BAB 9

Humor Completed 384

Hasrul menggenggam erat tangan Sabrina. Kemudian wajah Sabrina dielus
lembut.

“Awak kenangan terindah dalam hidup saya.”gumam Hasrul.

Sabrina mengukir senyuman. Air mata terharu meleleh membasahi pipinya.

“Tolong serahkan diri awak!”

Beberapa anggota polis mula menyerbu dan mengepung kawasan tersebut.
Unit anggota dikerah. Mereka berwaspada dengan keadaan tersebut. Senjata
yang tersemat di pinggang masih belum dikeluarkan. Tetapi mereka tidak
teragak-agak untuk menggunakan alatan tersebut jika keadaan benar-benar
terdesak.

Sabrina tidak mengendahkan arahan tersebut. Dia berdiri sambil menghala
pemetik api yang bernyala ke arah Hasrul.

“Cinta kau hanyalah palsu semata-mata.”rintih Sabrina.

Hasrul menelan liurnya. Kemudian dia menghela nafas berat. Dia sendiri
tidak tahu bagaimana lagi cara untuk meyakinkan Sabrina bahawa dia
benar-benar tidak mengenali wanita itu.

“Sabrina.. Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Saya memang tak
kenal awak Sabrina. Saya tak ingat apa pun tentang kita macam mana awak
cerita tadi. Cuma satu saja yang saya pinta, andai benar saya telah
sakitkan hati awak. Saya benar-benar minta maaf. Mungkin itu bukan
kemahuan saya.”ujar Hasrul.

“Saya tak boleh hidup tanpa awak Hasrul. Mengapa awak tergamak
tinggalkan saya saat saya benar-benar yakin awak cinta saya yang
sebenar?”soal Sabrina. Emosinya kelihatan sedikit stabil berbanding tadi.

Hasrul menarik nafas dan menghembus perlahan. Tubuhnya terasa melekit
dengan curahan petrol tadi yang mulai mengering. Anggota polis dan orang
ramai memerhati ‘drama’ yang sedang berlaku itu.

“Sabrina..”panggil Hasrul perlahan.

“Hmm..”

“Beri saya sebab kenapa perlu saya tinggalkan manusia seindah awak dari
hidup saya?”pinta Hasrul.

Sabrina mengetap bibir. Kemudian dia menangis lagi.

Sabrina puas mencari kehilangan Hasrul. Lelaki itu tiba-tiba hilang
tanpa dapat dikesan. Dia benar-benar buntu dengan kehilangan Hasrul.
Setiap panggilan dan mesej tidak berjawab. Hatinya benar-benar sebal
dengan ketiadaan Hasrul secara tiba-tiba.

Picitan hon di luar umah mengejutkan Sabrina. Dia berlalu keluar dan
melihat posmen sedang meletak surat di dalam peti sebelum terus berlalu.
Sabrina bergegas menuju ke peti surat. Satu surat berada di dalam peti
tersebut. Sabrina mengambil dan mengoyak untuk melihat isi kandungan
surat tersebut. Sambil itu dia berjalan menuju masuk semula ke dalam rumah.

Matanya memerhati dada surat. Setiap bait tulisan dibacanya.

Sayangku Sabrina..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience