BAB LIMABELAS

Spiritual Completed 25647

Oktober 2020

Kini kandunganku sudah mencecah 9 bulan. Hanya tinggal menunggu masa sahaja untuk melahirkan. Perutku memang besar kerana aku mengandung kembar. Tika kandunganku berusia tujuh bulan, aku mula rasa sakit pinggang dan belakang badan. Daud yang membuat kerja rumah. Aku hanya menolong sedikit sahaja kadang-kala Daud menghalang aku daripada buat kerja rumah. Balik sahaja dari kerja, mulalah dia lakukan kerja rumah. Sementara Daud di tempat kerja aku duduk di rumah umi. Daud takut aku tinggal keseorangan dengan dalam keadaan yang sarat ini.

Kami berdua dalam perjalanan ke Hospital Bahagia Sri Bintang kerana kami mahu melawat Haila. Ya, Haila sudah dikesan oleh polis seminggu selepas dia menembak Daud dan polis memberitahu kami bahawa Haila perlu mendapat rawatan di hospital sakit mental. Mak cik Misya pula berada di dalam penjara kerana dia terlibat dalam kes penjualan dadah bersama kekasih luar negaranya.

“Encik, Puan, ini dia bilik Haila.” Aku mengangguk lalu masuk ke dalam bersama Daud dan penjaga disitu.

“Haila...” Haila tak menoleh.

“Haila... ni aku Zahrah..” Akhirnya Haila menoleh.
“Zahrah...” lembut sahaja suaranya. Dia cuba mendekati aku.

“Betul cakap kau dulu. Kau ada ayah. Ada ibu dan ada orang yang sayangi kau. Aku tak ada. Ayah aku tak pernah tahu siapa. Ibu aku membuat kerja jahat. Aku keseorangan.” Dia menangis.

“Haila, jangan cakap macam tu. Kau ada aku... akukan kawan kau.” Gumamku.

“Kau nak ke kawan dengan orang gila macam aku ni?” tiba-tiba dia gelak. Seriau aku.

“Sabar Haila. Ingat Allah.” Kata aku. Haila diam.

“Kau nak tolong aku? Kau nak kawan dengan aku?” tanya dia. Aku mengangguk.

“Aku akan bantu kau dan aku akan jadi sahabat kau. Susah dan senang.” Terus dia memelukku.

“Kau tak marahkan aku setelah aku buat dekat kau dengan suami kau? Aku pernah cuba untuk bunuh kau.” Aku menggelengkan kepala.

“Setiap manusia pernah buat silap.” Kata Daud yang dari tadi diam melihat kami. Haila memandang Daud.

“Korang memang suami isteri yang bahagia. Walaupun aku telah cuba memisahkan korang berdua.” Haila menangis lagi.

“Aku sayang dia dan dia sayang aku. Kunci utama kebahagiaan perkahwinan kami ialah Sabar dan Sentiasa mengingati Allah SWT.” Aku mengusap rambut Haila.

“Terima kasih... kau jangan biarkan aku sorang lagi. Please...” aku mengangguk lalu memeluk dia erat.

Setelah sejam berlalu, aku dan Daud meminta diri untuk balik. Aku dan Daud banyak memberikan nasihat dan kata semangat kepada Haila. Alhamdullilah, Haila menerimanya dengan hati terbuka.

“Sayang... ada suprise. Nah.” Daud memberi aku seutas rantai berhuruf Z&D. Aku terharu sangat lalu mencium pipi Daud.

“Suka tak?” aku mengangguk. Tiba-tiba aku rasa tidak senang duduk. Perut memulas-mulas kuat. Pinggangku berdenyut-denyut. Aku menyelak kain labuhku dan aku lihat basah. Air ketubanku sudah pecah.

“Abang... Zahrah nak bersalin...” Daud terkejut lalu terus memandu ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Sampai sahaja di hospital, Daud mencempung tubuhku dan memanggil jururawat.

****************

Sudah tiga jam aku mengerang kesakitan, doktor masih memeriksa keadaanku. Daud setia memegang tanganku dan mengusap kepalaku. “Doktor isteri belum boleh bersalin lagi?” tanya Daud. “Belum lagi. Kami masih memeriksanya.” Jawab doktor.

Dua jam kemudian aku selamat melahirkan bayi pertama, jantinanya lelaki. Doktor memberi aku melihat bayi itu sebelum aku meneran untuk bayi yang kedua. 20 minit kemudian, perutku kembali berasa sangat sakit. Aku mengerang. Doktor menyuruh aku meneran kuat untuk mengeluarkan bayi kedua ini dengan cepat, takut terlambat bayi akan lemas.

Dan Alhamdullilah aku selamat melahirkan bayi kedua dan jantinanya, perempuan. Aku melahirkan bayi kembar sepasang. Si abang kelihatan kecil sahaja dengan beratnya 2.3 kg manakala si adik kelihatan tembam dengan berat 3.1 kg. Aku dimasukkan ke wad biasa. Aku tertidur kerana kepenatan berperang nyawa melahirkan bayi kembarku.

**************

Aku tersedar apabila terdengar suara yang sedang berbual-bual rancak. “Sayang... dah bangun?” aku mengangguk perlahan. Kelihatan ayah, umi, walid, Imani, Zul dan Fatima memandangku sambil tersenyum. “Abang nak azankan baby twin kita.” Daud mengendong bayi kembar kami lalu mengazankan disebelahku.

Allahuakhbar....Allahuakhbar....

Takku sangka airku menitis mendengar alunan azan suamiku kepada bayi kembarku. Terasa terharu sangat dan gembira apabila aku sudah menjadi seorang ibu kepada dua orang anak. Aku dan Daud akan mendidik anak kembar kami dengan cara didikan agama Islam.

“Abang Daud apa nama baby twin?” tanya Imani sambil mengendong bayi lelakiku. “Nama si abang Dayyan Zumar dan si adik Dayyani Zulfa.” Aku tersenyum. Nama-nama tersebut kami berdua yang pilih.

“Waa... cantiklah nama dorang ni. Dayyan dan Dayyani.” Imani memberi Dayyan kepadaku untuk menyusu. “Tahniah anak ayah, sudah bergelar ibu. Jadilah seperti arwah ibu kamu, ya.” Aku mengangguk lalu memeluk ayah. “Terima kasih ayah sebab jaga dan didik Zahrah.” Kata aku dengan nada sebak.

“Tanggungjawab ayah, nak.” Jawab ayah. “Daud jadilah suami dan bapa yang baik kepada Zahrah, Dayyan dan Dayyani. Jangan pernah kamu ulangi kesilapan ayah dulu terhadap Zahrah.” Pesan ayah. Daud mengangguk sambil tersenyum kecil.

********

Aku sudah dibenarkan pulang setelah tiga hari berada di hospital. Inilah kali pertama pulang ke rumah bersama si kembar. Sampai sahaja di rumah, Daud meletakkan Dayyani di dalam baby cot manakala aku meletakkan Dayyan.

Daud merangkul pinggang lalu mengucup umbun-umbunku. “Terima kasih sebab lahirkan anak abang yang comel sangat ni macam Zahrah.” Aku tergelak. “Sama-sama...” jawab aku. Hari ini Daud yang menjaga aku semasa pantang. Esok aku akan ke rumah umi kerana umi sudah menawarkan dirinya untuk menjaga aku semasa berpantang ini. Imani juga gembira kerana dia dapat bermain dengan Dayyan dan Dayyani.

Malam itu setelah menyusukan Dayyan dan Dayyani, aku meletakkan mereka di atas tilam katilku. “Sayang anak ibu... kamulah nyawa ibu. Kamulah mengisi masa kekosongan ibu. Dayyan, jadilah anak yang soleh dan taat pada perintah Allah. Dayyani jadilah anak yang solehah dan taat pada perintah Allah. Ibu sayang Dayyan dan Dayyani. Aku mengucup lembut pipi Dayyan dan Dayyani. Lena sungguh mereka tidur.

“Sayang... dah beri twin susu?” aku mengangguk. “Nah, minum air ni.” Aku mengambil gelas itu lalu meneguk perlahan. “Terima kasih abang.” Daud duduk di sebelahku lalu memeluk bahuku. “Abang seronok sangat dapat jadi ayah kepada twin.” Aku tersenyum.

“Abang tak sangka, abang dapat mengahwini Zahrah. Macam tak percaya. Abang masih teringat ketika Zahrah kecil bersama abang dulu. Zahrah dulu sebagai adik abang kini Zahrah sebagai isteri dunia akhirat abang.” Katanya sambil menitiskan air mata.

“Zahrah pun sama abang. Zahrah gembira bersama abang sebab abanglah yang banyak tolong Zahrah. Masa kita berpisah, setiap hari Zahrah cari abang tapi still tak jumpa. Akhirnya kita berjumpa di tempat kerja. Allah makbulkan doa Zahrah.” Aku mengesat air mata Daud yang sudah mengalir ke pipinya.

“Sayang marilah kita tidur. Boleh pula kita buat throwback.” Aku gelak. Daud mengendong twin lalu meletakkan di dalam baby cot. Malam itu aku tidur bersamanya dengan lena sekali. Aku berdoa supaya perkahwinan aku dan Daud dirahmati oleh Allah dan kekal sehingga ke Syurga Allah SWT.

Ya ALLAH hikmahMu memang tak ternilai. Alhamdullilah

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience