BAB 1

Romance Completed 6428

Semalam dan hari ini umpana sudah tiada beza, seperti semalam, malam ini, sekali lagi Liyana Sofea lena di sofa panjang di ruang tamu rumahnya. Masih berbekas air mata yang mengalir tadi pada pipinya. Rasa sakit yang menyucuk di perutnya tidak diendahkan. Sakit lagi rasa hati yang terluka.

Zarief Adam menutup sliding door. Dalam perjalanannya untuk ke tingkat atas, pandangannya jatuh pada sebatang tubuh yang sedang lena di sofa. Dia mengubah haluannya. Tidak jadi dia menggerakkan tubuh wanita itu apabila terkesan bekas linangan air mata pada pipi licin wanita itu. Zarief meletakkan briefcasenya di atas sofa sebelah. Dia duduk di atas carpet beralaskan kedua-dua kakinya.

Sudah lama pandangannya tidak menjamah wajah cantik Liyana. Hubungan antara mereka sudah semakin jauh. Tiada lagi kata-kata romantis antara mereka apabila berduaan. Entah mana hilangnya keserian rumah tangga mereka. Kehidupan yang bermula di rumah ini sejak 6 tahun yang lalu setelah mereka berdua sah menjadi suami isteri.

Pengenalan di bangku sekolah menengah, akhirnya membawa dia dan Liyana ke jinjang pelamin. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bergelar suami pada Liyana Sofea Datuk Khairil, seorang pelajar yang terkenal di sekolah mereka. Siapa saja yang tidak mengagumi kredibiliti Liyana yang begitu menyerlah di sekolah dulu.

Dan siapa yang menyangka seorang pelajar yang begitu popular itu akan mengaku bahawa dia telah jatuh cinta pada Zarief Adam Malek, pelajar paling skema, nerd dan yang paling blur. Yang kerjanya hanyalah belajar, belajar dan belajar sahaja. Begitu gempak sekali keadaan di sekolah ketika itu sehingga turut menarik perhatian guru-guru di sekolah.

Selepas 5 tahun Zarief mengenali hati budi Liyana luar dan dalam, berlangsunglah majlis perkahwinan anak tunggal pasangan En. Malek dan Pn. Aisyah dengan anak kedua pasangan Datuk Khairil dan Datin Amira. Walaupun baru berusia 20 tahun, namun itu tidak menghalang Zarief dan Liyana untuk mengecapi kemanisan alam perkahwinan.

Selepas berkahwin, mereka berdua berlepas ke London kerana kebetulan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sana. Zarief dalam jurusan perubatan di University College London manakala Liyana di London College of Fashion. 7 tahun mereka di sana menimba ilmu.

Selepas 7 tahun hidup sebagai perantau dan pelajar, mereka pulang ke tanah air. Zarief mendapat peluang melakukan houseman di HKL manakala Liyana menimba pengalaman di Butik Kunang-Kunang milik pereka terkenal Radzwan Radzwill. Setahun kemudian, Zarief memulakan tugasnya di Hospital Pantai, Bangsar dan Liyana membuka butiknya sendiri menggunakan label Liyana.

Kehidupan rumah tangga mereka berjalan lancar, seiring dengan kelancaran kerjaya mereka. Walaupun ada badai yang melanda, mereka cuba untuk menyelesaikan tanpa perlu bertikam lidah. Sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk menimang cahaya mata. Sesudah melalui pahit manis bergelar suami isteri selama 8 tahun, mereka merasakan sudah tiba masanya untuk mereka mempunyai anak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience