BAB 5

Humor Completed 384

“Awak..”

Teguran tersebut membuatkan Sabrina mendongak. Dia mengesat air mata.
Tetapi matanya masih merah berbekas tangisan. Lelaki tersebut menunduk
dan menghulurkan sehelai tisu.

“Kesat air mata awak..”

Sabrina menyambut lambat-lambat. Lalu air mata yang mengalir dikesat
menggunakan tisu tersebut. Dia tertunduk sayu.

“Saya perhati awak dari tadi. Tak wajar lelaki tadi tinggalkan awak.”

Sabrina hanya mendiamkan diri sahaja. Dia mengangkat wajah melihat
lelaki yang sedang berada di hadapannya itu.

“Ini takdir untuk diri saya. Dia lelaki yang baik.”balas Sabrina masih
membela Rezal.

Lelaki itu menghela nafas panjang.

“Seorang lelaki yang baik tidak akan menyakitkan hati wanita yang
disayangi.”

“Saya lebih mengenali dia. Pasti ada sebab dia melakukan begitu.”tingkah
Sabrina.

“Sebab apa? Sebab dia dah tak cinta dan sayangkan awak? Itu dipanggil
sebab?”ujar lelaki itu.

Sabrina terdiam. Dia tertunduk.

“Saya minta maaf. Saya tiada niat. Cuma saya pelik mengapa lelaki itu
boleh tinggalkan orang sebaik awak.”

“Mungkin salah saya jugak.”balas Sabrina.

Lelaki itu hanya tersenyum kemudian tertawa kecil.

“Rasa cinta kadangkala membuatkan kita buta untuk menilai seseorang.”

“Apa maksud awak?”tanya Sabrina.

Lelaki itu tersenyum lagi.

“Maaf saya bukan nak memperlekehkan awak. Tapi benar kata orang. Cinta
jadi punca seseorang menjadi buta. Bukan buta mata tapi buta hati. Tidak
nampak keburukan seseorang kerana terlampau menyayangi dia.”

Sabrina hanya mendiamkan diri. Entah setuju atau tidak dengan pendapat
lelaki tersebut. Dia sendiri tidak tahu.

“Nama saya Hasrul..”lelaki itu memperkenal diri sambil mengunjuk tangan
untuk bersalam.

Sabrina hanya memerhati huluran tersebut lalu tangannya diangkat
perlahan-lahan.

“Nama saya Sabrina..”ucap Sabrina sebaik tangan mereka berdua bertaut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience