Bab 2

Romantic Comedy Series 7003

BAB 2

“Aku minta kau jaga Goldie. Bukan suruh bunuh. Kenapalah aku berbaik hati sangat masa terima pelawaan kau nak jaga ikan aku,” kata Moon perlahan seakan mahu menahan air matanya gugur.

‘Sebab dia kawan kau dulu!’ satu suara menjengah ke otak!

“Aku minta maaflah. Aku akan ganti balik ikan emas kau tu ya. Janganlah marahkan aku lagi,” Meon membedik-bedik mata mohon dikasihani.

“Aku tak cair pun! Ingat ni drama Melayu ke senang sangat nak maafkan,” kata Moon geram seraya bangun dan menghayun tangan yang digenggamnya sejak tadi ke pipi Meon.

Bukkk..

Tepat pada sasaran dn Meon tumbang! Tak cukup tu je, satu sepakan padu menerjah di celah kelangkang pula. Semuanya kerana geram ikan kesayangannya mati di tangan Meon!

“Oopss… Sorry Meon,” kata Moon dengan ketawa jahatnya.

“Tu untuk Goldie sebab kau tak jaga di abaik-baik! Dan aku takkan lepaskan kau,” kata Moon sambil mengambil headphone dan begnya tadi dengan kasar. Moon terus beredar dari situ. Ingat Goldie tu barang mainan ke? Sesuka hati je beri kucing makan ikan emas aku!

BAB 2

Pemandangan yang indah di depan mata dipandang lama. Mujur bilik Moon ditempatkan di kawasan yang strategik. Moon berdiri di balkoni biliknya. Rambut dibiarkan lepas. Teringat kishnya dengan Meon sebelum ini tadi membuatkan dia mahu membalas dendam.

“ Nasib baik halaman belakang rumah aku tak luas. Mana dia ni? Selalunya pukul enam setengah petang dia mesti lalu jalan belakang ni. Tu macam ada orang sedang berjalan. Aha, dia dah sampai,” kata Moon seorang diri sambil mencari kelibat yang dinantikan. Telur yang berada disisinya diambil satu.

Papppp! Bunyi telur itu pecah mengenai tepat pada kepala Meon! Cepat-cepat Moon bersembunyi di sebalik dinding. Mulut ditekup supaya tidak terdengar ketawanya.

“Moonnnnn…..,” jerit Meon.

Moon pun keluar dari tempat persembunyiannya. Akhirnya berderai juga ketawa Moon apabila melihat lucu kepala Meon basah dengan telur. Kepala Meon mendongak memandang Moon. Moon berhenti ketawa sebentar dan menyeringai seperti tidak bersalah.

“Moon, jangan buat aku macam ni,” rayu Meon. Moon sudah memandnag ke lain dan senyum sinis.

“Aku takkan lepaskan kau!” kata Moon geram dan terus masuk kedalam rumah. Dia takkan lepaskan Meon selagi hatinya belum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience