"Ian nak sambung study ." empat patah perkataan yang di balas oleh aku apabila Aisy Ikbal dan Airil Amran bertanya tentang perancangan masa depan aku .
Ya , sambung study .
Setahun sudah berlalu semenjak aku graduate di Korea Selatan . Ini bermakna secara tidak langsung juga sudah setahun aku berehat dan bercuti . Menghabiskan duit milik kedua abang aku .
Kini dah tiba masa untuk sel - sel otak aku kembali menjalankan tugas mereka .
Aisy Ikbal dan Airil Amran masing - masing masih dihentam kejutan apabila mendengar jawapan dari gadis bernama Adrean Aqilah .
Masakan tidak ? Sangka mereka , si gadis masih mahu berehat ataupun hanya ingin bekerja di syarikat milik keluarganya . Namun , sangkaan mereka meleset .
Aku memandang wajah tercengang dua lelaki di hadapanku .
"Kenapa terkejut sangat ? Rileks lah ."
"Abang ingat baby nak kerja dekat company tak pun nak sambung bercuti ." balas Airil Amran .
"Kenapa pula ? Dah setahun kan Ian rest , sampai bila nak rest kan ?"
"Iye la , tapi tak penat ?"
"Penat ?"
"Since you were a kid , you never get well rest . You should take some more rest Adrean Aqilah . "
Jawapan Airil Amran membuatkan aku tersengih sinis . Tak sengaja .
"I was born with great family but it doesn't last long . Your family take us and raised us well . And I don't even fuckin care when I didn't get enough rest abang ."
Diam .
Sunyi seketika .
"Mind to explain more ?"
Aku mengangguk faham .
"Once I arrived Incheon Airport , Ian dah tanam niat untuk tidak mengeluh walau sepenat mana dugaan yang Ian hadap . Since I was 5 years old until now . Lucky I still have a chance to take a breath .
18 tahun duduk di tempat orang , Ian dah belajar macam - macam . Mula - mula Ian rasa benci bila Omak hantar Ian ke Seoul , tapi bagus juga ."
Panjang . Cukup panjang tapi bukanlah cerita penuh . Ini dikira sinopsis cerita lagi .
"Maksud Ian ? Apa yang bagus dan apa yang buatkan Ian benci Seoul ?"
Sengihan manis aku beri .
Badan disandar .
Aku menyilangkan kaki .
"You know well cara study di Korea kan ? Non stop and dapat rehat sekejap je . Even penat tapi dari situ Ian belajar untuk terus tabah , sabar dan kuat . Best experience in my life kut ?"
"Haihlah , abang faham . Tapi ..." Airil Amran menghentikan kata - katanya .
Mata Airil Amran beralih ke wajah Aisy Ikbal setelah melihat wajahku sekilas .
Mungkin mereka risau akan aku ?
Takpe abang , Adrean Aqilah kuat . Adrean Aqilah bukan macam orang lain .
Dan paling penting , aku benci masa laluku . Aku akan cuba untuk berubah .
"Abang akan sokong B . Buatlah apa - apa , you have right to choose your future ."
Aku tersenyum bahagian .
Bersyukur apabila aku dikurniakan dengan sebuah keluarga yang sentiasa menyokong aku tidak kira apapun .
Anugerah Allah yang paling bermakna .
"Are you sure ? Tak menyesal ?"
"Iye , sure sangat . So nak study dekat mana ?"
"Same place with Dian . But , there's something else I want ."
"Apa dia ?" soal Aisy Ikbal kepada aku sambil matanya menatapku .
"Ian nak masuk kumpulan interior designer boleh ? Nak cari duit lebih ."
"Eh , tak payahlah . Penat nanti . " Airil Amran membantah .
"Mana ada penat , ala bolehlah . Bukan selalu , Ian turun kadang - kadang je ."
"Nanti awak susah nak fokus ."
"Takdelah , Ian kan pandai ."
"Jangan riak dengan kepandaian yang Allah bagi . Allah boleh tarik bila - bila je tau ." pesan Airil Amran biarpun nadanya sedikit tegas .
Aisy Ikbal sekadar mendiamkan diri . Jika bersangkut paut dengan syarikat , dia hanya akan mendiamkan diri .
Kerana , Airil Amran selaku anak sulung lebih berkuasa . Tambahan pula Airil Amran sudah menguruskan syarikat itu bertahun lamanya .
Aku menunjukkan wajah sedih .
Meminta simpati .
"Okey - okey , abang letak awak jadi planner interior design je . The rest staf akan buat ."
"Yes !"
"Bal , kau settlekan uni dia . Bagitau Dian , suruh Dian jaga dia ." arah Airil Amran kepada adik lelakinya , Aisy Ikbal .
"Eh , jangan bagitau Dian ."
"Kenapa ?"
"Dian mana tau orang dah balik . Senyap je dulu eh !" pesan aku kepada dua lelaki itu .
Mereka mengangguk .
"Okeylah , abang nak masuk office . Apa - apa call je , jaga diri . Oh satu lagi , pasal Anas Huda tu maybe abang akan pecat dia ."
"Why ?"
"Dia dah tak datang kerja 2 minggu without any notice , so she didn't give me any choice ."
Aku terdiam .
Bersalah ke aku ?
Aku sekadar mengangguk .
Apa yang akan mereka lakukan sekiranya rahsia itu terbongkar ?
Aku dah berjanji pada kelima - lima lelaki itu untuk berhenti tetapi aku masih melakukan perkara jahat itu .
Ya Allah , buka pintu hatiku untuk bertaubat kepadaMu !
Kelibat Airil Amran dan Aisy Ikbal sudah menghilang di sebalik pintu .
Badan di labuhkan di sofa ruang tamu .
Otak mula memikirkan pelbagai perkara .
Share this novel