Bab 2

Romance Series 4234

Setelah sarapan, ahli keluarga Encik Mazuki gemar melepak di hadapan televisyen. Berkumpul bersama-sama pada hari minggu sambil menonton televisyen.

"Orked, kau kenalkan kawan aku yang duk keyyel tu? Zahra? " tanya Maisarah.

Pertanyaan itu membuatkan semua orang yang berada di ruang tamu terus menumpukan mata kepada Maisarah.

"Apa? " tanya Maisarah pelik melihat ahli keluarganya.

"Kenal, kenapa? " jawab Orked.

"Haa, macam ni. Si Zahra tu nak ajak aku pergi kerja dengan dia kat butik yang dia kerja tu tapi kau tau kan aku tengah duk usyar kolej kat Melaka tu " panjang lebar Maisarah menerangkan kepada Orked tanpa sedar ahli keluarganya turut memasang telinga.

"Jadi ?"

"Jadinya, aku dah bagitau si Zahra yang kau akan kerja dengan dia " kata Maisarah perlahan tanpa memandang mata Orked.

Mata Orked terus terbeliak.

"Maisarah, apa yang adik dah buat ni? " soal Puan Aziah.

"Kenapa tak bincang dulu dengan ibu? ayah? " sambung Puan Aziah.

"Tak sempat lah ibu . Laa Orked, kau kan suka baju-baju ni. Masa dulukan kau amik ekonomi rumah tangga. Sebab tu aku syorkan nama kau pada Zahra.

Lagipun butik yang Zahra kerja ni butik terkenal kat Kuala Lumpur tu. Sebulan boleh dapat dalam RM5000. " terang Maisarah tanpa rasa bersalah.

Puan Aziah menyiku suaminya yang berdiam dari tadi.

"Maisarah tak tanya Orked dulu? Kita kena tahu juga ape keputusan dia. Sarah tak boleh paksa-paksa Orked macam ni. Tak baik ." nasihat Encik Mazuki.

"Sarah tengah tanya lah ni, ayah. " ujar Maisarah membela diri.

"Orked tak kisah kalau ibu dan ayah benarkan. Lagipun Orked memang nak cari duit lebih. Orked nak sambung belajar juga macam kawan-kawan Orked yang lain. " jawapan Orked membuatkan Teratai menundukkan kepala.

'Akak bukan taknak Orked sambung belajar tapi nak sambung belajar tu bukan sikit duit, dik. Kita pun dah banyak menyusahkan ibu dan ayah. Adik sabar dulu eh?' kata-kata Teratai ketika dia menanyakan tentang sambung belajar dulu menari-nari di fikiran Orked.

"Kalau macam tu jawapan Orked. Ibu dan ayah takde nak halang..."

"Abang! Orked... Orked tahu kan Kuala Lumpur tu jauh mana? Kalau Orked sesat ke macam mana?" tanya Puan Aziah risau.

Selama ini mana dia pernah berjauh dengan anak-anaknya. Meskipun Orked dan Teratai hanya anak angkatnya tetapi sudah dianggap anak sendiri kerana dia yang menjaga mereka dari kecil.

"Ibu janganlah risau. Zahra akan temankan. Dia balik sini lagi seminggu dan terus bawa Orked ke sana " terang Maisarah .

Maisarah langsung tiada sifat cemburu dengan Orked dan Teratai kerana baginya Orked dan Teratai juga perlu merasai kasih sayang keluarga.

Melihat ibunya yang memanjakan Orked, Kadang-kadang hatinya berasa cemburu tetapi cepat-cepat dia mengusir perasaan itu.

Dia selalu beringat jika dia ditempat Orked, dia juga inginkan kasih sayang dari ibu dan ayah.

"So macam mana? "

"Orked setuju."

Maisarah terus melebarkan senyum kerang busuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience