Bab 7

Romance Series 4234

"Hai. Orked kan? " tegur Ian Hadif pada Orked yang sedang menggantung gaun .

Orked mengangkat muka apabila ada orang menegurnya. Melihat wajah Ian Hadif terus dia tertunduk malu.

"Awak ni kenapa? Malu-malu kucing? Orked... cantik nama awak. " Ian Hadif cuba mengayat Orked apabila melihat wajah Orked yang kemerah-merahan menahan malu mungkin?

"Saya ada kerja. Maaf ." dalih Orked terus berlalu dari situ setelah kerja menggantung gaun-gaun selesai.

"Eish, sombongnya minah ni. " rungut Ian dalam hati.


***

"Orked, jom lunch? " ajak Ian Hadif apabila melihat Orked yang sedang duduk berbual dengan Zahra.

"Er, saya nak lunch dengan Zahra. " dalih Orked lagi. Sebolehnya dia tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan pemuda itu. Nanti dia dicop perempuan gatal. Baru sahaja masuk kerja sudah melayan anak bos.

"Oit, kan aku dah cakap yang aku lunch dengan tunang aku. Mana boleh kau ikut sekali. " marah Zahra.

Orked terus memerah muka apabila melihat senyuman Ian Hadif. Terlihat senyum mengejek.

"Err... saya nak.... "

"Orked teman je la Ian tu. Orked pun tak tau sangat kan jalan Kuala Lumpur. Ian boleh tunjukkan. " Puan sri menyampuk apabila Orked mahu berbicara.

Sebolehnya dia mahu Ian dan Orked berkenalan. Melihat peribadi milik Orked, dia sudah jatuh hati. Ingin sekali dia melihat Ian bersama dengan Orked.

Hati ibunya kuat menyatakan Ian dan Orked serasi bersama tetapi dia ingin waktu menentukan segalanya. Dia tidak mahu terburu-buru .

"So, Orked? " soal Ian meminta kepastian Orked. Dia tidak mahu digelar penculik anak dara orang.

"Okay.. " dalam keterpaksaan Orked menuturkan ayat itu.


***

Lima minit berada dalam kereta mewah milik Ian Hadif sudah membuat Orked panas punggung. Kerusi kereta yang empuk seakan-akan keras seperti batu.

Suasana sepi dari mereka keluar dari butik itu. Sungguh membuat Orked berasa sedikit canggung.

Kereta mewah itu berhenti betul-betul di sebuah hotel mewah membuatkan Orked terus berasa takut.

Penghawa dingin yang ada sudah tidak terasa suhunya, peluh sudah menitik di kepala.

"Awak okay tak ni? Kenapa berpeluh? Aircond kereta saya tak rasa ke? " soal Ian Hadif apabila melihat Orked yang sudah berpeluh seperti baru sahaja menghabiskan larian 200 meter.

"No. Err saya okay. Kita nak buat apa kat hotel ni? " soal Orked lurus. Dia takut jika diapa-apakan dengan pemuda ini. Dialah tidak tahu jalan pulang.

"Laaa.. Hahaha, awak ni kelakar lah. Kita nak pergi makan lah. " Ian Hadif tergelak mendengar soalan yang keluar dari bibir comel gadis itu. Mahu sahaja dicium-cium. Ditahan sahaja niatnya.

"Ke awak nak check in dengan saya? Saya okay je " usik Ian Hadif.

"Eh tak. Kita .. kita... makan je okay? " gelabah Orked menjawab.


***

"Awak nak makan apa? " soal Ian Hadif apabila pelayan datang menghulurkan menu.

"Saya tak tau. Awak order je pape. Saya makan" bagitau Orked.

"Kalau macam tu. Bagi kami 2 fresh orange juice and 2 lamp chop. Thanks. " Ian Hadif terus memghulurkan menu yang dia pegang tadi ke pelayan.

'Kambing? Aku mana makan kambing. Adus! ' Orked berkata-kata dalam hati. Dia menelan air liur kesat.

"Orked. " panggil Ian Hadif apabila melihat gadis dihadapannya seperti gelisah.

Orked terus mengangkat muka apabila namanya dipanggil.

"Ceritalah tentang diri awak. " arah Ian Hadif. Dia ingin mengenali Orked dengan lebih dekat. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

"Kisah hidup saya tiada yang menarik. Awak mesti boring nanti. " Orked merendah diri.

"Saya nak tahu. " tegas Ian Hadif.

"Well, saya anak yatim piatu. Mak dan abah meninggal waktu saya 11 tahun . Mak dan abah tinggalkan saya dengan kakak. Lepastu kawan baik mak yang jaga saya dan kakak di rumahnya." cerita Orked. Dia sendiri tidak tahu mana malunya pergi.

Dia tidak pernah beramah mesra dengan mana-mana lelaki sebelum ini tetapi dengan pemuda ini ringan sahaja mulutnya ingin bercerita.

"Oh.. sorry about your parent. You're such a tough girl , you know? " Ian Hadif cuba memberi semangat.

"It's okay. Saya terima ketentuan Allah. "

Selang 10 minit mereka berbual, makanan yang dipesan sudah tiba. Ian Hadif makan dengan selera sekali tetapi Orked sebaliknya.

Dia tidak suka dengan kambing. Memang kejap lagi dia akan termuntah. Kalau tak muntah, dia akan kena cirit-birit.

Disebabkan tidak mahu membazir dan terlihat seperti cerewet, Orked telan jua Lamp Chop yang dipesan Ian Hadif sehingga licin.

Beberapa minit kemudian,

"Orked... What happens to your face? " soal Ian Hadif apabila melihat wajah Orked kemerah-merahan seperti menahan sesuatu.

"Awak... saya nak mun... " blewrk .

Ian Hadif terpempan. Orked terkejut.

Nasib baik tempat yang mereka duduk tersorok dari pelanggan yang lain. Ian Hadif terus memanggil pelayan untuk membersihkan muntah Orked.

"Orked, are you okay? " soal Ian Hadif cemas. Dia tidak kisah dengan muntah Orked. Langsung dia
tidak berasa malu. Dia berasa risau dengan
keadaan Orked ketika ini.

"Ma'am, are you okay? " soal pelayan itu.

Orked hanya menganggukkan kepala perlahan. Malunya kepada Ian Hadif.

"Sorry for all this mess. " Ian Hadif memberi beberapa not RM50 kepada pelayan dan membayar bil.

"Orked , let me help you. " tawar Ian Hadif sambil memegang lengan Orked.

"No.. no, saya okay. Saya boleh jalan sendiri. " Orked terus menolak tangan Ian daripada terus memegang .

Ian terpempan. "No, look at yourself. You're not okay, Orked. Please, jangan degil. Let me help you. " paksa Ian Hadif.

Melihat wajah Orked sebegitu membangkitkan kerisauan di dalam dada Ian Hadif. Tidak mungkin dia membiarkan sahaja Orked begitu.

"Hello, can you please help my girl. She's not feeling well. " pinta Ian Hadif apabila melihat pelayan wanita kebetulan lalu di situ.

"Yes, sure sir. " pelayan wanita itu terus memegang tangan Orked supaya Orked dapat berdiri dengan stabil.

Kemudian pelayan wanita itu membuntuti Ian Hadif menuju ke kereta.

Sampai sahaja di kereta kepala Orked berpinar. Disitu juga Orked pengsan. Ian terus menyambut tubuh Orked dari menyembah bumi.

"Sir macam mana ni? " pelayan wanita itu bertanya. Dia serba salah ingin meninggalkan wanita tersebut.

"It's okay, I bawa dia ke klinik. " beritahu Ian Hadif setelah membaringkan Orked di tempat duduk belakang.

Pelayan wanita itu mengangguk tanda setuju.

Di dalam kereta , Ian Hadif fokus memandu menuju ke butik mamanya walaupun hatinya gelisah merisaukan Orked.

"God. Please save her ." doa Ian Hadif dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience