Bab 8

Romance Series 4234

Sampai sahaja di butik, Ian Hadif terus mendapatkan mamanya di dalam bilik memberitahu tentang Orked.

"What? What happens to her? Ian? Apa yang kamu buat pada dia? " marah Puan sri Aisyah. Terkejut mendengar berita tentang keadaan pekerja barunya.

"Mama, tolonglah. Ian takde buat apa. Sumpah! Dia tiba-tiba muntah lepastu pengsan. " beritahu Ian Hadif.

"Dah la, jom kita bawa ke klinik." ujar Puan sri Aisyah.

"Kenapa ni, Puan sri ? " tanya Zahra apabila melihat dua beranak itu tergesa-gesa.

"Zahra, jaga butik ni sekejap. Saya nak bawa Orked ke klinik. " beritahu Puan sri Aisyah cemas.

"Haa? Orked kenapa ?" tanya Zahra cemas apabila mendengar Puan sri ingin menghantar kawannya ke klinik.

"I don't know. Dia muntah and pengsan. " cerita Ian ringkas. Tiada masa untuk bercerita. Keadaan Orked lebih penting sekarang.

Tiba-tiba.. "Puan sri? " panggil seseorang.

Tiga pasang mata menoleh ke arah pintu masuk. "Orked!! " jerit Ian Hadif.

"Ya Allah, Orked kau okay tak ni? " tanya Zahra apabila melihat wajah Orked yang pucat itu.

"Orked, awak kenapa? Terkejut saya tadi. Awak buat saya takut tau tak? " beritahu Iam Hadif sambil mengurut dada. Lega hatinya apabila Orked sudah bangun.

"Orked... how are you hm . Ian ada buat pape ke dekat Orked? " tanya Puan sri Aisyah cemas .

"Sorry semua. Saya okay. Err, Encik Ian.. maafkan saya menyusahkan encik. Sebenarnya saya tak boleh makan kambing. " Orked berterus-terang sambil menatap mata Ian Hadif dalam-dalam meminta maaf.

Ian Hadif terus menjadi gelabah apabila Orked memandang matanya. Malu!

"Why awak tak cakap yang awak tak makan kambing, hm? Next time, please give me know. Awak tau tak betapa risaunya saya tadi. " marah Ian Hadif.

Orked terus menundukkan wajahnya. Berasa bersalah dengan kelakuannya yang menyusahkan semua orang.

"Dah la tu , Orked.. Sekarang Orked rasa apa? Rasa pening-pening ada?" tanya Puan sri Aisyah mengambil berat.

"Saya dah okay, Puan sri. Maafkan saya, ya? " pinta Orked. Dia benar-benar rasa bersalah.

Baru pertama kali dia bekerja sudah dibuat perangai. Buatnya Puan sri pecat dia. Apa dia nak jawab dengan ibu dan ayah.

"Hmm, baguslah kalau kamu dah okay. Lain kali bagitau la Ian yang kamu tak makan kambing. Saya pun turut risau tadi. " ujar Puan sri.

"Baik Puan sri. Maaf sekali lagi. " pinta Orked.

Setelah itu, Puan sri Aisyah menuju ke biliknya untuk menyambung kerja yang dibiar sebentar tadi.

Zahra pula menyambung membuat kerja tanpa mempedulikan Orked dan Ian Hadif. Orked yang sedang menunduk memandang kaki manakala Oan Hadif setia memandang Orked.

"Awak betul ke dah okay? Kita pergi klinik, nak? Check apa yang patut. " soal Ian Hadif. Dia tidak mempercayai yang Orked sudah pulih.

"Saya okay lah. Awak jangan risau. " ujar Orked perlahan .

Tiba-tiba telifon pintar milik Ian Hadif berbunyi. Ian terus menyeluk poket untuk melihat siapa pemanggilnya.

*Soulmate*

"I need to answer this call. Awak rehat, ya? " ujar Ian Hadif kemudian terus keluar dari butik dan duduk di bangku yang tersedia di hadapan butik.

"Hai sayang. Lama kita tak hang out, I miss you." suara Wawa menyapa gegendang telinganya.

"Hai babe, I kat butik mama ni. You datanglah sini. Jumpa dengan mama. Dah lama you tak lawat mama kan? " duga Ian Hadif.

Dia sayangkan Wawa tetapi disebabkan mama dan Wawa tidak sehaluan hati. Dia yang tersepit ditengah-tengah. Dia mahukan keluarga bahagia. Jalan penyelesaiannya mama dan Wawa perlu berdamai.

"You tahu kan mama you tak suka i? I tak tau lah apa salah i kat dia sampai dia anti dengan i. " dengus Wawa.

'Menyampahlah dengan orang tua tu. Aku nak anak kau, kau pula kecoh' bisik hati Wawa.

"You berbaik lah dengan mama. Mama okay je. Kalau you berbaik dengan dia, lagi cepat kita kahwin. You taknak kahwin dengan i ke ? " soal Ian Hadif .

"Of course, I nak kahwin dengan you. You sendiri tau kan how much I love you. " adu Wawa. Gila kau taknak kahwin . Harta dia menimbun, tujuh keturunan pun makan tak habis.

Yang sebenarnya Wawa bukan sayangkan Ian tetapi sayangkan hartanya. Biarpun Ian mempunyai wajah dan tubuh badan yang diidam oleh para wanita, bagi Wawa itu semua bonus baginya.

"You tau kan syarat yang mama bagi kalau i nak kahwin dengan you, hm? " soal Ian Hadif lembut.

"I know but I am not ready yet .. You tau kan, kerjaya i macam mana. Why don't you pujuk mama you. " pujuk Wawa.

Wawa sayangkan kerjayanya sebagai model. Tidak mungkin dia ingin meninggalkan kerjayanya demi orang tua itu.

Dia berusaha sendiri ingin menjadi model kerana itu cita-citanya dari kecil. Pelbagai dugaan yang dia hadap untuk berada di mana dia berdiri sekarang. Bukan semudah yang difikirkan.

"Please, sayang. Sampai bila nak tunggu you ready . I mampu nak tanggung you . " pujuk Ian Hadif .

"No means no. You pujuk lah dulu mama you tu. You sendiri tau macam mana i punya susah untuk jadi seperti sekarang. Takkan senang-senang i nak lepaskan kerjaya i? " soal Wawa.

Ian Hadif mendengus. "Ikut suka you lah. I ada kerja, bye. " Ian terus mematikan panggilan.

"Damn, he's ended up my phone call . " rengus Wawa. Hesh, anak mak ni...

Ian Hadif memandang telifon canggih miliknya. Dia tiada niat ingin menutup panggilan Wawa tetapi hatinya remuk apabila Wawa lebih menyayangi kerjayanya berbanding dirinya.

Dia sedar dirinya juga seperti Wawa. Keluar masuk kelab malam. Bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Tetapi Ian sudah nekad yang dia ingin berubah setelah mengahwini Wawa.

Dia ingin Wawa dan dia berubah kepada yang lebih baik. Mendekatkan diri dengan Tuhan. Dia sendiri tidak tahu sejak bila dia berfikir kearah itu. Tetapi sejak bertemu dengan Orked pagi tadi membuatkan semangat untuk berubah berkobar-kobar.

Lagi dia malu apabila Orked menepis tangannya ketika dia ingin membantu gadis itu. Malu juga dengan mamanya yang sememangnya asli britain tetapi masih menitik berat cara dan budaya orang Melayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience