Bab 3

Romantic Comedy Series 7003

BAB 3

“Star! Moon! Mari turun makan. Cepat. Buat apa lagi dalam bilik tu,” suara mama dah memekik.

“Okay mama! Coming…” balas Moon dari dalam biliknya. Moon cepat-cepat mengikat rambutnya yang kembang. Cantik pun katanya dalam hati. Cermin mata dicari di sekitar biliknya dan apabila dah jumpa terus diletakkan di batang hidung. Makanan perlu dilihat dengan betul. Kalau tak mungkin dia tersalah ambil dan makan. Maka alergilah satu badan.

Moon menuruni tangga kebawah. Abang Star yang baru keluar dari bilik sempat dijelingnya.

“Apa jeling-jeling? Nak kena dengan aku,” marah abangku sambil tunjuk penumbuk. Terus Moon jelir lidah dan segera menuruni tangga meninggalkan abangnya. Tak takut!

“Ceh, penakut!” kata abang Star lagi. Moon juling mata keatas.

“Ada aku kesah!” balas Moon sambil mencekak pinggang kerana dia sudah selamat di sampai ke tingkat bawah.

Tok.. .tok.. .tok…

“Moon, tengok siapa yang datang tu. Bukakan pintu!” jerit mama lagi dari dapur. Abang Star sengaja jelir lidah apabila nama Moon yang naik. Eee, menyakitkan hati! Berat kaki nak melangkah. Moon buat muka sedih tapi dalam hati geram dengan mama dan abangnya.

“Assalammualaikum…,”kata orang di luar saat Moon membuka pintu.

“Waalaikuamsalam,” balas Moon. Matanya terpandang kea rah wajah yang dikenali. Rahang bawahnya jatuh. Moon terlopong. Meon tersengih melihat Moon begitu. Ibu dan bapa Meon pun ada sekali berkunjung.

‘Ni mesti mama dan papa ajak dorang makan malam. Huhh, dah mereka jiran aku!’ getus Moon dalam hati sambil memberi pandangan tajam kepada Meon. Moon sengaja tidak mempelawanya masuk ke rumah.

“Ehh, Dila! Kadir! Masuklah,” kata mama. Tiba-tiba sudah berdiri ditepi Moon. Aunty Dila dengan Uncle Kadir masuk kecuali Meon.

“Hah, Moon! Ajaklah Meon masuk. Tercegat apa lagi kat depan pintu tu,” arah mama apabila aku buat tak tahu tentang kehadiran anak rakannya tu. Moon buat muka seposen dengan mamanya.

‘ Tak nak! ‘ pandang Moon. Mamanya terus memberi jelingan tajam.

“Erm…Masuklah,”pelawa Moon akhirnya. Muka Moon dimaniskan. Dan dia terus berlalu dari situ.

‘Aku akan balas balik apa yang dia buat kat kau, Goldie!’ kata Moon dalam hati sambil memandang Meon melangkah masuk dalam rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience