Bunyi derapan kasut kulit hitam menarik perhatian semua pekerja disitu . Masing - masing menunjukkan riak wajah cuak .
Tetapi disebalik bunyi derapan itu , ada seorang wanita yang cuba untuk bangun dari jatuhnya .
Lagi dilihat , semakin sakit hati lelakinya . Aisy Ikbal menghampiri gadis yang terduduk di lantai itu . Dia mencangkung agar dapat melihat wajah si gadis dengan lebih jelas .
"Baby , awak okay ?" soal Aisy Ikbal sambil menyelak rambut Adrean Aqilah ke sisi telinga .
Adrean Aqilah mengangkat wajahnya .
Terkejut bukan kepalang .
Aku segera cuba bangun namun berkali mencuba , aku menemui jalan kegagalan . Sakit sangat !
Pedih !
Dan bagiku , aku tidak mahu lelaki itu 'naik angin' andai sahaja Aisy Ikbar melihat kejadian tadi .
Anas Huda ?
Lagilah terkejut bukan kepalang ! Merah mukanya apatah lagi ketika Aisy Ikbal memberinya satu jelingan tajam .
"Biar abang angkat awak ."
"Tak payah , orang bangun sendiri ." tolakku . Nanti apa pula kata orang .
"Diam je boleh ? Nanti lagi teruk !"
Tegas !
Mahu tidak mahu aku terpaksa mengalah . Aku kenal Aisy Ikbal .
Bila barannya sampai , tiada siapa dapat kawal .
Malah sukar untuk menenangkan lelaki itu .
Aisy menggendong aku dan membawaku masuk ke dalam pejabat .
Badanku diletakkan di atas sofa dengan lembut .
"Awak nampak semua ke ?"
Aku sengaja menyoalnya . Ingin tahu .
Senyap .
Sunyi .
Sepasang mata lagi sudah melepaskan matanya dari laptop dan memerhati perlakuan dua manusia yang secara mengejut masuk ke dalam ruang kerjanya .
"Ape cer ni Bal ?" Airil Amran bertanya kepada Aisy Ikbal dengan penuh tanda tanya .
Matanya beralih memandang aku pula .
"Kau tanya la adik kau tu ."
"Baby , kenapa ? Ketat je muka abang awak tu ."
"Tak ada apa pun . Dia je tiba - tiba emo ." aku balas .
"Kaki tu kenapa ? Pipi kiri kanan merah tu kenapa ? Panas ?"
"Ha erk tak ada apa." gagapku .
Satu jelingan tajam dilemparkan kepada aku .
Auch , takutnya !
"Aku rasa kau dah kena pecat PA kau tu Ril ." Aisy Ikbal mula bersuara .
"Asal pulak ? Dia okey je ."
"Kau yakin ? Kau percaya setan tu ? Manusia bertopeng syaitan ."
"Aku tak tau cerita , tak kan aku nak pecat dia macam tu je . Kita ada prosedur untuk pecat orang Bal . Cuba kau cerita dekat aku ."
Airil Amran sudah berjalan duduk sebelah aku . Begitu juga Aisy Ikbal . Macam mesyuarat keluarga pula .
"Dia tak bagi baby masuk office kau tadi , diorang sempat jugalah lawan mulut . Baby tolak dia ketepi sikit je , tapi kau tau dia buat apa dekat adik kau ?"
"Apa?"
"Tu , tangan adik merah - merah sebab dia rentap . Pipi dia tu merah sebab Huda tu 'angkat tangan' dekat baby . And kaki tu sakit sebab dia kena tendang dengan budak tu ."
Aisy Ikbal menghembus nafas kasar . Geram . Bicaranya terhenti seketika .
"Oh , satu lagi . Tu , nampak tangan dia ? Luka . Dia pijak . Aku rasa alasan tu cukup untuk kau pecat dia ."
Kali ini Airil Amran benar - benar terpempan . Tidak sangka PAnya sanggup melakukan perkara tak berperikemanusiaan itu kepada adiknya .
Bahkan andai Adrean Aqilah bukan adiknya , biarpun Adrean Aqilah orang asing , dia tidak akan benarkan kejadian itu berlaku di tempat kerjanya .
Perkara ini mungkin akan menjejaskan reputasi syarikatnya . Tindakan itu wajar diambil tindakan .
Airil Amran baru sahaja berura - ura mahu bangun dari duduk terus ditahan oleh Adrean Aqilah .
"Awak , nak buat apa ?" soal aku kepada Airil Amran .
"Nak panggil Anas Huda . Abang rasa abang patut pecat dia ."
"Tak payah lah ."
"Kenapa ?"
"Kesian dia . Zaman sekarang bukan senang nak cari kerja ."
"Adrean Aqilah , dia dah buat awak macam ni . Kemudian awak nak biarkan je ?"
Geram apabila adiknya bertindak untuk membiarkan kejadian itu berlaku begitu sahaja .
"Abang , Ian bukan bodoh ."
Ringkas .
Namun , siapa tahu makna disebaliknya ?
Cuma keluarga dia sahaja tahu maksud kata - kata gadis itu .
"Adrean ."
Aisy Ikbal keras memanggil namaku .
Aku membalas pandangannya .
Tajam menikam mata Aisy Ikbal .
"You can't stop me ."
"You should stop . I won't allow you to do that ."
"Once I start , I won't stop . You know me well bro !"
"Adrean Aqilah , abang bagi amaran dekat awak ."
Sengihan sinis dilemparkan . Aku langsung tidak mengambil pusing kata - kata dua abangku .
Aisy Ikbal mahupun Airil Amran . Dua lelaki itu langsung tidak dapat menghenti diriku .
Aisy Ikbal , abang susuan aku . Seorang yang sangat terkenal dan seorang lelaki yang sentiasa mendapat tempat di dalam hati para gadis . Auranya yang tegas itu kadang - kadang mampu membuatkan para gadis takut untuk menghampirinya .
Begitu juga Airil Amran . Mereka berdua abang susuan aku . Bezanya , Airil Amran lebih suka berlembut denganku , memanjakan diriku dan amat melindungi aku .
Kehadiran mereka telah menyinarkan hidup aku . Bahkan kehadiran dua orang lagi lelaki itu juga telah memberi sinar kepada aku .
"Siapa nak hantar orang balik ? Orang penat . Baru balik dah ada masalah ."
Tak sempat langsung dia berehat .
"Jom , tapi singgah klinik dulu . Check-up ." Aisy Ikbal mula menghampiri aku .
"Tak payah la Bal . Budak tu penat , aku call Uncle Irfan datang penthouse baby." saran Airil Amran .
"Okay . Kau drive , aku nak angkat budak gemok tu."
Mulutnya dijuihkan menghala ke arah aku yang sudah sedia untuk digendong .
"Tak nak gendong , nak piggyback je ." arahku .
Aisy Ikbal mengalah . Mereka bertiga keluar dari pejabat bersama - sama sehingga menarik perhatian staf - staf di situ buat kesekian kalinya .
Share this novel