BAB 7

Romance Series 1455

"Ahh !" Aku mengerang kesakitan . Sakit . Kepala terasa seperti dicucuk . Mata masih sukar dibuka . Aku cuba bangun dari duduk .

10 saat .

30 saat .

1 minit .

5 minit .

Kepala yang sakit masih terasa tetapi mata aku sudah dibuka sepenuhnya . Cahaya mentari menyapa segenap pandangan aku .

Mata melihat keadaan sekeliling . Persekitaran yang tidak pernah menyapa ruang minda aku mahupun ruang mata aku . Aku berada di suatu tempat asing yang tidak aku tahu .

Seketika , mata aku menangkap sekujur tubuh sedang terbaring lalai di sofa yang tidak jauh dari katil yang menempatkan aku .

Wajah aku berubah cuak .

Mata memandang badan aku .

Alhamdulillah , masih berbaju .

Aku bangun dan turun dari katil .

"Kau nak pergi mana ?" sapa lelaki itu kepada aku yang berura - ura mahu keluar dari bilik .

"Ha erk , macam mana aku ada dekat sini ?"

"Kau teguk semalam . Penat aku layan kau ."

"Layan ?"

Suara aku tergetar - getar . Risau kalau aku terlanjur .

Ya , sejahat - jahat aku . Masih ada mahkota yang perlu aku jaga dengan rapi .

"Kau mabuk , macam orang gila semalam . Boleh pula kau peluk lelaki mana entah . Aku tarik , kau tak nak lepas . Sudahnya dia letak kau dalam kereta ."

Oh my goddess ?!

Malu aku !

Nasib baik aku tidak mengingati perkara itu .

Dan aku harap kami tidak akan berjumpa .

"Relakslah , Raf ada dekat bawah . Dia keluar beli breakfast tadi . " ujar Han apabila mengetahui apa yang aku fikirkan .

"Raf ? Akra Rafiz ?" aku menyoalnye dengan riak serius . Lebih kepada seram sebenarnya .

"Haah , Akra Rafiz . Abang kau . Asal ?"

"What the fish , kau call dia ke Han ? Like seriously , are you kidding me ? Akra Rafiz is here and he know that I am drunk ? Holly shit !"

"Tau takut , tapi kau teguk lagi . Aku dah pesan kan berhenti minum benda haram tu . Ni Malaysia baby , you should stop . This is not Hanguk ." Satu suara yang amat aku kenal menyapa gegendang telingaku .

Terkejut . Aku terus menjarakkan diri daripada pintu .

Akra Rafiz menolak pintu dan duduk di atas katil .

"Abang awak tau pasal benda ni , all of us dah decide . For your future juga ."

"Decide apa ?"

"Awak kena pindah ke banglo . Dalam masa dua hari lagi and masa tu you akan mula masuk Uni . Han akan pickup you and drop you tepat depan Uni . Every day , pukul 5 petang baby ada kelas agama dengan Ustazah Ira . We hired her for you ."

Berita mengejut . Aku menutup mata .

Cuba menghadam kata - kata Akra Rafiz .

"So , awak just tell me yang I tak dapat my kebebasan like usual ? I can't go there again ? And I need to attend kelas agama ? Yeah , Ian boleh accept lagi if you nak Ian join kelas agama but Ian tak boleh stop pergi tempat tu ."

"Why ? Tempat tu syurga you ? Abang tak nak awak tersasar lebih jauh Ian . We love you , really love you . Awak ada at the bottom of our heart, sweetie . Awak berubah ye ?" Pujuk Akra Rafiz .

"Aku pun setuju dengan Raf , Ian . Sampai bila kau nak jadi macam ni ? Aku pun akan berubah . Kita sama - sama berubah . Kita dah jauh tersasar , terlalu ikut budaya sana ." Kali ini Farhan Raim membantu Akra Rafiz memujuk aku .

Aku sedikit sebanyak terpujuk .

"Adrean Aqilah , abang tau awak boleh . Kita orang Islam , agama kita Islam , tuhan kita Allah . Abang , Han , Abang Bal , Dian and Abang Am akan tolong you . Untuk kepentingan awak baby . Berubah eh ?"

"Hm ."

Sepatah perkataan . Aku masih bingung . Malas mahu berlama - lamaan . Aku segera bangun . Mahu mengambil udara segar .

Sebaik aku keluar , pintu dihempas kasar . Entahlah , aku geram tetapi sebab apa aku geram ? Ya Allah , hati aku sudah terlalu hitam . Disebabkan selalu dihasut syaitan , aku selalu naik angin tanpa sebab .

"Tak apa , dia akan berubah . I know her well . She will do anything for her brother's ." Farhan Raim menenangkan kerisauan yang berlegar di dalam hati Akra Rafiz .

"Aku harap macam tu lah . Kami salah didik dia . Salah kami sebab tak bagi didikan agama yang sepenuhnya . Kau tolong aku eh ?"

"Kau pun tolong aku . Aku pun kena bertaubat ni ." Sengaja Farhan Raim bergurau bersama Akra Rafiz .

Lega seketika kerisauan yang terbuku di hatinya . Abang mana yang mahu melihat hidup adiknya hancur ? Tambah pula apabila adiknya adalah satu - satu adik perempuannta yang mereka miliki .

Tiada satu tangan pun berjaya hinggap di segenap tubuh adiknya itu . Baik Akra Rafiz , Aisy Ikbal , Dian mahupun Airil Amran tidak akan pernah membiarkan gadis bernama Adrean Aqilah diusik mahupun dijentik .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience