BAB 7

Romance Completed 6428

Sejak dia meninggalkan banglo mereka berdua, salah satu kamar di Hotel Royale Chulan menjadi tempatnya memerapkan diri seharian. Sejak hari itu juga dia memohon cuti tanpa tempoh dari tempat dia bertudas. Semata-semata untuk menenangkan fikirannya yang bercelaru. Isterinya langsung tidak dihubungi. Hanya nafkah yang dimasukkan setiap bulan menjadi penghubung hubungan suami isteri mereka.

Keretanya diparkir di garaj. Mini Cooper isterinya tersadai di tempat biasa. Rumahnya pula gelap gelita seperti tiada penghuni. Zarief mengusap dadanya untuk menenangkan hati. Menggunakan kuncinya sendiri, dia membuka pintu utama.

Dia menghidupkan suis lampu. Masih tiada apa-apa perubahan di ruang tamu itu. Cuma suram saja. Zarief terus melangkah ke anak tangga. Sebaik tiba di hadapan kamarnya, dia sedikit gusar dengan penerimaan Liyana.

Dia sebenarnya begitu merindui isterinya itu. Namun, dia bimbang jika Liyana masih memaksanya untuk membuat kerja gila itu. Dia bimbang dia akan hilang pertimbangan sekali lagi dan akan melakukan perkara yang lebih daripada apa yang telah dia lakukan.

Zarief melangkah masuk. Matanya terus menangkap sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil.

“Liya?” panggil Zarief.

Liyana tersedar. Matanya berat untuk dibuka. Tetapi apabila dia mendengar suara yang sama memanggil namanya buat kali yang kedua, dia mencelikkan matanya. Dia cuba mengangkat kepalanya namun gagal.

Zarief mampir. Mendekati katilnya. Dia melabuhkan punggung di pinggir katil.

“Saya dah balik Liya. Saya dah balik,” ujarnya.

Liyana cuba mengangkat tangannya. Ingin sekali dia mengusap wajah yang dirindui itu. Tetapi dia terlalu lemah. Akhirnya, pelupuk matanya basah dek air mata yang mengalir kelesuan.

Zarief panic melihat sepasang mata itu basah. “Kenapa Liya?” Dia menyentuh pipi Liyana. Segera dia menarik kembali tangannya apabila dia terasa bahang.

“Ya ALLAH Liya! Panasnya badan awak. Awak demam ye? Saya bawak awak pergi hospital ye?”

Liyana menggeleng perlahan. Dia mahu supaya Zarief lebih mendekatinya. Bagaikan dapat memahami isyarat mata Liyana, Zarief merangkul tubuh kecil isterinya. Meski begitu, perasaan pelik menjengah. Seingatnya, tubuh kecil isterinya itu tidak pernah seberat ini sejak mereka mendirikan rumah tangga.

“Sa,saya riinndukan aaawak,” dengan payah Liyana menutur kata. Kepalanya dilabuhkan di atas dada Zarief. Air matanya semakin lebat.

Zarief mengucup ubun-ubun Liyana. Lama. “Maafkan saya. Semuanya salah saya. Saya terlalu ikutkan perasaan saya. Yang jadi mangsa, awak. Saya bersalah, Liya. Maafkan saya,”

Liyana mencium dada Zarief. “Saya yang salah. Tolong jangan tinggalkan saya,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience