Prolog

Romance Series 1455

Andai aku tahu begini jalan hidupku . Andai sahaja aku tidak membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia , pasti semuanya akan baik - baik sahaja .

Imbauan memori itu seolah terngiang - ngiang lagi di benak fikiran aku . Suara - suara orang yang bersamaku pada hari bermakna buat aku .

"Aku terima nikahnya , Tengku Adrean Aqilah binti Tengku Ahmad Ar-Rayyan dengan mas kahwinnya RM1000 tunai berserta seutas gelang emas ."

Entah itu mimpi ataupun realiti , aku sendiri tidak tahu . Semuanya berlalu begitu sahaja .

Hari demi hari , saat hati semakin derita . Dia kembali menjadi dirinya yang lalu . Tiada siapa tahu . Cuma aku dan dia .

Saat itu tatkala dirinya sedemikian , aku mula teringat akan diriku yang lalu . Kehidupan gelapku . Kehidupan yang aku tidak mahu ulangi .

Adakah ini ujian buat aku ?

Atau adakah ini balasan untuk aku atas kesilapan lalu ?

Aku buntu . Pening . Saat diri sudah lama meninggalkan Allah , barulah aku terbuka mata dan hati untuk kembali kepada Sang Pencipta .

"Ya Allah , kau bantulah aku . Sesungguhnya aku hambaMu yang amat hina . Aku mohon taubat kepadaMu . Aku mohon petunjuk dariMu .

Ya Allah , andai ini jalan takdir aku maka kau bantulah aku . Permudahkan aku . Ya Allah sesungguhnya kau lebih mengetahui segalanya berbanding kami ."

Ditemani air mata , kini barulah aku sedar bahawa sebaik - baik tempat untuk aku mengadu nasib adalah dengan bersolat . Kala ini juga barulah aku sedar bahawa Al - Quran adalah satu - satunya cara untuk aku menenangkan diri .

Buk !!!

Bunyi hempasan pintu kuat kedengaran . Aku cuma mampu memejamkan mata . Memendam rasa takut yang terbuku di hati .

"Kau jangan acah baik la perempuan ! Kau dan aku , kita berdua sama je ! Kau dan aku langsung tiada beza ! Jangan kau berani nak nasihatkan aku perempuan bodoh ! Sial !"

Entah buat berapa kalinya aku terluka . Namun , berkat iman yang ada di dalam hati , aku mampu bersabar .

"Aku akan tolong kau . Kita sama - sama berubah ."

Hari demi hari dan akhirnya .

"Tengku Adrean Aqilah binti Tengku Ahmad Ar-Rayyan . Aku ...."

Hai semua , ini adalah karya nukilan pertama saya . Sekadar mengisi kekosongan dan dengan menulis jugalah saya mampu menenangkan fikiran yang agak serabut dengan peperiksaan yang baka saya hadapi pada minggu hadapan . Semoga semuanya dipermudahkan . Selamat membaca . Mohon maaf atas kesalahan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience