Bab 6

Romance Series 4234

"Zahra, kau okay tak ni? " soal Orked setelah melihat Zahra dari tadi tidak berhenti-henti berulang-alik di depan pintu butik .

"Aku okay tapi aku risau lah. Dah masuk 9.30 ni. Puan sri tak pernah selewat ni. Kalau dia lambat pun, dia akan mesej aku. Ni tak. " jawab Zahra sambil menunjukkan telifonnya.

"Jalan jammed kot. " agak Orked.

"Tak mungkin la. "

Tiba-tiba sebuah kereta berjenama memarkir di depan butik.

"Puan sri! " teriak Zahra

"Morning Zahra. Maaf saya lewat, menunggu kan putera raja tu. " ucap Puan sri Aisyah.

"Eh takpe , Puan sri. "

"Ha, ni kawan kamu tu eh? Cantik... " tanya Puan sri sambil menghulurkan kunci pintu butik kepada Zahra.

"Ye Puan sri, kenalkan Orked. " Zahra memperkenalkan Orked kepada Puan sri Aisyah.

Orked terus menyalam tangan tua milik Puan sri Aisyah.

"Oi anak teruna, nak tunggu kat situ je ke? Masuk lah. Tunggu apa lagi? " jerkah Puan sri Aisyah setelah melihat anaknya masih berdiri di tepi kereta sambil membelek telifon canggihnya.

Ian terus mengangkat muka setelah dijerkah oleh mamanya. Tiba-tiba matanya terpaut dengan mata seorang gadis? 'Cantiknya' bisik hati kecil Ian Hadif.

"Ian! " jerkah Puan sri Aisyah lagi apabila perasan Ian Hadif masih statik di tempat berdirinya.

Ian terus berdehem mengawal perasaannya. Jantungnya sudah berdentam-dentum. 'Cinta? Tak mungkinlah'

Mereka bersama-sama masuk ke dalam butik terkenal itu.


***

"Orked, jom Puan sri panggil masuk bilik dia. " panggil Zahra ketika Orked sedang duduk di bangku yang tersedia di butik tersebut.

Orked bingkas bangun membuntuti Zahra sehingga sampai di sebuah bilik .

Zahra mengetuk pintu tersebut kemudian tersembul wajah seorang lelaki. 'Mata dia!' bisik hati kecil milik Orked.

Orked terpempan apabila bersua muka dengan lelaki itu. Matanya biru kehijau-hijauan mirip wajah Puan sri Aisyah. Orked terus tertunduk malu.

"Masuklah. " Ian memberi laluan kepada dua orang gadis tersebut. Gadis? Entahlah dia tak tau masih gadis ataupun sudah menjadi isteri orang.

Melihat wajah bersih milik Orked membuatkan jantung Ian Hadif tidak berdegup dengan lancar. Matanya tidak mahu beralih dari wajah putih bersih Orked. Matanya seolah-olah sudah terpaku disitu.

"So, Orked kan? Kenalkan ini anak saya Tengku Ian Hadif. Zahra pun belum jumpa lagi dengan Ian kan? Selama ni nampak gambarnya sahaja dalam bilik saya. " Puan sri Aisyah memperkenalkan anak lelakinya kepada dua orang gadis tersebut.

"Hai, saya Zahra. " Zahra cuba beramah mesra dengan pemuda tersebut.

"Ian. Yang ni takkan diam je?" soal Ian kepada Orked apabila melihat Orked kaku tanpa bicara . Dia ingin mendengar suara Orked!

"Orked" seringkas-ringkasnya Orked memperkenalkan namanya. Malu mungkin?

Ian ketawa kecil apabila mendengar suara Orked yang comel itu. Gabra sangat. Nampak comel dengan penampilan Orked yang hanya memakai skirt kembang paras lutut berwarna maroon bersama kemeja putih mengikut tubuh badan.

"Okay. Zahra boleh lah tunjukkan prosedur kerja kat sini, ya? " arah Puan sri Aisyah.

"Sure , Puan sri. Jom Orked. " ajak Zahra sambil menarik tangan Orked.

Mata Ian memandang sehingga dua gadis itu keluar dari bilik mamanya sampaikan tidak perasan sepasang mata biru sedang ligat memerhatikannya.

"Ehem.. " Puan sri Aisyah berdehem kuat kemudiam senyum senget memandang anaknya .

Ian menggosok belakang rambutnya. Cover malu!

"Kenapa mama pandang Ian macam tu? " soal Ian Hadif apabila perasan mata mamanya seolah-olah ada makna tersirat.

"How about her? "

"Her? who? " soal Ian pelik.

"Orked. "

"Ish, mama ni. Gila ke? Wawa nak letak mana. " jawab Ian Hadif kemudian teringat pada teman wanitanya .

"Ian tau kan mama tak suka dia. I don't like her. Ian nak jadikan dia sebagai isteri memang lah mama tak setuju. " bangkang Puan sri Aisyah.

Dia tidak suka dengan gaya bebas yang diamalkan oleh teman wanita anaknya. Macam lah dia tidak tahu , di belakang Ian Hadif , wanita itu sering bertukar pasangan pergi ke kelab malam.

Ian Hadif sahaja buta kan mata. Sudah penat dia menasihati anaknya itu tentang perangai teman wanitanya.

"Wawa itu baik lah, ma. Mama kenal lah dengan dia. Dia okay. " pujuk Ian Hadif.

Ian tahu yang mamanya tidak menyukai Wawa atau nama sebenarnya Nur Marwah kerana perwatakkan wanita itu tidak menampakkan wanita melayu.

Gaya hidup Wawa yang bebas membuatkan Puan sri Aisyah dan Tan sri Idris tidak bersetuju mahu menikahi mereka berdua kecuali wanita itu berubah.

Sudah beribu-ribu kali Ian menasihati Wawa tetapi Wawa hanya jawab "nanti I berubahlah. I masih muda " . Ian sendiri sudah penat.

Kadang-kadang dia berasa putus-asa dengan hubungan yang terjalin selama 6 tahun bersama Wawa kerana Wawa tidak nampak mahu bersama dengannya.

"Baik? Huh, belah mana yang baiknya? Pakai baju tak cukup kain. Tutup apa yang perlu je. Yang lain dibiarkan orang yang bukan mahram dengannya menjamu mata. Baikkah itu? " soal Puan sri Aisyah jengkel dengan kelakuan teman wanita anakya itu.

"Nanti-nanti bila dia sudah bersedia , dia berubahlah ma. Mama janganlah risau. Ian sayangkan Wawa, ma. Mama tak sayangkan Ian ke? Mama nak tengok Ian jadi bujang terlajak? " rayu Ian Hadif.

Sayang? Dia memang menyayangi teman wanitanya itu. Wawa pandai melayannya serta menjaganya. Jika dia berasa stres, Wawa ada bersamanya. Menemaninya saban malam melalui telifon bimbit.

"Mama nak tengok bila perempuan tu berubah, huh ." dengus Puan sri Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience