BAB 5

Romance Completed 6428

Zarief memusingkan tubuhnya dan terus memegang bahu Liyana.

“The only mother to my children is you. Hanya awak yang boleh melahirkan anak saya atau kita ambil anak angkat. But I will never ever marry another woman for the sake of getting a child!”

“Tapi Rief...,”

“Liya! Listen to me! I know myself very well. And you were the first woman who managed to make me to fall in love. And I fell in love with you because you’re Liyana Sofea. You meant everything to me. And if you think, without the presence of our child might ruin our marriage, get rid of the thoughts coz as far as I’m concern, you’re the one who’s ruining our marriage with the nonsense idea of yours!”

13 tahun hidup bersama, ini kali pertama Zarief meninggikan suara pada isterinya. Kesabarannya sudah mencapai tahap maksimum. Sampai bila dia harus bersabar dengan kehendak isterinya itu? Tidak pernah terjangkau dek fikirannya untuk beristeri lebih daripada satu. Jika dia boleh mendapatkan semua yang diimpikan pada seorang isteri yang solehah seperti Liyana, kenapa harus dia mencari lagi?

Liyana sudah menangis teresak-esak. Dia tahu pertelingkahan antara mereka ini terjadi kerana sikapnya jua.

Zarief mendengus. Dia mencapai semula briefcasenya.

“Awak nak pergi mana?”

Pergerakan Zarief yang mencari kunci kereta di dalam laci terhenti. Tanpa berpaling, dia menjawab.

“I have to go. Tolong jangan cari saya. Bila saya dah ready, I will call you. Jaga diri elok-elok,”

Sebaik Volvo XC90 milik Zarief menderum laju meninggalkan kawasan rumah mereka, Liyana terduduk di atas lantai. Tiada air mata yang mengalir, Cuma sendu yang kedengaran. Seiring dengan bunyi hujan yang membasahi bumi. Seakan turut sama menangisi nasib isteri muda itu.

*****====================

SUDAH hampir sebulan Zarief menghilangkan diri sejak kejadian malam itu. Liyana sudah buntu untuk mencari keberadaan suaminya itu. Menurut hospital tempat suaminya bertugas, lelaki itu sudah cuti tanpa tempoh. Habis semua rakan-rakan Zarief ditanya. Dan kerana terlalu sibuk mencari keberadaan suaminya, kesihatan Liyana tidak dijaga dengan elok.

Hampir dua bulan Zarief menghilangkan diri, Liyana ke hospital. Dia sendiri musykil dengan keadaannya yang tidak sihat-sihat. Puas dia berdoa agar dia tidak menghadapi apa-apa penyakit yang membahayakan.

Dan akhirnya, setelah 13 tahun berkahwin, dia menerima berita yang sentiasa dinantikan. Dia hamil! Akhirnya, benih suaminya sudah selamat bercambah di dalam rahimnya. Semua doanya telah didengari oleh ALLAH S.W.T. Bahagianya dia pada saat itu tidak dapat untuk digambarkan dengan kata-kata. Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih. DIA telah mendengar semua doa-doanya dan juga Zarief.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience