BAB 7

Humor Completed 384

“Dah lama awak sampai?”soal Hasrul lalu melabuhkan punggung di sebelah
Sabrina.

“Tak lama jugak. Baru saja.”balas Sabrina.

Mereka berdua berada di tasik Putra. Itulah tempat lazim kedua-dua
mereka menghabiskan masa.

Sabrina hanya duduk termenung. Melontarkan pandangan jauh ke arah
hadapan. Dia mengelamun. Hasrul memetik jari lantas membuatkan Sabrina
tersentak.

“Jauh awak termenung?”tegur Hasrul.

Sabrina tersenyum hambar.

“Saya cuma teringatkan kisah lalu..”gumam Sabrina.

Hasrul tertarik. Dia merenung wajah Sabrina.

“Kisah awak yang mana?”

“Saat saya ditinggalkan oleh Rezal dahulu..”balas Sabrina.

“Hmm.. Awak masih teringatkan dia?”Hasrul menduga.

Sabrina pantas menggeleng.

“Bukan begitu. Rasa cinta dan sayang pada Rezal saya dah buang
jauh-jauh. Macam yang pernah awak cakap. Tak guna kita sayang pada orang
yang tak hargai diri kita.”jelas Sabrina.

Hasrul mengangguk-angguk. “Habis apa yang awak fikirkan?”

Sabrina hanya termenung.

“Awak hadir saat saya perlukan seseorang untuk kembalikan semangat yang
telah hilang.”kata Sabrina. Dia memandang erat wajah Hasrul.

Hasrul tersenyum hambar.

“Itu adalah suratan yang mempertemukan kita berdua dalam keadaan
sebegitu.”ujar Hasrul.

“Saya pun tidak menyangka awak akan hadir dalam hidup saya. Beri kesan
yang cukup besar kepada kehidupan saya. Saya tak tahu macam mana keadaan
saya jika awak tak ada.”balas Sabrina. Dia menghempaskan sebuah keluhan.

Hasrul mencapai tangan Sabrina dan menggenggam erat.

“Saya akan sentiasa ada untuk awak Sabrina. Saya takkan pernah
tinggalkan awak.”ucap Hasrul. Cahaya mentari yang terbenam terbias
mewarnai suasana sekeliling.

Sabrina memandang wajah Hasrul. Rasa kasih menjalar di jiwanya kala ini.

“Terima kasih kerana ada untuk diri saya, Hasrul.”gumam Sabrina.

Hasrul hanya tersenyum. Genggaman tangan semakin erat.

“Kau mungkir janji tersebut Hasrul..”Sabrina merintih.

Hasrul meraup wajahnya. Kisah yang diceritakan Sabrina sememangnya dia
langsung tidak mengingatinya. Tidak tersimpan di dalam memori ingatan.
Hasrul mengeluh panjang.

“Apa yang awak ceritakan saya benar-benar tak ingat. Setahu saya, saya
memang tidak kenali awak. Saya jujur Sabrina.”jelas Hasrul bersungguh.

Sabrina menggeleng lemah. Pemetik api masih tergenggam kemas di tangan.
Salah seorang pengunjung cuba masuk campur tetapi pantas Sabrina
mengugut untuk membunuh Hasrul membuatkan lelaki itu terpaksa mengalah.
Dia menghubungi pihak polis.

“Kau mungkir janji Hasrul..”ulang Sabrina lagi.

“Cuba jelaskan saya apa sebenarnya yang berlaku. Saya masih tidak
faham.”ujar Hasrul.

“Kau sepatutnya sentiasa ada untuk aku!”rintih Sabrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience