BAB 7
Lagu yang berjaya menyingkir wajah ayu Yati dan perasaan jiwang yang mula berputik darifikiranku, sehinggalah tiba-tiba Mat Pearl terpacul di depan pintu bilik.Tiada apa yang istimewanya pagi ini.
Seperti hari-hari biasa, bangun pagi, beratur untuk mandi dansetelah semuanya siap, beratur pula untuk menaiki bas ke kelas. Hari-hari yang sama yang telah akulalui dan hari-hari yang sama juga yang akan aku lalui.
Menambahkan lagi ketidak istimewaannya hari ini ialah tugasan yang diberikan oleh pensyarah tadi.Tugasan yang tidaklah sebegitu berat sebenarnya tetapi, ranjau yang perlu aku lalui untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Ranjau yang aku maksudkan ialah ranjau untuk ke perpustakaan bagi mencari bahanuntuk tugasan tersebut. Bukanlah maksud aku jalan ke perpustakaan penuh beronak duri, tidaklahsebegitu teruk universiti di negara kita ni, tetapi aku ni yang tak berkenan langsung untuk keperpustakaan. Salah satu sebab utamanya adalah kerana perlunya berpakaian formal, bertali leher dansebagainya untuk masuk ke dalam universiti. Entah siapalah yang punya idea menyuruh student ditengah hutan belantara ini memakai pakaian formal. Bosan betul aku. Tapi dah aku ni student, ikutsajalah, lainlah kalau aku ni sudah bertaraf Naib Canselor.
Langkahan aku ke perpustakaan yang mulanya longlai, kini kembali bertenaga. Bagai mendapat satusemangat baru untuk aku ke perpustakaan.
Semuanya kerana seorang gadis. Walau sekadar mengekoridari jauh, namun anak mata aku kenal seseorang. Yati! Sah, Yati menuju ke arah yang sama dengan aku.Ke perpustakaan. Bak kata orang, kalau sudah suka, bau pun boleh kenal. Inikan pula pandangan belakang.
Langkah aku semakin cepat. Tapi hati-hati supaya tidak terlalu dekat dengan Yati. Cukup sekadar Yatitidak hilang dari pandangan. Terasa macam bodohlah pulak. Sekadar mengekor dan melihat dari jauh.
Tapi nak buat macam manakan? Itu sahaja yang aku mampu lakukan. Dan itu sahajalah yang aku rasapaling patut aku lakukan. Aku bukannya sehebat lelaki lain untuk berdepan dengan seorang awek cun.Bukan sehebat Fitri ataupun Mat Pearl. Aku mengerti siapa diri ini.
Cewah, macam lagu XPDC la pulak.Kelas yang sama dan tugasan yang sama, mestilah tujuan ke perpustakaan pun sama. Aku terusmengekori Yati dan rakannya ke tingkat 3. Kalau dalam cerita Ali Setan bolehlah aku buat-buatterserempak dan terlanggar Yati, lepas tu bolehlah nak tegur.
Tapi itu cerita Ali Setan. Cerita aku lain.
“Eh, Shahril, awakpun cari bahan untuk assignment tadi juga ke?” Sapaan dari belakang yang hampirmeluruhkan seluruh organ dalaman aku. Sapaan dari Yati. Juga sapaan dari seorang manusia berjantina perempuan yang sukar sekali untuk aku dapat dalam hidup ini.
“Kalau nak boleh join kita orang.” Sambung Yati. Langsung tak beri peluang untuk aku menjawab.Tapi, jika diberi peluang pun belum tentu aku boleh menjawab.Sepatutnya aku menjawab, “Tak payahlah”, tetapi entah mengapa kaki aku terus mengikut Yati danpunggungku dengan tidak malunya terus duduk di kerusi berdekatan Yati dan rakannya yang aku tak tahu nama. Bersama-sama dua manusia berlainan jantina aku mati kutu.
Tak tahu apa yang aku nak buat. Buku rujukan yang aku ambil tadi, aku buka helaian demi helaian tanpa arah. Otak aku jem. Tak tahuapa sebenarnya yang aku nak cari dalam buku rujukan ini. Mulut aku tertutup rapat. Memanglah ituyang sepatutnya sebab aku dalam perpustakaan. Mata aku terus merenung helaian buku dengan tujuanyang aku pun tak pasti.
Sehinggalah suara yang keluar dari mulut rakan Yati yang seorang tu, memecah kebuntuan otakku.
“Yati, saya balik dulu. Dapat dah apa yang nak dicari.” Sambil mengemaskan barang-barangnya. Dalam hati, aku bersorak riang. Buat kali pertama dalam sejarah dunia, aku akan berjaya berdating dengan Yati, seorang gadis yang gemilang, cemerlang, terbilang bagi aku.
Walaupun secara tidak rasmi.Walaupun hanya sekadar duduk tanpa memanggungkan kepala dan tanpa mengeluarkan suara. Aku pasti jika ada yang melihat saat ini, saat aku bersama Yati, saat hanya aku dan Yati dan juga buku-bukuberselerakan, mesti semuanya cemburu.
Baru mereka tahu berapa kembangnya hidungku ketika ini.Namun, belum sempat pengembangan hidungku mencapai klimaksnya, Yati mula menyusun barang-barangnya. Bangun dari kerusi, memandang ke arahku sambil mengucapkan bait-bait indah darikuntuman bibirnya.
“Shahril, saya pun kena balik jugak. Jumpa lagi nanti.”
Yang mampu aku jawab. “Emm!” Satu suara romantis yang keluar dari buah halkumku, membalas suaralemak merdu Yati.Aku hanya sekadar mampu memandang Yati membuka langkah menuruti rakannya yang belum lagi serantai jauhnya. Pengalaman pertamaku duduk bersama gadis yang aku suka cuma sekadar beberapa minit.
Memanglah tak cukup. Tapi itulah yang sepatutnya. Siapalah aku dan siapalah Yati. Lagipunsekarang Yati sedang gembira bersama kawan baikku. Silap aku juga kerana jatuh cinta, insan sepertimu, seanggun bidadari. Seharusnya aku cerminkan diriku sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu.
Eh, macam pernah dengarkan ayat ni? Ah, jiwanglah pulak aku ni. Habis semua DeathMetal aku hari ini. Habis ditelan senyuman Yati.
Tapi ada sesuatu yang aku fikirkan tentang Yati. Kenapa dia langsung tak boleh duduk berdua denganmanusia berlainan jantina. Yati terus bergegas untuk balik bila mana rakannya tak ada. Bukan hari inisaja dan bukan dengan aku saja.
Sudah banyak kali dan sudah ramai orang, ini termasuklah Fitri.Mungkinkah ini pantang larang dari tok guru silatnya? Atau amaran oleh keluarganya yang garang? Akuterus membiarkan diri aku dibelenggu.
Share this novel