BAB 4

Humor Completed 384

“Tapi atas sebab apa abang perlu bertindak sampai begini sekali? Apa
salah sayang?”soal Sabrina.

Rezal mengeluh.

“Awak tiada apa-apa salah. Cuma kita tak serasi. Itu sahaja.”gumam Rezal.

Sabrina mengeratkan lagi genggaman tangannya terhadap tangan Rezal. Dia
memandang erat wajah Rezal meskipun lelaki itu langsung tidak berkalih
kepadanya.

“Tiada langsung ke sekelumit rasa sayang abang terhadap saya? Mana pergi
cinta yang selama ni abang ucapkan? Kenapa abang nak buang sayang begitu
saja?”bertalu-talu soalan dilontarkan.

Rezal mengetap bibir.

“Maaf Sabrina. Rasa cinta dan sayang tu pernah hadir dulu tetapi kini
tidak lagi.”lancar Rezal melafazkan ayat tersebut.

Kenyataan Rezal membuatkan Sabrina terpaku dan terdiam. Ibarat sebilah
panah yang diluncur dari busur tepat menebak jantungnya. Terasa mati dan
melumpuhkan. Air mata makin menggila menghujani. Rasa sayang yang
disulam selama ini hanya tinggal kata-kata.

“Jadi cinta dan sayang kita selama ni?”soal Sabrina.

“Lupakan semua. Saya dah ada pengganti.”balas Rezal tanpa rasa bersalah.

Hancur berkeping-keping hati Sabrina. Dia menangis semahu-mahunya.

“Ini keputusan saya. Harap awak hormati. Kita berjumpa untuk kali
terakhir hari ni. Saya minta maaf.”gumam Rezal. Selajur itu dia
melangkah meninggalkan Sabrina keseorangan.

Sabrina meloyot dan jatuh tertunduk. Benar-benar kecewa dengan sikap
Rezal yang meninggalkannya begitu sahaja. Tidak pernah menyangka perkara
tersebut akan terjadi. Air mata terus mengalir. Biarlah ia mengalir
andai itu penyembuh hati yang lara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience