BAB 4

Romance Completed 6428

“Awak belum makan? Dah pukul berapa ni?”

“Saya tunggu awak,” ulang Liyana.

“Kenapa? Dah tak reti nak makan sendiri ke?” ujar Zarief. Namun begitu, tetap kakinya melangkah ke meja makan.

Liyana segera menyaingi langkah suaminya. Dia mengangkat tudung saji. Dia menarik kerusi di kepala meja buat Zarief.

“Kenapa masak banyak ni? Are we celebrating anything?”

Liyana diam. Dia hanya tersenyum.

Perutnya yang sememangnya kenyang menjadi lapar semula melihat makan yang terhidang. Zarief terus menyudu spaghetti bolognaise masakan isterinya yang menjadi makanan kegemarannya sejak mereka berdua bernikah. Pertama kali dia merasa air tangan isterinya ketika mereka di London dan dia terus jatuh cinta dengan masakan wanita itu.

“Untuk awak. Happy 13th anniversary, sayang,” Liyana memeluk Zarief dari belakang.

Zarief menepik dahinya perlahan. Bagaimana dia boleh terlupa akan tarikh yang saban tahun diingatinya. Seingatnya, ini adalah pertama kali mereka menyambutnya di rumah. Kerana pada tahun-tahun lepas, mereka berdua akan pergi bercuti ke mana-mana. Seperti tahun lepas, mereka ke Spain selama 2 minggu.

Zarief menarik Liyana dan mendudukkan isterinya itu di atas pahanya. Bibirnya mengucup 2 ulas bibir isterinya. Lama sekali. Seperti itu adalah kali pertama dia mengucup bibir yang merah bak delima itu.

“I love you, sayang. Sorry sebab I terlupa,”

“Tak pe. Saya tahu awak sibuk,” Liyana mengusap wajah Zarief. Padanya, wajah kacak itu masih sama sejak pertama kali dia bertemu dengan sepasang mata yang bersembunyi di sebalik kaca mata itu sejak 20 tahun yang lalu. Yang berubah hanyalah kematangan. Seiring dengan penambahan usia, kematangan lelaki itu jelas terserlah pada wajah kacaknya.

Liyana menghulurkan kotak berbentuk segi empat sama pada Zarief. “Untuk awak,”

“Saya tak beli apa-apa pun untuk awak,” jemari Zarief terus membuka kotak itu. Seutas jam tangan jenama Rolex terletak elok. Zarief menanggalkan jam tangannya lantas menyarung jam berwarna perak itu.

“Terima kasih sayang. Okay. It’s my turn now. Awak nak apa? Cakap je. Nanti saya belikan. Ataupun, we can go for a holiday. Kita pergi Mauritius nak? Awakkan suka beaches,”

Liyana menggeleng. “Saya tak nak semua tu Rief. I would just want one thing. Tolong kahwin satu lagi Rief. Hanya itu saja hadiah yang saya nak dari awak,”

Zarief mengeluh. Dia menolak tubuh Liyana. “Saya nak naik dulu. Saya penat,”

“Zarief! Tolonglah. Please do this for me. Semua ni pun untuk awak juga. Awak tak nak ada anak ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience