BAB 5
“Apahal ni?” Tanya Moon. Habis dirinya jadi bahan usikan Star malam ini.
“Moon, aku rindu kau yang dulu!”akui Meon. Moon hanya buat muka blur. Rambut Moon sebelah kiri ditarik Meon kerana tiada respon.
“Sakitlah,” marah Moon. Meon juling mata ke atas. Bibir dicebik.
“Ikan je kot,” kata Meon lagi. Moon dah mengertap bibir. ‘Ikan tu ikan akulah!’ katanya dalam hati.
“Ikan tu ikan aku. Aku tangkapnya sendiri. Aku sayang Goldie macam aku sayang nyawa aku,” bentak Moon. Meon terdiam. Terdengar suara halus mengeluh.
“Aku suruh kau jaga Goldie, bukan bunuh dia. Dan satu perkara lagi aku takkan lepaskan kau. Aku dah cakap sebelum ini kan,” kata Moon seraya masuk kedalam rumah.
“Damn!” Meon menyepak batu kecil.
**************
“Hi Che Moon, tak gi kuliah ke?” tanya orang sebelah. Moon menjeling. Pagi-pagi menyakitkan matanya!
“Petang nanti,” kata Moon. Dia mengangguk. Moon terus siram pokok bunga. Dia senyum kecil.
“You are adorable, Moon!”kata Meon lagi. Moon juling mata keatas. Apa-ap je lah! Moon tahu yang Meon nak minta maafkan dia. Bukan puji ikhlas pun.
“Moon… Moon… Moon….,” panggil Meon dengan manja. Apa?!
“Forgive me!” kata Meon. Moon senyum sinis. Moon halakan pancutan air nak siram pokok ke arahnya. Habis basah bajunya.
“Wah, handsome-nya Encik Meon kita ni!” kata Moon dengan suara gedik.
“Tau tak pa! I memang handsome dari dulu,” balas Meon selamba dan sekali lagi air dipancutkan ke arahnya. Terlebih perasan pula!
“Enough, Moon!” kata Meon dengan nada meninggi. Terhenti Moon sekejap sebab terkujat.
“Best mandi, Encik Meon?” Tanya Moon lagi. Rambut Meon yang basah dihadapan, ditolaknya kebelakang. Konon seksi!
“Best jugak. Siram aku lagi. Aku nak buka baju ni,” kata Meon sambil mengacah-mengacah membuka bajunya. Moon cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Ceit, kurang ajar! Sial! Terdengar suara orang ketawa diluar rumah. Moon tutup muka dengan kedua-dua belah tangan. Malu!
Share this novel