Bab 1

Romance Series 4234

"Mak... bangun mak, jangan tinggalkan Orked. Orked mohon.... " rayu Orked .

Dia tidak menyangka gurauan bersama mak dan abah semalam menjadi gurauan terakhir bagi dia dan kakak .

Mak dan abah tinggalkan dia yang masih berumur 11 tahun dan kakaknya, Teratai berumur 14 tahun.

"Orked... sudah-sudah lah tu. Yang pergi tetap pergikan? " pujuk Puan Aziah.

"Adik... Kak Jie nak kafankan mak tu. Cium mak, dik " dalam sedu Teratai perlu menampakkan yang dia kuat di hadapan adiknya.

" Mak.. kenapa mak tinggalkan adik? Mak tak sayang adik ke? Baru semalam mak cakap nak tengok kertas ujian adik, " sedu Orked.

Orked meratapi jasad kaku milik Puan Mawar. Dengan berhati-hati, Orked mencium kedua-dua belah pipi dan dahi maknya.

"Abah , adik sayang abah . Adik janji adik akan banggakan abah, adik nak belajar betul-betul seperti yang abah minta semalam. Adik janji. Abah tunggu adik tau. " bisik Orked di telinga Encik Ahmad.


***

"Orked.. bangun! Orked... " Teratai mengejutkan adiknya kerana terkejut mendengar adiknya meracau-racau dalam tidur.

Orked terjaga terus memeluk kakaknya. Dia menghamburkan tangis dibahu kakaknya.

"Kak, Orked mimpi mak , mimpi abah.. Dah 9 tahun abah dan mak pergi, Orked rindukan mereka. Rindu sangat-sangat . "

Teratai yang mendengar tangisan adiknya terus tergamam. Dia menggosok tengah belakang adiknya . Cuba menenangkan adiknya.

"Orked, Teratai? Ya allah, Orked.. kenapa menangis ni? " ujar Puan Aziah tiba-tiba.

Puan Aziah yang kebetulan lalu di hadapan bilik Orked dan Teratai terkejut mendengar Orked menangis lalu terus mengintai dari luar.

"Ni haa, Orked mimpikan arwah mak dan abah, " bagitau Teratai kepada ibu mertuanya.

Sejak mak dan abah meninggal, Puan Aziah telah mengambil Orked dan Teratai sebagai anak angkatnya.

Puan Aziah yang membela mereka sejak dari itu. Setelah Orked dan Teratai membesar, orang kampung seakan-akan mengumpat tentang hubungan Teratai dan anak lelakinya, Asyraf.

Untuk menutup mulut orang kampung, Teratai telah diambil olehnya untuk menjadi isteri kepada anak lelakinya.

"Orked.. Orked rindukan mak, ya? Ibu kan ada? Ibu pun sayang Orked sama macam mak, " pujuk Puan Aziah.

Meskipun Orked telah berumur 20 tahun tetapi perangai keanak-anakkan itu tetap ada. Mungkin dia tidak cukup merasai kasih sayang daripada ibu bapanya .

Puan Aziah lah yang mencurahkan kasih sayangnya kepada Orked walaupun waktu pertama dia mengambil Orked dan Teratai, Orked seakan tidak menyukainya.

Orked pernah tidak makan selama 4 hari kerana mongok tidak menyukai masakan yang dimasak oleh Puan Aziah. Anak bongsunya, Maisarah yang memujuk untuk makan . Akhirnya, Orked termakan dengan pujukkan Maisarah.

"Ibu.. Orked rindukan mak dan abah, " adu Orked .

"Ibu tau.. Tapi ibukan ada, ayah pun ada . Kalau Orked rindukan mak dan abah, Orked sedekahkan Al-Fatihah, " pujuk Puan Aziah lembut.

"Ibu, orang nak balik bilik dulu eh? Nak tengok Abang Asyraf, " pinta Teratai setelah melihat adiknya sudah reda daripada tangis.

Orked mengesat sisa air mata .

"Haaa, macam ni la anak ibu. Ibu sayang Orked tau. Semua orang dalam rumah ni, sayangkan Orked ." ujar Puan Aziah seraya memeluk Orked.

"Dah, sekarang ni ibu nak Orked pergi mandi. Busuk sangat bau badan ni . Lepastu turun dapur, kita sarapan. " arah Puan Aziah.

Orked mengangguk kemudian terus mencapai tuala dan mandi di bilik air. Tidak lupa dengan kain basahannya.


***

"Wah sedapnya bau... " kata Maisarah. Anak bongsu Puan Aziah dan Encik Mazuki.

"Kak Teratai masak apa tu, " tanya Maisarah.

"Akak masak sup ayam, abang Asyraf minta semalam. Lagipun ni favorite Sarah dan Orked kan? "

"Haah, eh Orked mana? Orang dah balik jogging pun takkan tidur lagi kot? " Tanya Maisarah sambil menyisip sup ayam yang dimasak Teratai.

"Haa mengumpat orang? " sampuk Orked dari belakang. Serentak Teratai dan Maisarah menoleh ke belakang.

"Mana ada kitorang mengumpat. Aku tanya kau kat mana je " Maisarah membela diri.

"Yelah tu " cemik Orked.

"Sarapan dah siap ke? " ujar Asyraf tiba-tiba yang baru masuk ke dapur.

"Hampir siap , bos " Teratai menjawab soalan suaminya.

Mereka semua ketawa mendengar Teratai berjenaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience