BAB 2

Humor Completed 384

Petrol tersebut mengalir dari bahagian rambut membasahi sehingga ke
tubuh. Hasrul tersentak. Dia bingkas bangun apabila menyedari cecair
tersebut adalah petrol. Pantas dia berkalih.

Seorang wanita sedang berdiri di belakangnya dengan sebelah tangan
terketa-ketar memegang pemetik api. Dia bersedia bila-bila masa sahaja
untuk melontarkan pemetik api tersebut ke arah Hasrul dan membiarkan
sekujur tubuh lelaki tersebut hangus dimamah api. Dia tidak mempedulikan
akibat yang menanti. Yang penting dendamnya terlunas. Rasa sakit hatinya
terlunas. Wania itu sememangnya telah nekad untuk menghabiskan riwayat
Hasrul!

Hasrul menelan liur menghadapi situasi tersebut. Jantungnya berdegup
laju. Wanita tersebut memerhati dengan pandangan tajam. Api yang
bernyala terliang liuk di sapa angin membuatkan Hasrul menjadi tidak
betah. Nyawanya di hujung tanduk!

“Kenapa ni? Apa yang awak cuba buat ni?”terketar-ketar Hasrul menyoal.
Dia cemas.

“Kau jahat!”cemuh wanita tersebut keras. Nafasnya menderu.

Hasrul terkedu dengan tuduhan tersebut.

“Siapa awak? Saya tak pernah kenal awak.”tegas Hasrul.

Wanita tersebut memerhati Hasrul dengan nafas turun naik. Keadaannya
serabut dan kusut.

“Kau telah tinggalkan aku! Sedangkan kau pernah berjanji yang kau akan
sentiasa ada untuk aku!”bentak wanita itu lagi. Dia bersedia membaling
pemetik api yang sedang bernyala tersebut.

“Tolong bawa bertenang. Saya tak pernah kenal awak. Siapa awak
sebenarnya?”Hasrul cuba berlembut. Berkeras hanya akan membawa bencana.
Orang ramai yang berada di sekeliling mula mengitari kawasan tersebut.
Mereka tidak berani masuk campur.

“Kita pernah bersama! Tapi kau tinggalkan aku!”

Hasrul semakin hairan dengan kata-kata wanita tersebut.

“Maaf mungkin awak tersalah orang. Saya tak pernah kenal awak sebelum
ni. Jujur saya cakap.”Hasrul menerangkan perkara yang sebenar.

Wanita itu menggeleng. Nafasnya sedikit mengendur.

“Kau tinggalkan aku! Kau tinggalkan aku di saat aku masih memerlukan
kau. Saat aku sayangkan kau! Dan saat aku cintakan kau..”rintih wanita
tersebut. Dia kelihatan sebak. Tetapi pemetik api masih tetap berada
dalam genggaman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience