Bab 3

Romance Series 4234

"Lambat balik? " tanya Tan sri Idris tegas sambil melipat surat khabar yang dibaca sambil menunggu anak terunanya balik.

"Err, papa tak tidur lagi? Dah pukul 12 tengah malam ni. " tanya Ian Hadif gugup.

Tan sri Idris bingkas bangun dari duduk . "Ian tahu tak umur Ian dah berapa? "

"Tahulah, pa " jawab Ian. Melihat wajah Tan sri Idris yang bila-bila sahaja boleh menelannya membuatkan Ian lagi gugup.

"Jadi, sampai bila nak hidup macam ni? Tak tau dosa pahala . Macam orang takde agama ." tengking Tan sri Idris.

Dia sebenarnya sudah muak dengan perangai anaknya yang seorang ini. Perempuan keliling pinggang. Memang salahnya yang menghantar anaknya ke luar negara sedari kecil.

Tetapi lain pula dengan anak perempuannya, Tengku Irdina Haura yang nakal tetapi masih memegang teguh dengan adat melayu.

Isterinya, Puan sri Evelyn atau nama islamnya Puan sri Aisyah juga begitu. Biarpun isterinya berkacukan Inggeris tetapi masih memegang teguh adat dan budaya orang melayu.

Dia sendiri tidak tahu dari mana Tengku Ian Hadif dapat perangai sebegitu.

"Ian ..."

"Sayang ? Ian ? Buat apa kat bawah ni ? Dah malam ni. Ian baru balik ke? Dah lah tu, esok sambung. " belum sempat Ian berkata-kata, Puan sri Aisyah menyampuk setelah mendengar bunyi bising dari tingkat bawah.

"Papa belum habis dengan Ian. " Tan sri Idris memberi amaran kepada anaknya.

Ian melempar senyuman ke arah mamanya tanda terima kasih menyelamatkannya dari situasi tegang sebentar tadi. 'Thanks mama, you're my hero! '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience