BAB 6

Humor Completed 384

“Kau hadir di saat aku memerlukan seseorang di samping ku.”gumam Sabrina
dalam rintih tangis. Pemetik api yang masih bernyala tetap berada dalam
genggaman.

“Maafkan kalau saya pernah sakitkan hati awak. Tapi saya memang
benar-benar tak ingat semua tu. Bahkan saya tak pernah kenal awal
pun.”ujar Hasrul bersungguh-sungguh.

“Tipu! Kau penipu Hasrul!”bentak Sabrina dalam esak tangis yang menggila.

Dia benar-benar kelihatan seperti seorang psiko yang ingin menghabiskan
riwayat mangsanya. Emosinya bercampur baur. Tidak seiring dengan rasa di
jiwa.

Hasrul menghempaskan keluhan berat. Ingatannya cuba diraih tetapi dia
memang benar-benar tidak mengingati wanita tersebut. Tiada sepotong
layar ingatan yang memaparkan kenangan dia bersama wanita yang dikenali
sebagai Sabrina itu.

“Sabrina.. Saya minta maaf sekali lagi. Saya memang tak ingat langsung
pasal awak.”ujar Hasrul lagi.

“Kau tinggalkan aku Hasrul. Sepertimana Rezal tinggalkan aku dahulu. Kau
kejam!”bentak Sabrina dalam esak tangis yang menggila. Dia merintih
semahu-mahunya.

Sejak daripada kejadian tersebut, hubungan mereka semakin hari semakin
akrab. Jiwa parah Sabrina diubati dengan kehadiran Hasrul. Lelaki itu
dianggap penyelamat kepada dirinya yang benar-benar terasa seolah-olah
mati selepas ditinggalkan oleh Rezal begitu sahaja.

Hasrul yang banyak menitipkan kata-kata semangat kepada dirinya. Pada
mulanya dia benar-benar menyimpan dendam terhadap Rezal tetapi nasihat
yang diberikan oleh Hasrul telah menyedarkan Sabrina bahawa rasa dendam
tidak akan membawa dirinya ke mana-mana. Hanya bakal menghancurkan
dirinya sendiri kelak.

Perlahan-lahan Sabrina bangkit semula membina semula keyakinan diri yang
hilang. Hasrul benar-benar datang tepat pada saat dia memerlukan
seseorang di sampingnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience