"Cik Muda Adrean ?" Kepala aku diangkat dan wajahku memandang tepat dua tubuh lelaki yang tinggi lampai berdiri bersebelahan aku . Kening dikerutkan .
"Ya , saya ?"
"Tuan Amran arahkan saya untuk jemput Cik Muda Adrean . Biar saya tolong ."
Barulah aku faham mengapa dua lelaki itu berada disisinya . Bahkan kehadiran mereka disisi aku berjaya menarik perhatian beberapa orang yang berada di kawasan sekitar .
Mungkin mereka berfikir aku melakukan suatu kesalahan . Manakan tidak , dua lelaki itu sedari tadi beriak serius tanpa ada secalit senyuman .
Aku berjalan mengikut langkah 'pengawal peribadi' aku . Bagasi milikku diletakkan di dalam but kereta oleh salah seorang daripada dua lelaki itu manakala seorang lagi sudah sedia membukakan pintu untuk aku .
Ahhh , terasa dilayan bak Puteri .
Perjalanan selama sejam yang entah menuju ke mana langsung tidak aku ketahui , menempuhi segala kesesakan lalu lintas pada masa puncak di Bandar Kuala Lumpur itu dan akhirnya aku tiba di hadapan sebuah bangunan setinggi 30 tingkat .
Atau lebih tepatnya sebuah resort .
Lawa dan besar .
"Cik Muda , ini kad akses . Nanti Cik Muda terus naik ke tingkat 28 dan ada seorang wanita yang akan bawa Cik Muda berjumpa Tuan Amran ." ujarnya tatkala aku sudah keluar .
Kad akses dicapai .
"Barang - barang saya ?"
"Jangan risau , Tuan Amran arahkan kami untuk hantar barang Cik Muda ke penthouse milik Cik Muda . Sebentar lagi , Tuan Amran akan bawa Cik Muda pulang ."
"Penthouse ? Saya punya ? Sejak bila saya ada penthouse ?" soal aku blur .
"Cik Muda nak banglo 3 tingkat pun boleh , Tuan Amran mampu beri segalanya . Keluarga Cik Muda bukan keluarga susah ."
"Erk , ye eh ? Okay , terima kasih . Hati - hati . Eh , kejap . Apa nama awak ?" sengaja aku menyoal namanya . Ye la , nak la juga tahu kan hehe .
"Naim ."
"Okay , bye !" sebuah kenyitan mata diberi .
Tanpa berlengah , aku melangkah masuk dengan penuh yakin ke dalam ruang lobi .
Aku terus menuju ke ruang lif dan mengakses kad . Secara automatik lif itu bergerak tanpa perlu aku menekan tingkat yang ingin aku tuju . Mungkin inilah kegunaan kad akses ini .
Mengakses tempat yang tiada siapa tahi kecuali kakitangan resort ini .
Ting !
Sebaik pintu dibuka , semua mata memandang aku dengan satu pandangan yang langsung tidak dapat aku gambarkan .
Pelik kut .
Aku melilaukan mata . Mengikut kata Naim tadi , akan ada seorang perempuan yang akan bawa aku jumpa Amran . Masalah sekarang ini , mana perempuan tu ?
Rata - rata pekerja di sini adalah lelaki . Perempuan yang ada pun pandang aku lain macam . Macam mana ni ?
Lagilah dengan selamba aku berjalan ke suatu bilik namun baru sahaja ingin menolak pintu pejabat itu , tanganku terasa disambar oleh seseorang .
"Auch !" rintih ku menahan sakit dek rentapan kuat itu .
"Who the fuck are you ?"
Suara gedik perempuan di hadapanku kedengaran sebaik tanganku dilepaskannya .
"I ? My name is Adrean Aqilah . Ni bilik Airil Amran ?"
"Oh wau , you panggil husband I tu dengan panggilan Airil Amran je ? Excuse me , panggil dia Tuan Airil okay ! You ni sesat dari mana ?"
Aih minah ni . Aku malas betul nak layan kau !
"Apa nama awak ?" soalku dengan penuh sopan .
"Why the hell I kena bagitau you my name ?"
"Let me guess , umm Fatimah ? Or Nab ? Ahaaa ! Kak Nab kan !" sengaja aku menambah minyak ke dalam kuali panas .
Siapa tidak panas apabila perempuan di hadapannya dengan bangga mengatakan dirinya adalah isteri kepada Airil Amran .
Bahkan setahu aku , Airil Amran masih membujang malah tidak bertunang . Awek pun tiada . Aih , geram aku .
"Are you kidding me ? Whoa , look at you dude . Dahlah selekeh lepastu you suka - suka je panggil I 'Kak Nab' . Eii , entah - entah itu nama mak you kan ?"
Aku tersentap .
Mak ?
Kau salah orang . Kau salah cakap . Hari ni kau sengaja cari pasal dengan aku .
"La , apa nama you ? Kalau I panggil you Kak Nab , nanti you marah . Cepatlah bagitau , I dah tak sabat nak masuk office tu . Abang Am dah tunggu I ."
Matanya mencerlung memandang aku .
Mungkin terkejut aku memanggil Airil Amran a.k.a husband palsu perempuan di hadapan aku ini dengan panggilan 'Abang Am' .
"Anas Huda , and sekali lagi I ingatkan you eh . Jangan suka - suka panggil husband I abang Am . He is Tuan Amran ."
Sejenak aku tergelak kecil . Tak sengaja sebenarnya . Tapi baguslah , aku menyampah dah ni .
"You gila eh ? Tiba - tiba gelak ." perlinya .
"Tak adalah , I just wondered la kan . Setahu I abang Am ni masih single mingle lagi . Macam mana you boleh jadi isteri dia ?"
"You siapa ? Sembang macam you kenal rapat dengan Airil je ." sinisnya . Tapi langsung tidak diendahkan oleh aku .
"Okeylah cik Anas Huda , saya ni penat sebenarnya . Awak sambung buat kerja ya , saya nak masuk jumpa abang Am ."
Aku menolak badannya ketepi sedikit agar dia memberi ruang untuk aku berlalu masuk ke ruangan pejabat itu .
Namun , tangan aku terasa disambar buat kali kedua dan dalam sekelip mata kedua belah pipiku terasa pijar .
Pang !
"Ni untuk you yang acah bagus !"
Pang !
"Dan ni untuk you yang suka - suka panggil dia dengan panggilan 'abang Am'."
Aku memegang pipi .
Dan seketika , aku baru tersedar bahawa kini diriku sudah jatuh terduduk di lantai menahan perih . Manakan tidak , bukan setakat pipiku menjadi mangsa amarahnya malah kaki aku juga menjadi mangsanya .
"You bitch ! You ingat eh , Airil sikit pun tak minat you . Sebab ? You tu hodoh ! Buruk ! You tak layaklah untuk dia . Look at me , I am the hottest one ! Dia suka perempuan seksi macam I , bukan macam you !" ujar dirinya menjerit , tanganku yang berada di lantai dipijaknya .
Aku terjerit . Menahan rasa sakit . Menahan air mata sakit .
Para pekerja di situ kelihatan kasihan melihat keadaan aku . Bahkan tatkala mereka baru sahaja berura - ura mahu bangun dari duduk untuk membantuku , terus pergerakan terhenti dek jelingan tajam dari Anas Huda .
Kejam sungguh kau !
Tunggu balasan kau !
Tanpa mereka sedar , sepasang mata ralit memerhati mereka dari tadi . Marah ! Geram ! Sakit hati ! Semua perasaan dirasainya saat ini apabila gadis itu diperlakukan sedemikian .
Dimanakan rasa belas kasihan dalam diri Anas Huda ? Matanya berubah merah .
Share this novel