Chapter 9

Romance Completed 9089

BAB 9

Seperti biasanya Fitri akan melepak di bilikku dahulu sebelum bertemu Yati. Saja. Sambil menunggu pukul 9.00 malam. Selalunya banyak benda yang keluar dari mulut Fitri yang becok umpama Azwan Ali ni, tapi hari ini dia diam sahaja seperti memikirkan sesuatu.

“Betul ker kau dah lama sukakan Yati?” satu soalan membunuh yang diajukan oleh Fitri menyebabkan petikan gitarku terhenti.

Terkedu aku. Nasib baik aku sihat hari ini. Kalau aku dalam mana-mana filem melayu, semestinya sekarang aku dah kena heart attack. Biasalah adegan biasa dalam filem melayu,terkejut sikit sakit jantung, kena stroke.

“Mat Pearl bagitau kat aku yang kau dah lama suka kat Yati”.

Tak menyempat-nyempat untuk aku bertanya, jawapan sudah diberi.Aku terfikir. Bila pulak yang aku bagitau Mat Pearl yang aku sukakan Yati. Walaupun memang aku mempunyai masalah memori tapi takkanlah seteruk Dolly dalan filem Nemo. Takkanlah aku dah lupa perkara ni.

Lebih-lebih lagi berkenaan Yati. Aku masih ingat saat pertama aku melihat Yati.

Aku masih ingat berapa pasang baju yang pernah Yati pakai untuk ke kelas dan aku masih ingat Yati pernahmemakai baju yang sama selama dua hari berturut-turut suatu masa dahulu. Jadi takkanlah aku boleh lupa yang aku bagitau aku minatkan Yati pada Mat Pearl.

“Kalau kau nak pikat Yati pun aku tak kisah. Aku boleh let go jer. Sekarang ni aku dah baik balik dengan Ayu.

”Aku masih tak terkata apa. Tak mampu aku nak berkata apa-apa. Terkejut, hairan semuanya ada.Terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Fitri. Hairan mengapa sesetengah orang ditakdirkan terlalumudah mendapat apa yang dihajati dan mudah pula untuk melepaskannya pergi.

Nasib badan masing-masing. Tapi kalau badan aku, aku rasa susah untuk aku dapat dan susah untuk aku melepaskan tetapisayangnya mudah pula untuk terlepas.

“Lagipun malam ni aku ingat malam last aku jumpa Yati. Susah sangat minah sorang ni. Bosan betulaku. Nanti aku bagitau dia, kau dah lama minat kat dia.” Kali ini Fitri benar-benar mengejutkan aku.

“Hiuh.. gila kau! Tak maulah aku.” Terkejut beruk aku dengan pelawaan Fitri. Beruk pun rasanya tak seterkejut aku.

“Nak mampus. Mana la aku nak sorok muka hensem ni kalau Yati tahu aku minat kat dia. Kalau kau kawan aku, kau jangan bagitau sesapa.”Aku mengeluarkan satu amaran oleh kerajaan negara Malaysia untuk Fitri.

Amaran di mulut sahaja sebenarnya. Kalau Fitri berkeras nak bagitau pun apa yang aku boleh buat. Lagi senangkan. Tak payah bersusah-susah berdepan dengan Yati. Ada orang yang nak menolong.Tapi takkanlah aku nak mengaku aku sukakan Yati atau menyuruh Fitri memberitahu Yati tentang perasaan aku. My “waterface” kena jaga beb. Karang habis semua Death Metal aku berganti rock kangkang.

“Ok. Kalau kau tak nak aku bagitau, jom cepat teman aku jumpa Yati. Last punya. Gerenti.”Entah apa yang dibualkan oleh Fitri dan Yati malam itu aku pun tak tahu. Tak pernah pulak terfikir nak bertanya hal rumah tangga orang. Fitri pun semacam dah tak lagi berminat untuk bercakap tentang Yati.

Namun satu yang aku pasti ialah, sesi malam itu berjalan dengan cukup profesional. Nak kata malam ini malam perpisahan pun tak berapa sesuai. Selalunya perpisahan diiringi dengan tangisan, kalau mengikutacuan stereotaip filem Melayu ler, tapi malam itu semua seperti biasa. Tidak ada adegan tangkap leleh,tiada adegan tangkap nangis.

Rasanya tidak ada sesiapa yang terluka dengan malam perpisahan itu.Layanan Yati terhadapku tampak berbeza sejak dari malam itu. Aku dapat merasa bibit-bibitpersahabatan mulai mekar.

Tidak pernah aku mempunyai seorang perempuan yang layak dianggapkawan. Kenalan perempuan banyak. Kenalan yang aku saja kenal mereka, sedangkan entah merekakenal aku ke tidak aku pun tak tau.Senyuman Yati sudah berganti kata-kata.

Selalu juga Yati menegurku. Aku juga kian berani menegur Yati bila terserempak, walaupun hanya bertanyakan soalan-soalan bodoh seperti, “baru sampai ker?” bila melihat Yati baru sampai. Nasib baiklah Yati bukan seorang lawyer yang buruk. Mahu dijawabnya“habis tu? Nampak macam nak balik ker?”, tak ke malu aku dibuatnya. Tapi biasa ler kan kita menyoal soalan bodoh macam itu. Semua orang pernah menyoal benda yang dah pasti jawapannya. Soalan yangtak mementingkan jawapan, tapi sekadar mengerat silaturrahim.

Kadangkala minda separa sedarku seakan mengakui yang Yati pun minatkan aku juga melihat darireaksinya. Tetapi bila mindaku kembali sedar, aku pun sedar yang semua itu jauh panggang dari api. Tak layak untuk aku bermimpi sebegitu indah. Namun apa yang berlaku pagi ini menguatkan kembali hujah-hujah di dalam medula oblogata ku yang Yati sukakan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience