April 2007
Sudah sebulan berlalu, sekarang sudah masuk bulan empat. Aku dan abang Daud menjadi kawan baik. Susah senang bersama. Aku ada bertanya kepadanya kenapa tangannya kudung? Dia kata sejak dia lahir memang begini. Dia juga dibuang oleh ahli keluarganya sendiri. Sudah bertahun-tahun dia hidup macam ni tapi dia tahu Allah SWT selalu dengannya, jadi dia tidak takut untuk menempuhi semua ni.
“Zahrah... janji dengan abang yang Zahrah sentiasa menjadi adik abang?” aku memandang wajah abang Daud. ‘Janji’ aku benci perkataan ‘janji’.
“Baiklah. Zahrah akan sentiasa menjadi adik abang.” Abang Daud memelukku erat. Kami berehat di bawah pokok untuk menghilangkan rasa penat yang sudah sehari berjalan jauh. Entah ke mana kami pergi. Satu hari kami akan makan sekali sahaja. Kadang-kala abang Daud akan mencari kerja yang boleh dibuat dan mendapat duit hari itu juga.
“Zahrah, nak makan tak? Hari ni kita belum makan.” Aku mengangguk memandangnya.
“Sekejap ya.” Aku lihat sahaja abang Daud mengeluarkan duit dari koceknya lalu dikira. Aku lihat abang Daud mukanya yang lain apabila mengira beberapa kali duit itu.
“Jom adik.” Aku terkial-kial bangun apabila abang Daud tiba-tiba sahaja memimpin tanganku. Kami berjalan sehingga sampai di hadapan sebuah warung makan. Aku takut kes yang aku diherdik oleh pengurus gerai itu. Aku mengekori sahaja langkah abang Daud.
“Heii! Kau senang je minta makan. Kau ni anak muda boleh pergi kerja... kau jangan nak malukan anak muda, ya.” Abang Daud diherdik oleh seorang lelaki yang kelihatan sama baya dengan abang Daud. Aku hanya berdiri ketakutan di belakang badannya.
“Tolonglah, adik aku lapar. Aku sanggup buat kerja sampingan dekat sini.” Lelaki itu menjeling melihat aku.
“Tak ada... tak ada. Blah-blah. Kononlah tu kudung, cacat.” Hina lelaki itu.
“Abang, abang tak perlulah hina abang saya. Kalau tak nak bagi tak apa. Terima kasih.” Marah aku, aku menarik-narik baju abang Daud supaya pergi dari sini. Abang Daud akur lalu memimpin aku. Lelaki itu terkebil-kebil muka apabila aku memarahinya.
Aku tidak ada selera untuk makan selepas kejadian tadi. Kami duduk di kaki lima. Aku menyandarkan kepalaku pada bahu abang Daud. Aku melihat muka abang Daud berkerut. “Abang kenapa?” dia memandang aku. “tak ada apa-apa.” Katanya dengan nada suara kedalam.
“Abang sakit perut?” dia geleng. Entah kenapa aku tak sengaja memegang poket seluarku dan aku terasa ada benda di dalam poket itu. aku keluarkan ada RM10 di dalamnya. Siapa yang bagi? Hm.. musykilnya. Kalau duit lebih yang abang Muzzamir beri dulu sudah lama habis kalau tak silapnya.
Aku terus bangun lalu masuk ke dalam kedai runcit berdekatan dengan kaki lima tadi. “Zahrah... nak pergi mana...” aku memberi isyarat supaya dia duduk disitu sahaja.
Beberapa minit kemudian aku keluar dari kedai runcit itu lalu mendekati abang Daud yang sedang memejamkan mata sambil memegang perut. Aku tahu dia lapar dan dia pernah cakap perut dia ni selalu meragam dan kadang-kala sakit sangat. Mungkin dia ada penyakit gastrik.
“Abang... bangun.” Perlahan-lahan abang Daud mencelik matanya. “Ni adik ada beli roti, air kotak dan ubat sakit perut.” Abang Daud memandangku pelik.
“Mana adik dapat duit?” tanya dia.
“Adik tak sengaja pegang poket adik ni, adik rasa ada sesuatu di dalamnya dan adik keluarkan. Ada duit rm10.” Abang Daud mengangguk lalu memakan roti yang aku beli tadi.
Malam sudah menjelma. Bulan purnama mengeluarkan cahaya yang sangat terang dan dihiasi bintang-bintang yang berkelipan. Suka aku tengok. Cantik sangat. Aku mendapat rasa mesti arwah ibu sedang memerhatikan aku dari atas. Air mataku menitis perlahan di atas pipi.
“Adik... mari sini. Tidur.” Abang Daud menepuk-nepuk ribanya menyuruh aku tidur di atas ribanya. Aku mendekatinya perlahan lalu baring di atas ribanya.
“Kenapa menangis?” tanya dia. Aku gelengkan kepala lalu mengesat air mataku. Abang Daud diam lalu dia menepuk-nepuk bahuku sehingga aku tertidur.
****************
“Adik... bangun. Kita berjalan jom.” Aku mengeliatkan sedikit badanku lalu mencelik kemudian aku bangun perlahan.
“Abang... sakitnya perut adik.” Abang Daud memandang ke arahku.
“Hm.. abang ada RM5 sahaja. Sakit sangat ya?” aku berhenti berjalan lalu menekan-nekan perutku. Abang Daud mendukung aku menggunakan kekuatan tangan kanannya.
“Sabar ya dik.” Aku mengangguk perlahan sambil memeluk lehernya.
“Baca bismillah.” Setelah siap abang Daud mencuci pinggan, dia mendapat upah sebanyak RM30 dan dua pinggan nasi goreng.
“Sakit perut lagi?” aku menggeleng sambil tersenyum. Abang Daud mengusap lembut kepalaku.
Kami berjalan dan terus berjalan selesai sahaja mengisi perut. Langit sudah bertukar warna menjadi oren kemerah-merahan. Sudah senja. Kami pergi ke masjid dan menunggu waktu azan Maghrib. Murah rezeki kami hari ni kerana ada seorang Tok Imam mengajak kami makan sekali di masjid. Ada bubur lambuk dan pelbagai jenis makanan lagi.
Kami duduk di situ sehingga selesai solat Isyak. Kemudian kami keluar semula, sempat aku melihat jam pada dinding masjid itu. Sudah pukul 9:45 malam. Sedang kami berjalan, tiba-tiba ada sekumpulan lelaki menerpa ke arah abang Daud dan mereka menolak aku sehingga siku aku berdarah.
“Ni dia pencuri! Mana beg tu! Kau bawa bertaubatlah tak takut ke kena potong tangan hah?! Mana beg tu!” aku terkejut dan menangis melihat abang Daud dibelasah teruk tiada seorang pun yang ada perasan belas kasihan.
“BERHENTI!” jerit aku. Aku menolak-nolak badan mereka lalu memangku abang Daud. Mereka tercengang.
“Apa yang awak semua dah buat kat abang saya? Dia tak curi apa-apa pun! Kami baru keluar dari masjid.” Tempik aku. Mereka semua terkial-kial.
“Habis kalau bukan dia siapa?” tanya salah seorang lelaki disitu. Aku tidak menjawab. Abang Daud memegang tangan aku. Habis hidungnya berdarah.
“Tu! Ada laki tu berlari sambil pegang beg.” Mereka semua berlari meninggalkan aku dan abang Daud.
“Abang.. abang boleh bangun?” aku menolong dia untuk bangun. Aku memegang tangannya lalu kami perlahan-lahan berjalan. Sampai di satu pokok yang besar kami duduk di situ. Aku terdengar abang Daud berdecit.
“Abang... sakit sangat?” dia menggeleng lalu tersenyum.
“Terima kasih jadi heroin abang.” Aku ketawa kecil.
“Yelah, tak akan nak biar sahaja abang kena belasah tanpa buat apa-apa salah.” Aku marah betul dengan sikap mereka yang main terjah tanpa usul periksa.
“Hari dah larut malam. kita tidur di sini sahaja.” Aku mengangguk lalu baring di atas ribanya manakala abang Daud menyandarkan kepalanya pada batang pokok itu.
Share this novel