BAB 2

Romance Completed 6428

Ternyata selepas 5 tahun mencuba, rezeki belum memihak kepada mereka. Puas mereka menjalani segala jenis rawatan baik moden mahupun rawatan tradisional. Apabila Zarief mencadangkan untuk mengambil anak angkat, Liyana tidak bersetuju. Dia hanya mahukan anak yang lahir daripada rahimnya. Zarief hanya menurut di samping terus berusaha.

Sehinggalah sejak sebulan yang lalu. Peristiwa petang itu akhirnya sedikit sebanyak menguji diri Zarief sebagai seorang suami. Kerana peristiwa itulah, meletusnya kedinginan dalam rumah tangga mereka.

*****

“Rief,” panggil Liyana. Cawan yang berisi teh O di dalamnya ditolak kepada suaminya.

“Hmm,” tetap pandangan Zarief pada helaian surat khabar The Star. Tangan kirinya mencapai cawan lalu menghirup teh O.

“Saya dah berfikir masak-masak. Saya redha Rief, kalau awak nak kahwin satu lagi,” dengan perlahan, Liyana menuturkan usulnya. Tidak berani dia memandang wajah lelaki itu.

Mendengar kata-kata Liyana, tersedak Zarief dibuatnya. Pantas, kepalanya menoleh. Wajah isterinya yang menunduk ditenung dengan rasa berbaur.

“Apa awak cakap? Kahwin lagi? Apa yang awak merepek ni? Nonsense!”

Liyana menahan sendu. Dia tidak mahu air matanya gugur. Sudah sebulan lebih dia memikirkan tentang hal ini. Dia akui, dia juga selemah wanita-wanita yang lain yang tidak mungkin boleh berkongsi suami mereka dengan orang lain.

Tapi jika ini satu-satunya cara untuk membolehkan mereka menimang cahaya mata, dia sanggup. Biarlah dia berkorban sekiranya itu yang boleh memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.

“This is the only way Rief. Please Rief, please. For me. Do this for me,”

Zarief meletakkan surat khabar di atas meja. Dia bangkit dari kerusi. Berlutut di hadapan Liyana.

“Liya...kalaupun awak sanggup, tapi saya tak sanggup. 13 tahun saya kahwin dengan awak, tak pernah saya impikan perempuan lain dalam hidup saya. Saya dah jumpa Hawa saya. Why should I find a new one?”

“Tolonglah Rief. Saya tak mampu nak lahirkan zuriat untuk awak. Awak kahwinlah lain to get your own child, Rief,” Liyana berdiri dan melangkah ke hadapan. Pipinya basah.

Zarief mengikut langkah isterinya. Tubuh isterinya yang kurus dan tinggi dipeluk dari belakang. Erat sekali. Dagunya terletak elok di atas bahu kanan Liyana.

“Jangan menyerah terlalu cepat Liya. Mana pergi Liyana Sofea yang saya kenal masa sekolah dulu? Liyana Sofea yang pantang mengalah sebelum dapat apa yang dia nak. Where is my 13 years soul mate yang dah janji nak go through anything and everything with me? Kenapa cepat sangat awak nak berputus asa ni?”

Liyana mengetap bibirnya. “I’m tired Rief. I’m very tired Rief. I just can’t wait anymore. Everyone is accusing me. Not you! Diorang cakap saya mandul. Tak subur. Tak boleh nak bagi keturunan untuk awak. From the way they did that, as if they know everything about me when they don’t. they just don’t understand me at all!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience