BAB 9

Romance Completed 6428

Zarief tidak ambil pusing kata-kata anak sulungnya itu.

Arianna membuat muka geram. “Whatever. So mama? Do we have a deal?” tanya Arianna dalam Inggeris loghat Australia memandangkan Aqil dan dia belajar di Australia International School Malaysia.

“Sure young lady. It’s a deal!”

Tersenyum lebar anak yang berumur 7 tahun itu. Segera mereka berdua melangkah ke atas untuk bersiap. Setelah mendengar bunyi pintu ditutup, Liyana berpaling menghadap suaminya pulak.

“Saya pulak yang kena. Patutnya awaklah,”

Liyana ketawa kecil. “Kita sama-sama keluar belanja. Lagipun, kita dah lama tak bawak anak-anak jalan. We’ll go Paris,”

“Always with your Paris,” usik Zarief.

“Mestilah yang. Kan butik saya pun kat situ,”

Mereka diam sebentar.

“Terima kasih untuk saat bahagia yang macam ni. With 3 of you by myside, I’ve found my destiny. I always love you, Liyana Sofea,” bisik Zarief romantis.

“As I always love you, Zarief Adam,” dia memeluk erat tubuh suaminya.

20 tahun usia perkahwinan mereka. Mereka sudah hampir ke puncak. Zarief sudah menjawat jawatan yang lebih tinggi di hospitalnya. Manakala Liyana pula sudah melebarkan perniagannya ke kota-kota fesyen yang terkenal.

20 tahun berkahwin, mereka juga dikurniakan dengan kehadiran sepasang cahaya mata kembar yang kini berusia 7 tahun. Dan setelah menunggu, lahirlah Arianna Sufyra dan Aqil Thaqif ke dunia.

Rupanya Liyana telah hamil kembar 7 tahun yang lalu berkat kesabaran mereka menanti. Tidak dapat digambarkan perasaan mereka berdua ketika itu tika melakukan scanning. Air mata kesyukuran terus mengalir.

Dan doa mereka agar, saat bahagia ini akan sentiasa berterusan seiring dengan penambahan usia mereka sehinggalah nyawa mereka berpisah dari jasad. Amin. Sebelum ini mereka umpama saling terpaut oleh masa, bukan kebahagiaan disekat namun Allah SWT memberi kurnia pada masa yang tepat sesuai dengan kemampuan hambanya.

Mungkin sepanjang tempoh-tempoh yang menduga, Allah memberi kurnia ataupun rezeki lain yang kita tidak sedar. Syukuri apa nikmat di dunia selepas berusaha tawakkal dan berserah pada Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience