BAB SATU

Spiritual Completed 25647

Julai 2006

“Ibu! Bangun ibu, jangan tinggalkan Zahrah! Ibuuu...” aku menggoncang-goncang badan ibu tetapi malangnya ibu masih tidak membuka kembali kelopak matanya. Mesin talian hayat sudah bergaris panjang. Aku memandang ayah yang sedang meraup wajahnya lama.

“Ayah!! Kejutkan ibu. Kejutkan ibu, ayah. Zahrah merayuu... ayah tolong ayah!”ayah tidak membuat apa-apa dia hanya melihat aku yang seperti apa mahu ibu bangun semula.

“Zahrah jangan begini, nak. Ibu sudah meninggalkan kita. Ibu sudah pergi dengan aman. Zahrah jangan menangis, redha dengan pemergian ibu, sayang.” Ayah memeluk tubuhku erat, aku tersedu-sedan di dalam dakapannya.

*******

Sudah 13 hari ibu pergi meninggalkan aku, aku masih dengan sikap pendiam dan mengurung di dalam bilik. Badanku sudah kelihatan sangat susut. Aku kehilangan selera makan. Aku rindu akan suapan manja kasih ibu. Aku tidak ke sekolah. Ayah selalu memujukku untuk ke sekolah semula namun aku hanya diam dan mengunci pintu bilik supaya ayah tidak masuk.

“Zahrah... nak, makan sikit... nanti sakit teruk. Kamu sudah tiga hari berturut-turut tak makan. Kamu kelihatan lemah nanti.” Ayah memujukku disebalik pintu. Aku hanya mendiamkan diri sahaja, bunyi ketukan pintu masih kedengaran. Aku mengalah, aku membuka pintu lalu ayah terus memelukku erat dan aku terus terkulai lemah. Pandanganku gelap...

********

“Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?” tanya ayah kerisauan. Doktor itu sedikit mengeluh.

“Encik, anak encik mengalami gastrik yang agak teruk dan antibodinya lemah. Sekarang ini dia memerlukan kerusi roda untuk menampung dirinya, jangan risau ia sementara sahaja untuk mengembalikan semula kekuatannya.” Zahwan meraup wajahnya.

“Bersabarlah encik. Encik kena sentiasa memberi semangat kepadanya. Dia masih kecil. Dia tidak kuat. Dia perlukan encik. Encik pergilah masuk dan berjumpa dengannya. Beberapa hari ini saya akan menahan dia di hospital untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut.” Zahwan mengangguk kepalanya lalu melangkah masuk ke dalam wad. Kelihatan Zahrah hanya termenung, matanya sembab dan wajahnya kelihatan cengkung.

“Zahrah anak ayah. Jangan sakit, nak. Jangan tinggalkan ayah. Ayah tiada sesiapa selain Zahrah. Zahrah janganlah berterusan begini. Tolong, nak.” Aku memandang ayah yang sedang menangis sambil menggengam tanganku.

“Ayah janji ayah tidak akan tinggalkan Zahrah. Ayah akan sentiasa menjaga dan memberi kasih sayang kepada Zahrah. Ayah cuma minta satu sahaja jangan sakit begini dan sentiasa kuat demi ayah, boleh?” aku mengangguk perlahan lalu aku tersenyum lemah ke arah ayah. Ayah terkejut apabila aku memberikannya senyuman terus ayah mendakap aku sekuatnya.

“Anak ayah makan nih. Zahrah dah janji dengan ayah untuk jadi kuatkan. Pergi sekolah, belajar pandai-pandai. Nanti Zahrah dah berjaya boleh Zahrah bawa ayah ke serata dunia.” Aku ketawa kecil.

Sudah dua bulan berlalu, aku kembali sihat. Setiap hari selepas pulang dari sekolah aku akan ke tanah perkuburan melawat arwah Ibu. Aku mengusap-usap batu nisan yang ditulis nama ibu, Wardani Asmah Binti Yusuf– tarikh lahir 7 Julai 1970 – tarikh wafat 3 Julai 2006. Aku menitiskan air mata apabila teringat kenangan bersama arwah ibu sebelum aku mendapat tahu tentang penyakit kronik ibu.

Imbauan kenangan lama bersama arwah ibu,

“Ibu berhenti ibu! Jangan geletek Zahrah lagi. Aduii ibu penat Zahrah ketawa... ibu....” menjerit aku. Akhirnya ibu berhenti geletek.

“Anak ibu sayang nak makan tak?” aku mengangguk laju.

“Jom, kita goreng nugget kesukaan Zahrah.” Ibu mendukung aku sehingga masuk ke dalam dapur lalu dia menurunkan aku di atas bangku. Dia mengambil kuali lalu memanaskan minyak di dalam kuali.

“Ibu.. Zahrah sayang ibu! Ibu janji jangan tinggalkan Zahrah tau. Zahrah ada ibu sahaja.Ayah selalu sibuk dengan pekerjaannya.” Ibu kelihatan berubah wajahnya apabila aku cakap macam tu. Setelah selesai menggoreng nugget, ibu mendekati aku lalu menyuap nugget ke dalam mulutku.

“Sayang... kita sebagai hamba Allah akan pergi suatu hari nanti. Kita tidak pernah tahu tarikh kematian kita sendiri. Bila-bila sahaja Allah SWT akan mengambil nyawa kita dan menghadapnya. Andaikan satu hari nanti ibu pergi, ibu nak Zahrah Zuyyin Binti Zahwah Hisyamuddin jadi seorang anak yang solehah dan taat pada perintah Allah. Jangan Zahrah jadi anak yang derhaka, ya sayang? Kalau Zahrah sayang ibu, Zahrah selalu doakan ibu disana dan redha dengan pemergiaan ibu.” Ibu mengusap lembut rambutku beberapa kali juga dia mengucup aku.

Perlahan sahaja air mataku mengalir jatuh. Ibu mengesatnya lembut lalu mendakapku erat sangat. Seakan-akan kata-kata ibu tadi, ibu akan pergi jauh buat selama-lamanya. Tiba-tiba ibu mengaduh sakit. Aku memandang wajahnya pucat. Pucat sangat. Nafasnya laju.

“Ibu kenapa ibu... ibu sakit dekat mana...” aku memicit-micit kepala ibu. Ibu masih lagi mengerang kesakitan sehingga tangan ibu berasa sangat sejuk. Aku terdengar bunyi pintu ditutup, ayah sudah pulang dari kerja. Bergegas aku mendapatkan ayah.

“Ayah!!! Ibu mengerang! Ibu sakit.” Ayah terkejut lalu mencempung tubuh ibu lalu terus membawanya ke hospital. Aku duduk di belakang bersama ibu, aku lihat ibu yang masih mengerang.

“Zah...rah...ingat...kata-kata...ibu tadi...ya sayang.” Aku mengangguk lalu memeluk ibu dengan erat.

**********

“Encik Zahwan, isteri Encik dalam keadaan kritikal. Jantungnya dalam keadaan sangat lemah.” Ayah terus mendukung aku lalu masuk ke dalam wad ibu. Ibu melihat kami lemah. Aku memanjat naik ke atas katil lalu baring disebelah ibu.

“Ibu...ibu...ibu...” aku menangis teresak-esak. Tangan lemah ibu bermain-main dengan rambut panjangku.

“Ibu...ibu... Zahrah sayang ibu. Ibu sakit apa? Kenapa Zahrah tak pernah tahu ibu sakit?” kata aku sambil teresak-esak.

“Ibu...sakit...jantung...berlubang... ibu tak rasa...sakit...setiap...kali bergembira...bersama anak... ibu.” Aku membesarkan mataku. Ibu sakit jantung lubang. Terus aku mengeratkan lagi dakapanku.

“Ibu... ibu tunggu tau Zahrah dekat sana. Ibu jemput Zahrah di hadapan pintu syurga. Zahrah nak ibu suap makan dan bermain dengan Zahrah lagi. Bismillahhirahmanirrahim...” aku menghadiahkan arwah ibu dengan membaca surah Yassin. Selesai baca aku lihat ayah sudah sampai di hadapan sana. Aku mencium batu nisan itu lalu mendapatkan ayah. Ayah terus mendukungku lalu menciumku beberapa kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience