"Han , aku nak kau settle something ." ujarku melalui telefon kepada seorang lelaki yang digelar 'Han' .
Sambil itu , mulut aku perlahan mengunyah telur rebus .
"Apa ? Kau jangan buat hal . Bukan kau janji nak berhenti buat benda ni ke ?"
Balas lelaki itu dengan nada terkejut .
"No choice , at least she deserve to feel this kind of 'happiness' . I will stop once I done , okay " Janji aku .
Sengihan sinis terpamer tanpa aku sedar .
Jahat ke aku ?
Tak .
Dia layak untuk semua benda ni .
Aku cuma balas kejahatan .
"Okey , kau janji eh ?"
"Iye ."
"So , nak buat macam mana ?"
"Tak nak teruk sangat , buat sikit je . Umm , pilihan nombor 2 okay kut ." cadangku .
"Okay baik , aku hantar budak . Apa - apa aku roger kau !"
Talian telefon di matikan .
Tting tting tting ...
Tting tting tting ...
Tting tting tting ...
Bunyi loceng rumah kedengaran . Aku segera bangun dan melihat gerangan manusia yang menekan loceng itu dari sebuah paparan skrin LCD kecil yang tergantung di dinding bersebelahan pintu masuk .
Kunci pintu dibuka .
Membenarkan sekujur tubuh tinggi lampai itu masuk ke dalam .
Tanpa sebarang bicara , dia duduk di sofa manakala aku sudah menapak ke ruang dapur dan membuka peti sejuk .
Sebotol air mineral dicapai dan dilemparkan ke arah lelaki itu setelah aku menghampirinya .
Kaki disilangkan .
"Kenapa datang ?" soal aku bersahaja .
"Tak boleh ?"
"Mana awak tau rumah Ian ?"
"Abang ."
"Oh."
"Tak bagitau pun awak balik . Kenapa ?"
"Salah ke?"
"Dah tiga bulan since awak graduate , baru jumpa jalan balik ? Lupa jalan balik ?"
"Tuan Akra Rafiz , saya memang tak pernah balik sini . Jadi tak mustahil untuk saya lupa jalan balik ke Malaysia ."
Akra Rafiz . Abang aku . Abang ketiga . Abang susuan ketiga aku . Umur ? Tua setahun daripada aku . Seorang lelaki yang 'kasanova' . Suka sentap , menyakitkan hati , suka cari gaduh tapi seorang yang penyayang .
Aku memandang wajah Akra Rafiz yang sudah memandang aku geram .
"Cik Muda Adrean Aqilah , nak kena tendang ?"
"Tendanglah tendang , esok - esok jangan tanya kenapa kena kurung dalam bilik kebal tu 5 hari ." ugutku .
"Berani ? Bulan - bulan orang bagi elaun , sombong pula . Cari nahas betul !"
Sengihan manis dilemparkan . Hehe , ampun bang ! Adik bersalah !
"Main - main pun tak boleh . Kerek betul . Mentang - mentang dah ada awek ."
"Kepala hotak kau ! Eh , abang dengar awak dah ada pakwe . Share lah hm ."
Akra Rafiz melabuhkan punggung di sebelah aku . Dirinya didekatkan .
Ish budak ni ! Dahlah kayu , aku tolak jatuh terus !
"Farhan Raim , dia asal Malaysia . PA orang , mesti awak kenal kan ?"
Buk!
Bantal yang berada di tangan Akra Rafiz sudah mendarat di wajah aku .
Aish , kau sabar jap .
Dalam sekelip mata .
Adegan berlari - larian di dalam penthouse Adrean Aqilah yang baru sahaja dua hari didudukinya jadi riuh .
Sebaik aku menangkapnya , satu tumbukan kuat melayang di lengan kanan Akra Rafiz .
"Ahhhh !" jeritan Akra Rafiz kedengaran .
"Sakit bodoh !"
"Pondan ."
"Banganglah b , main tumbuk - tumbuk pulak."
"Sikit je tu ."
"Sikit eh ? Kalau kau yang kena confirm pengsan ."
"Dah aku nak pergi toilet jap , duduk diam - diam . Kalau sepah , kau jangan balik !"
Aku beredar meninggalkan Akra Rafiz .
hi , sis akan update next chapter 2 minggu lagi tau ! sis busy nak exam hehe
Share this novel