Bab 4

Romance Series 4234

"Orked dah packing ke? " tanya Teratai apabila menjenguk ke dalam bilik adiknya yang berkongsi bersama Maisarah.

"Hmm, dah " jawabnya ringkas

"Orked marah akak ke? " tanya Teratai apabila mendengar jawapan Orked .

"Buat apa Orked nak marah akak? Akak.. Dengar sini. Orked tak pernah marahkan akak, Orked sayangkan akak. Orked tak penah salahkan akak pun. Orked masih bersyukur sebab Allah anugerahkan akak pada Orked. " luah Orked.

Sebak hati Teratai mendengar luahan adiknya. "Akak pun sayangkan Orked sangat-sangat. Bila Orked dah sampai sana. Orked kena jaga diri tau. Janji dengan akak. "

"Orked janji! "


***

"Orked.. janji dengan ibu yang Orked jaga diri kat sana, ya? Jaga makan minum Orked. Kalau Orked rasa tak selesa kat sana, Orkes cepat-cepat bagitau ibu. Ibu suruh Abang Asyraf amik Orked kat sana. " Puan Aziah sudah membuat drama air mata. Tidak sanggup dia berpisah dengan anak angkatnya itu.

"Ya ibu, Orked janji. Nanti sampai sana Orked call ibu. Ibu janganlah risau macam ni. Orked dah 20 tahun la ." Orked menenangkan Puan Aziah.

"Orked, ni ada duit belanja sikit. Abang dengan ayah kongsi duit. Orked berjimat tau, jangan boros. Beli apa yang patut je. " Asyraf menghulurkan sampul berwarna coklat kepada Orked.

"Terima kasih, abang Asyraf. " ucap Orked terharu.

"Akak... " Orked mencapai tangan Kak Teratai.

"Akak doakan Orked tau. Setiap hujung minggu kalau ada kesempatan Orked call rumah. Akak jangan risau tau. " beritahu Orked.

Teratai mengusap tangan adiknya.

"Akak selalu doakan adik akak ni. Adik jangan nakal-nakal kat sana tau ? Kalau akak tau adik nakal, akak datang sana seret adik balik sini. " nasihat Teratai sambil berjenaka .

Orked tersenyum lalu memeluk kakaknya.

"Orked, Zahra dah tunggu tu. " beritahu Maisarah apabila melihat kawannya yang menunggu lama.

"Sarah, jaga ibu dan ayah tau. Nanti kalau aku dah dapat gaji, aku belanja kau. " ujar Orked sambil senyum.

"Alaa , kau chill je. Aku tau la tugas aku. Kau hati-hati tau kat sana. Kalau Zahra buli kau , kau bagitau aku. Aku sekel kepala dia. " Maisarah cuba mengambil hati Orked kerana dia tahu Orked kecewa dengannya meskipun Orked tidak menunjukkan rasa itu.

Dia tau dia selalu memaksa Orked tetapi ini untuk kebaikkan Orked juga. Dia tidak mementingkan diri sendiri. Dia cuma ingin membantu Orked.

Dia tahu Orked sangat menyukai belajar kerana itu impian arwah mak dan abahnya. Lagipun keputusan yang diperolehi Orked semasa SPM sangat baik. Orked memperoleh 10A+ dan 2A .

"Kami pergi dulu. Assalamualaikum. " Zahra dan Orked terus masuk ke dalam teksi Pak cik Johan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience