‘Hai... Zahrah... aku nak kau datang dekat restoran Sri Bintang jam 9 malam tepat. No late.’ Aku beberapa kali membaca mesej daripada nombor yang aku tidak kenali. Jantungku berdegup kencang membaca mesej ini. Ya Allah ada apa-apa pekara buruk yang berlaku ke? Tolong Ya Allah hindarilah aku dan suamiku daripada pekara yang tidak elok Ya Allah.
Aku menyarung baju blaus dan skirt labuh. Kemudian aku memakai instant shawl. Aku mencapai kunci keretaku lalu menghidupkan enjin kereta.
*********
Daud berjalan masuk ke dalam restoran Sri Bintang tepat jam 8:55 malam. Dia mendapat mesej daripada seseorang yang mahu berjumpa dengannya. Katanya suprise. Mungkin sahabatnya yang baru pulang dari UK ingin membuat suprise kepada dia.
“Encik Daud Rizq?” dia mengangguk.
“Anda disuruh menutup mata dengan kain ini. Isteri Encik akan membuat satu kejutan.” Terkejut Daud, rupanya isteri dia yang mahu membuat kejutan. Dia tersenyum lalu mengambil kain itu dan mengikat pada matanya. Pelayan lelaki tadi membawa Daud sehingga ke meja makan khas. Daud menunggu-nunggu kedatangan isterinya tersayang. Tiba-tiba dia terasa ada seseorang duduk di atas ribanya. Dia tahu pasti isterinya.
“Sayang...” tidak disahut panggilannya. Dia tersenyum. Kejutan luar biasa betul. Tangan itu mengusap-usap wajahnya dan kemudian rambutnya.
“Sayang.. nape tak bercakap ni? say something please.” Tiada suara. “Sayang sahaja buat saspens eh, kejutan apalah ni.” Tergelak Daud. Sekali lagi tangan itu bermain-main pada leher Daud membuatkan dia geli hati dan terus ketawa besar.
“Sayang sudahlah... gelilah. Bila boleh bukak kain ni.. pening abang gelap lama macam ni. dah lah tebal kain ni. lemas mata abang.” Kemudian tangan itu perlahan membuka kain itu. Daud yang memandang bawah bagi mahu menjelaskan penglihatannya lalu melihat tubuh yang sangat seksi sedang duduk di atas ribanya terkaku. Perlahan Haila bangun lalu duduk di hadapannya. Daud tak boleh nak bercakap sebab dia terkejut sangat. Kemudian dia ternampak susuk tubuh yang dia sangat kenali menangis teresak-esak.
“Sayang!!” Haila tergelak kecil. Daud berlari ke arah Zahrah yang sudah jauh berlari lalu masuk ke dalam perut kereta. Daud tahu pasti Zahrah melihat daripada awal Haila buat padanya.
“Haila! Apa kau dah buat! Apa yang kau nak dari aku, hah??!” bentak Daud.
“I’m just want you to be mine. Not Zahrah.” Kata Haila selamba. Daud melempang pipi Haila. Haila tersenyum.
“I dont care, Daud. Zahrah mungkin tak akan percaya kau lagi. Dia lihat kau dengan aku tadi dengan penuh kemesraan.” Daud terkelu.
“Kasihan kau Daud. You really need me right now.” Haila menggoda. Daud menolak tubuhnya lalu berlari masuk ke dalam perut kereta. Dia call beberapa kali handphone Zahrah tetapi tidak dijawab. Hatinya semakin resah. Dia berdoa supaya Zahrah pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah, keadaannya rumahnya masih gelap. Zahrah tidak pulang ke rumah. Keretanya juga tak ada. Daud menghidupkan semula enjin keretanya. Dia menelefon ahli keluarga mertua nya.
*************************
Mentari pagi menerangi bumi. Aku termenung jauh memandang laut dipukul ombak. Ada beberapa orang sahaja di situ. Mindaku masih jelas mengingati kemesraan suamiku dan Haila. Ya Allah betulkah suamiku begitu? Tolong Zahrah Ya Allah. Kenapa hati Zahrah begitu sakit?
Aku melangkah lemah masuk ke dalam chalet. Kemudian aku masuk ke dalam bilikku dan berdiri di balkoni. Tiba-tiba tekakku rasa sangat mual. Aku berlari ke bilik air dan memuntahkan semuanya di dalam sinki. Kepalaku sangat pening. Aku duduk di atas katil lalu memandang kalender. Sudah dua minggu lebih aku tidak datang period. Adakah aku.....
Aku mengambil tas tangan lalu pergi ke klinik berdekatan. Setelah aku memarkir kereta, aku menunggu giliran untuk diperiksa oleh doktor. “Puan Zahrah Zuyyin, sila masuk.” Aku mengangguk lalu masuk ke dalam bilik doktor.
“Tahniah Puan. Puan hamil. Kandungan Puan berusia dua minggu.” Aku mengucapkan syukur kepada Allah. Aku dan Daud akan menjadi ibu dan ayah.
“Dan paling menggembirakan Puan lagi. Ada dua janin dalam kandungan, Puan.” Terkejut aku. Dua janin? Bermakna aku hamil anak kembar?
“Ya. Puan hamil anak kembar. Tahniah Puan.” Aku berjabat tangan dengan doktor. Ya Allah kurniaanmu sungguh tak ternilai.
Setelah membayar dan mengambil ubat, aku pulang ke chalet semula. Aku menekan button on pada handphoneku, 236 missed call dan 78 mesej. Semuanya daripada suamiku dan ada juga daripada ayah. Aku rasa sangat bersalah tetapi kejadian semalam... amat memeritkan. Aku tak sanggup. Biarlah aku mengambil ketenangan dan memikirkan dahulu.
*******************
Sudah empat hari aku berada di chalet tepi pantai Port Dickson. Banyak missed call daripada Daud. Aku tak berani nak mengangkat call itu. Aku rasa sangat sedih. Masih teringat lagi kemesraan mereka. Daud tergelak-gelak apabila Haila bermain-main pada lehernya. Kelihatan bahagia...
Aku dilukai lagi. Aku memandang perutku yang masih kempis.
“Anak ibu... tolong jangan tinggalkan ibu.” Rintih aku.
“Zahrah, tegurlah abang jika abang salah, berbincanglah bila kita salah faham, satu sahaja abang nak Zahrah tahu, abang akan setia mencintai Zahrah sehingga ke Jannah.” Aku tersenyum lalu menitiskan air mata.
“Sekiranya Zahrah salah tegurlah, bimbing Zahrah ke Syurga bersama abang. Janganlah terus bergaduh apabila kita salah faham.” Kataku kembali. Dia mengangguk.
Aku teringat kata-kata Daud semasa dia melamar aku. Adakah aku yang salah? Aku yang tinggalkan dia tanpa sebarang penjelasan? Ya Allah... entah-entah...
Aku berlari anak ke arah kereta lalu memandu pulang ke rumah.
Share this novel