BAB 6

Romance Completed 6428

Apabila dia mengkhabarkan tentang kehamilannya pada keluarga dan mentuanya, bercucuran air mata menuruni, membasahi pipi mama dan ibu mertuanya. Begitu gembira wajah papa dan abah. Berbagai-bagai kata nasihat dilemparkan oleh mama dan ibunya itu. Jangan buat itulah, inilah. Banyakkan berehat. Liyana hanya mengangguk.

Dia turut mengkhabarkan tentang kehilangan Zarief kepada kedua-dua keluarga. Sekali lagi basah pipi mama dan ibunya. Tubuhnya yang kurus di bawa ke dalam pelukan erat. Air matanya turut tumpah. Betapa dia bersyukur kerana dikurniakan dengan keluarga yang begitu menyayanginya. Dan juga Zarief.

ZARIEF berlari-lari sana sini. Pelik dia melihat keadaan sekelilingnya yang suram dan sunyi. Puas dia berlari, dia terduduk. Melolong meminta tolong sana sini.

Tiba-tiba dia ternampak seperti cahaya datang dari arah bertentangan dengannya. Dia segera bangun. Kemudian, dia ternampak kelibat Liyana menghampirinya. Bersama Liyana yang berpakaian serba putih, di dalam kendongan isterinya itu ada dua orang bayi. Zarief merapati isterinya.

“Liya,” Zarief menyentuh pipi Liyana. Liyana diam tetapi tersenyum manis.

“Saya rindukan awak,”

Liyana tetap bungkam. Dia kemudian menyuakan salah seorang bayi dalam kendongannya kepada Zarief.

Zarief tidak menyambut huluran Liyana. Sebaliknya dia memandang sahaja wajah-wajah kepolosan itu. Sesuatu menyentak hatinya.

Begitu mirip sekali wajah-wajah bayi itu dengan Liyana dan juga dia. Kulit mereka begitu cerah seperti kulitnya manakala hidung Liyana jelas kemiripannya pada wajah-wajah itu.

“Liya. Who are they?”

Liyana tidak menjawab. Perlahan-lahan dia berpusing dan meninggalkan Zarief tanpa pamit.

“Liya! Liya! Awak nak pergi mana?! Tolong Liya! Jangan tinggalkan saya Liya! Tolong Liya, tolong, tolong, tolong,” rintih Zarief sehinggalah dia rebah dan tidak sedarkan diri.

“LIYA!”

Zarief terjaga dari lenanya. Badannya turut terdorong ke depan. Dia menoleh pada jam yang melekat pada dinding “Astaragfirullahalazim! Mimpi je tadi,” dia meraup-raup wajahnya. Habis basah wajahnya. Dia teringat kembali mimpinya tadi.

Benar-benar mimpi yang menyeramkan. Dia terfikir, apakah maksud yang ingin disampaikan ALLAH lewat mimpinya tadi. Hatinya gundah. Dia terfikirkan isterinya. Pantas dia menuruni katilnya, menuju ke bilik air.

Volvo XC90nya segera dipandu dengan laju. Dia memandang waktu yang terpapar pada jam digital di dashboardnya. 3 pagi. Dia memandu keluar dari Bandaraya Kuala Lumpur untuk ke Mont Kiara. Hatinya semakin tidak sedap. Dia menambah kelajuan. Serasa tidak sabar untuk ke sampai ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience