BAB ENAM

Spiritual Completed 25647

Sudah lima hari kami terlepas daripada penculik-penculik. Itu semua idea aku walaupun ia rumit. Akhirnya kami dapat melepaskan diri. Aku, Zulfaqar dan Imani menempuhi hidup bersama. Aku tercari-cari juga Abang Daud tetapi sampai sekarang tidak dapat berjumpa.

Kami duduk di kaki lima yang agak sunyi. Ditepinya ada bengkel kereta. Aku mengaduh sakit kerana kepalaku tiba-tiba sangat pening. “Zahrah, kau okey?” Zul menyentuh dahiku. “Zahrah, panaslah dahi kau. Kau demam.” Aku diam sahaja. Imani hanya merenung aku.

“Jomlah kita ke klinik.” Aku menggeleng.

“Nanti melaratlah. Duit pagi tadi yang kita basuh pinggan ada lagi ni. Jomlah.” Zulfaqar menarik tanganku. Perlahan-lahan aku bangun. Oh lupa nak beritahu, Zul orangnya agak tinggi seperti remaja berusia 13 tahun. Aku pula hanya tinggi pada paras bawah bahunya.

Selesai membayar ubat, Imani menangis-nangis. “Imani, kenapa sayang?” tanya aku lembut. “La...pa...” jawabnya.

“Lahh shiannya dia. Shini.” Aku mendukung Imani. “Sabar ya Imani nanti kita makan.” Imani menggangguk lalu memeluk leherku. Kami berjalan perlahan-lahan. Hari semakin lama semakin gelap. Aku tiba-tiba terasa tak larat nak jalan. Aku rebah... sayup sahaja suara Zul memanggil aku.

*******

“Ibuuuu!!! Abang Daud!!!” seorang wanita menghampiri aku. “Shhh... sayang. Jangan menangis.” Wanita itu menarik aku masuk ke dalam dakapannya.

“Sia..siapa awak? Ja..jangan saki..ti saya... sa...ya... ta...kut...” menggigil aku. “Tak sayang... aunty hanya tolong sayang. Aunty jumpa kamu dihadapan rumah aunty. Jangan takut.” Aku memeluknya erat.

“Sayang, anak itu dah sedar ke?” seorang lelaki mendekati aunty tadi. “Ya dia dah sedar. Badan dia panas, abang. Menggigil.” Lelaki itu memakai stetoskop lalu memeriksa keadaanku.

“Dia demam panas. Sekejap abang ambil ubat.” Lelaki itu mengeluar satu botol cecair lalu menuangnya sedikit di dalam sudu.

“Nah sayang, makan ubat. Nanti cepat sembuh.” Aunty menyuapkan ubat ke dalam mulutku.

“Aunty mana Zulfaqar dan Imani?” tanya aku.

“Mereka ada dibawah bersama anak kembar aunty.” Jawab aunty.
“Saya nak jumpa dengan mereka.” Aunty tu mengangguk lalu dia mendukung aku yang masih lagi lemah.

“Zahrah!” jerit Zulfaqar. Imani berlari mendapatkan aku.

“Zul... Imani...” aku memeluk Imani erat.

“Terima kasih aunty dan uncle serta abang kembar tolong kami.” Ucap Zulfaqar.

“Tak ada apa-apa yang susah Zulfaqar. Kami suka membantu kamu semua. Apa yang telah terjadi?” kami berdua menceritakan hal yang sebenar kepada mereka.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Kasihannya anak-anak ini Ya Allah.” Kata aunty tu menangis.

“Zahrah, ayah kamu halau kamu sebab mak cik itu? jadi sampai sekarang dia tidak mencari kamu?” aku mengangguk perlahan. Air mataku menitis lagi.

“Sini dekat umi. Mulai hari ni panggil kami umi dan walid. Kami akan jaga kamu bertiga. Jangan risau ya.” Aku dan Zul mengangguk.

“Apa nama penuh kamu bertiga?” tanya walid.

“Zahrah Zuyyin...”

“Hafiz Zulfaqar...”

“Dia masih kecil. Dia kata nama dia Imani sahaja. Tak tahu nama penuh dia apa.” Kata aku sambil memeluk Imani.

“Baiklah.” Kata walid.

“Kamu semua pergi tidur. Esok walid akan bawa kamu ke sekolah untuk pendaftaran. Imani akan dijaga oleh umi di rumah.” Suruh umi. Kami mengangguk. Aku tidur bersama Imani manakala Zulfaqar tidur bersama abang Fahad dan abang Fahmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience