Chapter 5

Romance Completed 9089

Bab 5

Aku seperti orang bodoh. Sekadar duduk termenung memerhatikan gelagat orang ramai. Di de panku,segelas teh o ais yang aku hisap sikit demi sedikit. Di depan gelas teh o ais itu, seorang gadis, akupuntak tahu namanya. Cantik? Entahlah. Kerana kecantikan bak kata orang putih, datang dari mata yangmelihat. Kalau ikutkan mata aku, cantiklah juga.

Kawan Yati itu mungkin senasib denganku. Tepatsekali keadaan kami seperti lagu kegemaran Mat Pearl – Kau dipaksa aku terpaksa. Tak sesuai langsung jiwa aku dengan keadaan ini. Seperti tak sesuainya lagu kegemaran Mat Pearl itu masuk ke dalam telingaku.

Selang satu kerusi dari kami, Yati dan Fitri. Entah apa yang dibincangkan akupun tak ambil tahu. Padapandangan aku, memang sesuai sekali mereka. Sama cantik dan sama popular.Atas pandangan itulah aku merasakan aku dan kawan Yati yang berada di hadapan aku ini seperti Apek Senario dan Shanie, sekadar watak sampingan dalam kisah cinta Yusri dan Erra dalam filem hampasarahan Prof. Mohideen. Apalah nasib aku. Dari di bangku sekolah hingga sekarang masih menjadi pelakon tambahan dalam kisah cinta orang lain.Kadang-kadang tu memanglah ada keinginan aku untuk menjadi hero dalam kisah cinta aku sendiri.

Yalah brutal, ya lah death metal, tapi bak kata orang, mat thrash pun kahwin jugak! Mengenangkan kisah cinta aku yang susah hendak mendapat heroinnya, aku simpan dulu skripnya.

Sejam dalam kefeteria menemani Fitri malam ini adalah benda paling bosan pernah aku buat. Malam ini juga telah belajar bagaimana cara untuk menjimatkan duit. Satu gelas teh o ais berjaya aku habiskandalam masa sejam. Sejam dan sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut aku. Muka kawan Yati yang berada di depan aku pun cuma dua kali aku tatap. Sekali semasa dia mula duduk dan sekali semasa dia bangun untuk balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience