni? Nak makan pelempang?” kata Meon kerana geram Moon layan acuh tak acuh. Moon malah menyentap tangannya semula dari genggaman Meon.

“Suka hati kau je nak pegang tangan aku!” marah Moon. Lantas dihalaunya Meon supaya menjauhi. Terpaksalah Meon buat muka sedih meminta simpati.

“Ingat aku cair tengok muka kau macam ni?” kata Moon lagi lantas duduk dibuaian. Sengaja headphone dalam beg dikeluarkan dan dipasang di telinga. Lagi di telefon dimainkan tanda memprotes.

“Moonnnnnn…. Masih marahkan aku ke?” Tanya Meon sambil duduk mencangkung dihadapan Moon. Moon buat tak tahu je kerana dia sememangnya masih marahkan Meon!

“Moon!” panggil Meon dan menarik sebelah headphone Mooon untuk mendapatan perhatian. Moon mengangkat muka merenung tajam wajah Meon. Meon mendekatkan wajahnya ke muka Moon sehingga hidungnya hampir bertemu dengan pipiku.

“Okey! Aku tahu aku salah. Aku janji aku beli kau ikan baru,” aku mencebik bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience