Aku menghembuskan nafas lega . Akhirnya ! Aku sampai di penthouse milikku . Penthouse hadiah pemberian daripada Airil Amran dan juga Aisy Ikbal .
Hadiah sempena aku menamatkan pelajaran dan mendapatkan segulung sijil diploma .
"Ni rumah awak . Awak berhak buat apa - apa je tapi tolong jangan buat benda bukan - bukan . Jangan buat dekat sini ."
"Hadiah . Dari abang dengan Bal . Jaga elok - elok . Awak layak dapat rumah ni . Awak dah lama duduk tempat orang ."
Masih terngiang - ngiang perbualan antara aku bersama Airil Amran dan Aisy Ikbal .
Aku tersenyum . Memang cukup lama aku menetap di negara orang . Sejak kecil lagi , aku diajar untuk berdikari .
Sejak aku berusia 1 tahun , aku diberikan pendedahan awal kepada pelbagai perkara . Dan saat usia aku bertukar kepada angka 5 , aku dihantar ke negara orang .
Belajar di sana . Mendapatkan pendidikan awal di negara orang . Korea . 19 tahun adalah satu tempoh yang lama .
Aku melilaukan mata memandang sekeliling penthouse 3 tingkat itu . Besar dan luas . Hiasan yang ringkas .
Perabot yang dibeli dari Ikea . Ruang rumah yang besar kelihatan luas kerana hiasannya . Aku suka hiasan ni !
"Lawa ! Tapi sayang betul kan ?" sengaja ayat ku digantung .
Dua lelaki itu memandang aku dengan tanda tanya .
"Kenapa ? Ada apa - apa lagi yang kurang ke ?" soal Airil Amran .
"Luas tapi duduk sorang - sorang . Bosan ."
"Kahwin jela ." saran Aisy Ikbal .
Buk !
Sebiji bantal melayang di wajah Aisy Ikbal . Serangan daripada Airil Amran .
"Awal lagi . Baru 19 tahun ."
"Eh , bagus juga idea abang Aisy . Kalau ada calon bagitau Ian tau !" satu kenyitan mata diberi .
"Adrean , abang tak nak awak kahwin awal . Banyak tanggungjawab . Diri awak pun tak betul lagi ."
"Sebab tu lah orang nak kahwin . Bila dah kahwin , suami orang bolehlah bimbing orang ."
"Betul . Tapi kena cari suami yang betul . Cari suami bukan senang . Bukan macam baby tukar - tukar pakwe . Cari suami kena cari lelaki yang bukan kaki minum , kaki perempuan ataupun sebagainya ."
"Abang Ril , orang tau lah ! Orang bukan budak kecil ! I know how to survive in this cruel world . I know this world better than you , okay ?"
"Abang tak minta banyak , abang cuma minta awak ubah diri . Abang faham cara hidup di negara orang yang buat awak jadi macam ni . Berhenti minum je dulu , faham ?"
Pesanan dan bebelan daripada Airil Amran benar - benar menusuk ke jantungku .
Usia 19 tahun , hidup di negara orang seorang diri . Cuma ditemani oleh seorang penjaga sehingga umurnya mencecah 10 tahun .
Usia 10 tahun , aku sudah tinggal seorang diri di sebuah apartment . Sebulan sekali ataupun dua bulan sekali , abang - abangnya akan melawat dan memantau dirinya di sana .
"Orang cuba . Orang akan cuba sehabis baik . Lagipun , memang dah tiba masa untuk orang berubah . Banyak sangat dosa ." Aku sedar . Sedar kekhilafan diri .
Aku tersenyum . Senyum dibalas senyuman . Semoga orang - orang disekeliling aku membantu aku untuk berubah ke jalan yang lebih baik .
"Baiklah ."
Share this novel