BAB 11

Humor Completed 384

Tetapi selang beberapa minit, tiada apa-apa yang berlaku. Hasrul membuka
matanya semula. Keadaan sekeliling telah berubah. Kembali seperti asal
dan sediakala. Tiada anggota polis mahupun orang ramai mengerumuni
kawasan tersebut. Hasrul terpisat-pisat. Dia buntu dengan apa sebenarnya
yang telah terjadi. Adakah dia bermimpi? Tetapi peristiwa tadi dirasakan
benar-benar berlaku.

Hasrul menghela nafas berat. Dia berasakan sesuatu berada dalam
genggamannya. Sebaik dibuka, satu pemetik api terserlah. Tidak susah
untuk Hasrul mengecam pemetik api tersebut. Ia adalah kepunyaan Sabrina.
Hasrul mengeluh. Sememangnya peristiwa tadi benar-benar terjadi.

Hasrul bangun daripada kerusi yang dia sedang duduk. Tidak semena-mena
dia batuk. Batuk berulang kali. Hasrul menekupkan mulut. Ternyata
batuknya berdarah! Hasrul mengesat darah yang berada di telapak tangan
tersebut. Dia mulai mengetahui punca dia bakal meninggalkan Sabrina pada
masa hadapan.

Lantas dia berjalan. Tiba-tiba, tidak jauh daripada kawasana dia berada
kelihatan seorang wanita sedang bersembang dengan seorang lelaki.
Butir-butir percakapan mereka jelas didengari. Ternyata mereka bukan
berbual kosong. Lelaki itu telah meninggalkan wanita tersebut. Sebaik
lelaki itu berlalu, wanita itu jatuh terduduk dan menangis teresak-esak.

Hasrul berjalan melintasi wanita tersebut. Sabrina dilihatnya tertunduk
sedang menangis teresak-esak. Niat di hati ingin menegur tetapi
dipendamkan. Dia tidak mahu kehadirannya akan membuatkan Sabrina lebih
kecewa pada masa akan datang. Dia hanya melintasi Sabrina dengan rasa
simpati yang menggunung. Sebaik menjauh, Hasrul berkalih sekilas. Dia
berasa bersalah meninggalkan Sabrina dalam keadaan sebegitu tetapi dia
terpaksa. Lantas Hasrul terus berlalu. Lipatan sejarah masa hadapan dia
bersama Sabrina pantas berputar dan terus lenyap. Mereka tidak mengenali
lagi antara satu sama lain pada masa itu dan pada masa akan datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience