4 Tahun kemudian,
Februari 2019
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
[Najwa Latif – AdaMu]
Aku memperoleh 12 A dalam SPM, dan kemudian aku pergi ke Jordan bersama Zul dan Fatima. Aku dan Fatima mengambil jurusan yang sama iaitu Undang-undang Syariah Islam. Kami mempunyai minat yang sama. Zul pula mengambil jurusan Bahasa Arab dan sekarang bukan main dia berbahasa Arab dengan kami.
Tahun demi tahun berlalu dengan cepat, sudah empat tahun aku berada di bumi Jordan. Empat tahun berpuasa dan beraya disini. Hari ini kami bertiga akan pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian kami. Rasa tak sabar nak jumpa keluarga tercinta. Ya, sekarang usiaku sudah berganjak ke 22 tahun manakala Zul berusia 24 tahun. Susah senang kami bersama di bumi Jordan.
“Lagi 10 minit kapal terbang nak mendarat.” Kata Fatima yang menyedarkan aku daripada mengelamun. Zul pula duduk bersama kawannya, Yazdan Ziyad. Dia berasal dari Britain dan membesar di Jordan. Ziyad mengikut kami Malaysia kerana mahu mengenali keluarga kami. Dia sebaya dengan Zul.
10 minit kemudian kapal terbang selamat mendarat di KLIA. Aku menarik bagasiku keluar dan berjalan bersama mereka. “Korang lapar tak nak singgah Secret Recipe?” aku mengangguk laju.
Setelah mengalas perut di Secret Recipe kami mengambil teksi lalu menghantar Fatima ke rumahnya kemudian pulang ke rumah. Rumah umi dan walid kelihatan sama sahaja yang berubahnya warna cat. Dahulu warna coklat cair sekarang sudah menjadi warna oren cair campuran coklat muda.
“Ya Allah dah lama tak balik sini. Hilang rasa rindu bila sampai sini.” Kata Zul. Aku mengangguk kerana bersetuju dengan kata-katanya. Ziyad disebelahku hanya tersenyum. Aku dan Zul ada mengajar Ziyad tutur di dalam Bahasa Melayu dan Alhamdullilah Ziyad sedikit fasih dalam berbahasa melayu.
“Anak umi...” aku yang nampak umi baru keluar dari rumah terus memeluknya erat. Lama. Zul tersenyum lalu mengucup tangan umi. Ziyad mengucap salam pada umi.
“Ayah... walid...” aku memeluk Ayah lama kemudian memberikan senyuman kepada walid.
“Kakak!!” jerit Imani dari tangga.
“Imani sayang...” kami berpelukkan sampai menangis Imani. “Dah besar dah adik kakak comel ni.” aku mencubit pipi Imani dengan penuh geram. Imani mengaduh.
“Kakak sakitlah. Kuat sangat kakak cubit.” Aku tergelak lalu mengusap pipi Imani.
“Apa khabar Zahrah?” tanya abang Fahad. Kini abang Fahad sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun bernama Farhah Hafiya. Isterinya berasal dari Lubnan. Cantik sangat. Nama dia Ulfah Junnah. Aku bersalam dengan kak Ulfah lalu memeluknya.
“Assalamualaikum Farhah si cantik!” kata aku sambil mendukung Farhah. Farhah mempunyai bulu mata yang lentik. Matanya bulat persis mata orang Arab dan rambut keriting keperangan. Cantik sangat.
Farhah pemalu orangnya. Aku selalu bercakap dengan dia menggunakan video call. Petah bercakap. Bila face-to-face malu-malu kucing pula dia.
“Alhamdullilah Zul dan Zahrah serta Ziyad sudah selamat sampai.” Kata walid. Kami mengangguk. Abang Fahmi sekarang menyambung pelajarannya di Qatar. Tu sebab dia tiada di rumah hari ni. Lagi beberapa bulan dia akan pulang ke sini.
7 Julai 2019
Pagi itu, aku meminta izin untuk melawat kubur arwah ibu. Zul dan ayah mengikut aku. Sampai di tanah perkuburan, aku terus pergi ke kubur arwah ibu.
“Assalamualaikum ibu, ni Zahrah. Ayah pun ada sekali. Itu Zul, sahabat dan juga abang angkat Zahrah. Zahrah minta ampun ibu sebab dah lama tak jenguk ibu tapi Zahrah tahu ibu mesti tenang dan aman disana. Ibu kat Syurga kan? Zahrah sayang ibu. Ibu, jangan lupa jemput Zahrah ke Syurga bersama ibu, ya. Ayah pun. Terima kasih ibu sebab didik Zahrah dari kecil. Terima kasih sebab lahirkan Zahrah. Terima kasih ibu sebab beri Zahrah kasih sayang ibu. Zahrah sekali lagi minta ampun sebab tak sempat nak balas jasa ibu. Ibu, jangan lupakan Zahrah. Zahrah tahu ibu selalu memerhati Zahrah, semua tingkah laku dan adab Zahrah di atas sana. Ibu, Zahrah ada berita yang membuatkan ibu gembira, Zahrah berjaya menamatkan pengajian peringkat Diploma di Jordan. Ini semua ajaran dan didikan dari ibu dan juga ayah. Zahrah selalu mengingat pesanan ibu untuk menjadi anak yang solehah. Hari ini Zahrah datang nak hadiahkan ibu Surah Yassin dan bacaan doa dan surah yang lain. Sayang ibu.” Aku mengucup batu nisan ibu lalu membaca Yassin. Aku hanya menitiskan air mata menahan sebak sambil membaca Yassin. Ayah dan Zul sudah menangis mendengar perbualan aku kepada arwah ibu.
Selesai membaca aku menyiram air di atas kubur ibu. Kemudian aku pulang ke rumah semula dan berbual-bual dengan semua ahli keluarga.
Ogos 2019
Hari ini aku akan bekerja di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur sebagai pembantu peguam. Debar-debar juga, siapa bos aku tu. Masa temuduga, hanya berjumpa dengan kerani disitu sahaja. Hari ini aku akan berdepan dengan cabaran baru di tempat kerja. Fatima turut mendapat kerja sama tempat denganku dan menjadi pembantu peguam juga.
Sampai sahaja di mahkamah aku mengikut kerani sehingga ke bilik peguam, bos aku. “Assalamualaikum Encik Daud, pembantu Encik sudah sampai.” Aku terkaku, Encik Daud? Abang Daud ke?
“Waalaikumussalam, ya saya. Baiklah suruh dia masuk. Terima kasih.” Jawab Encik Daud.
“Cik Zahrah, cik boleh masuk.” Aku mengangguk lalu tersenyum. Aku masuk lalu melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Encik Daud. Aku masih tidak dapat melihat mukanya kerana wajahnya ditundukkan dan dia sedang menulis.
“Ya. Nama awak siapa?” Adui... gementarnya.
“Na..nama saya Zahrah Zuyyin Binti Zahwan Hisyamuddin.” Boleh pulak aku tergagap. Aku sebut sahaja namaku dia terus memandang aku dan aku tercengang. Jantung seperti berhenti berdegup.
“Zah..rah?” gumam dia.
“Abang Daud?” muka aku memang tak boleh blah. Terkejut beruk!
“Ya Allah Zahrah... abang merata cari Zahrah. Zahrah dah lain sangat tapi iras masa kecil tetap ada.” Kata Daud sambil mengusap wajahnya.
“Abang Daud... Zahrah rindu sangat kat abang. Kita berpisah macam tu je.” Kata aku menahan sebak.
“Ya.. abang tak dapat nak lindungi Zahrah. Zahrah kena culik masa tidur. Abang kena belasah teruk mujur Tok Imam yang di masjid menolong abang. Zahrah ingat?” aku mengangguk.
“Mestilah ingat. Fresh moments tau. Mana boleh lupa kenangan abang bersama Zahrah.” Akhirnya air mataku menitis.
“Zahrah... Alhamdullilah abang jumpa Zahrah semula. Setiap hari abang berdoa abang nak jumpa Zahrah semula sebab kita dah janji kan?” aku mengangguk.
“Ya abang, Zahrah pun sama...Abang...macam mana tu...” aku menunjuk ke arah tangan yang dulu kudung sekarang sudah mempunyai tangan. Dia tersenyum.
“Ni tangan robot palsu. Penjaga abang yang tempah khas buat abang.” Aku mengangguk.
“Makin cantik Zahrah sekarang.” Puji Daud.
“Alhamdullilah, Zahrah bahagia sekarang disamping keluarga.” Kata aku.
“Syukur.” Katanya.
“Macam mana abang boleh jadi peguam. Tak sangka abang pun nak jadi peguam.” Tanya aku.
“Selepas kehilangan Zahrah, abang dihantar oleh penjaga abang ke Yaman. Belajar disana. Dan sekarang sudah 5 tahun abang jadi peguam.” Aku tersenyum.
“Sekarang Zahrah jadi PA, abang. Tak sangka.” Katanya sambil tergelak.
“Eh kita sekarang bekerja lah. Dah iklankan sekejap jejak kasih tu.” Kata aku sambil ketawa. Daud juga ketawa.
“Nah, ni kerja Zahrah.” Aku mengambil kertas yang diberi oleh Daud.
********************
Sedang aku tekun menaip untuk menyiap kerja yang diberi oleh bos aku iaitu abang Daud. Abang Daud memanggil aku mengajak untuk pergi lunch bersama-sama. Aku memanggil Fatima untuk sertai kami. Abang Daud membawa kami ke Cafe Oldtown.
“Ini abang Daud yang pernah kau ceritakan dekat aku tu? Dia jadi bos kau... waahhh...” kata Fatima. Aku dan abang Daud tersenyum.
“Encik Daud tahu, Zahrah ni ada je cerita dia masa dengan Encik Daud dulu. Sampai la ni.” Aku menutup muka aku. Hish, Fatima ni. Malu aku.
“Ha ha, ye ke? Yelah kami terpisah macam tu sahaja. Memanglah rindu sangat.” Kata Abang Daud.
“Abang kesayangan kau ni memang kacak eh.” Kata Fatima. Abang Daud berdehem. Aku tergelak-gelak.
“Yelah kacaklah sangat.” Kata aku.
“Betullah tu.” Kata abang Daud. Sekali lagi kami geli hati.
******************
Oktober 2019
Sudah dua bulan aku bekerja menjadi pembantu abang Daud. Dia rajin menghantar aku pulang ke rumah dan mengambil aku pergi ke mahkamah. Semua ahli keluarga juga sudah mengenalinya terutama Ayah. Ayah bersungguh-sungguh berterima kasih kepadanya sebab menjaga dan melindungi ketika itu.
Malam ini abang Daud jemput aku ke rumah keluarga angkatnya untuk sambutan hari jadi adik angkatnya yang ke 15 tahun. Aku buntu nak pakai baju apa. Aku membelek-belek baju yang ada di dalam almari itu.
Akhirnya, baju jubah bermanik berwarna biru laut dan selendang labuh berwarna putih krim menjadi pilihanku. Aku menyarungnya ke tubuhku lalu bersolek sedikit.
Setelah aku bersiap aku turun ke bawah menuju ke ruang tamu. Kelihatan ayah, umi, kak Ulfah dan Zul sedang menonton televisyen. “Amboi amboi, anak umi. Cantiknya malam ni. nak pergi mana?” puji umi. Aku melabuhkan punggungku disebelah ayah.
“He he.. nak pergi birthday party adik abang Daud.” Umi mengangguk. Aku memandang jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. lambat pula dia ni sampai.
PIN PIN...
Panjang umur. “Ayah,Umi, Kak Ulfah, Zul Zahrah pergi dulu.” Aku mengucup tangan ayah,ibu dan umi serta kak Ulfah. “Baik baik, ya Zahrah.” pesan ayah. Aku tersenyum. Kemudian aku keluar menuju ke kereta abang Daud.
“Cakk...!” buka sahaja pintu kereta milik abang Daud sengaja aku menge-cak dia. Ha ha.
“Assalamualaikum.... kenapa tenung kita ni???” tanya aku apabila melihat abang Daud melihat aku lama.
“Haaa...walaikumussalam. Eh ingatkan puteri kayangan dari alam manalah tiba-tiba main-main cak dengan kita.” Aku tergelak.
“Puteri kayanganlah sangat.” Abang Daud tergelak.
“Cantiklah Zahrah.” Aku tersenyum. “Selama ni tak cantik?” sengaja aku menyakat. “Mana abang tahu, time Zahrah umur 9 tahun tu Zahrah comot. Muka hitam. Baju lusuh. Tak nampak lah kecantikkan itu. Ni dah besar dah bahagia, baru nampak kecantikkannya itu.” kurang asam betul! Dia cakap muka aku hitam. Comot!
“Aik senyap je? Laa terasa ke? Alolo...” aku menjeling.
“Abang gurau sahajalah.” Aku masih mendiamkan diri.
*********
“Kita dah sampai Zahrah. Udah udah ler merajuk tu.” Aku ternganga melihat sebuah rumah bungalow tiga tingkat itu. Besarnya. Mewah betul.
Aku keluar dari perut kereta lalu mengekori abang Daud masuk ke dalam rumah. Nampaknya baru sedikit sahaja yang datang. Yelah, baru pukul 8:15 malam. Majlis start 8:30 malam. ada 15 minit lagi.
“Haaa abang...mana mama?” aku tergamam melihat lelaki yang dipanggil ‘abang’ oleh abang Daud. Macam aku kenal. Tapi kat mana ah? Aduuu lupa pulak.
“Tu kat sana dengan Munir. Siapa ni bakal calon menantu mama ke?” aku tersenyum.
“Bolehlah tu, dekat-dekat.” Aku berdehem perlahan.
“Ha ha. Ni Zahrah. PA Daud.” Muka si abang itu terkejut.
“Zahrah? Familiar sangat nama tu.” Kata dia.
“Umm... ye?” dia mengangguk. “Abang cuma ingat nama dia tapi tak ingat muka dia sangat. Time tu dah malam gelap.” Aku cuba mengingat.
“Nama abang Muzzamir. Ingat tak Zahrah?” Zupp.. aku terus teringat. Abang Muzzamir yang beri aku makanan dulu.
“Eh, abang. Tak sangka kita jumpa dekat sini.” Aku teruja sangat dapat jumpa semula dengan orang yang pernah membantu aku ketika susah.
“Ingat tak abang cakap apa, kalau panjang umur kita jumpa lagi.” Aku mengangguk-angguk sambil tersenyum.
“Maknanya abang pernah jumpa dia sebelum Daud?” Muzzamir mengangguk. “Abang jumpa dia time kat kedai makan. Dia kena herdik dengan pengurus kedai makan kat situ. Kesian abang tengok.”Daud diam.
“Jahatnya... kesian Zahrah kita kena herdik.” Aku membuat muka kosong.
“Dah biasa. Well Zahrah right.” Abang Daud dan Muzzamir ketawa.
“Haaa anak-anak teruna mama, sakan berborak.” Abang Daud tersenyum.
“Ma.. ni lah Zahrah. Yang pernah Daud ceritakan dulu tu.” Wanita tu mendakap aku.
“Tak sangka Daud boleh jumpa dia semula ya setelah beberapa tahun berpisah.” Kata wanita itu.
“Mestilah Daud ingat dia ma, budak comot.” Hish! Nyakat je kerja nya. Wanita itu ketawa.
“Dah mari kita ke sana. Majlis nak bermula.”aku mengekori mereka.
Meriah sangat birthday party adik Munir. Aku memberinya sehelai baju yang kubeli di Pavillion kelmarin. Munir gembira dengan pemberianku. Setelah jam sudah ke angka 10 malam, abang Daud menghantar aku pulang ke rumah.
Share this novel